Terima Kasih Sudi Like

Monday, December 31, 2012

Wishlist

www.tips-fb.com



Kat atas ni adalah wishlist untuk tahun 2012, yang bertanda 'right' tu kira dah terlaksanalah impian aku, besok dah nak masuk tahun baru, maknanya kenalah ada wishlist untuk 2013.

Yang mana tidak bertanda 'right' tu akan dibawa kepada wishlist 2013, mudah-mudahan adalah yang bakal terlaksana dalam 2013 nanti, In Sha Allah.

Nak tau apa lagi wishlist aku untuk tahun baru ??? tunggu ya..nanti aku update soon !

Lastly SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU  SEMUA :)







♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

www.milaahmad.my

www.tips-fb.com

Salam



Mungkin ada yang perasan mungkin ada yang tak dimana URL blog aku dah ditukar kepada .my. Kalau dulu aku gunakan blogspot tapi kini tidak lagi. Skank aku dah ada domain sendiri huhu...

Dulu bila tengok orang lain ada domain sendiri dalam hati aku cakap macamana diaowang buat erk ? maklumlah aku ni buta it sikit. Nak-nak kurang pendedahan sikit dalam benda-benda macam ni. Skank bila dah berkecimpung dalam dunia blogger lama-lama kita juga terpengaruh.

Bila ada peluang depan mata yang terbentang luas takkan kita nak lepaskan ye dak ? inilah masanya gunakan peluang yang ada heee~~~ Dengan bantuan seorang kawan aku yang baik sgt ni, sanggup pulak tolong blog aku tukar jadi www.milaahmad.my, makanya secara rasmi url blog ini adalah :

www.milaahmad.my

 Terima kasih banyak-banyak tau ieda sebab tolong aku, Domain ni aku dapat free!!! nak tau sape yang bagi ??? ni ha cik adik manis kita ni Innanie, dialah yang bagi secara percuma kepada aku tapi utk tahun ni jela tahun depan aku kena bayar RM20/ year okela tu kan ? takdelah mahal sangat.

Mungkin ada diantara korang nak tau apa kelebihannya .my berbanding .com or .net kan ? Nak tau korang terjah sendirilah blog Innanie ye aku malas nak terang. *memang dasar pemalas huh !*. So lepas ni kalau search url blog aku just taip www.milaahmad.my mudah je kan......



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Sunday, December 30, 2012

Menu Masakan : Tomyam Ayam Pedas

www.tips-fb.com




Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (dipotong kecil )
2 biji bawang besar (dihiris bulat )
3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar )
2 batang serai (dititik )
1 sdu pes tomyam
4 helai daun limau purut
2-3 biji limau nipis ( diambil jusnya )
3-4 cawan air
garam & perisa
sedikit minyak
sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato dan lobak)

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang putih hingga wangi dan perang.
2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar, supaya air ayam keluar
3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau
4.Masukkan cili padi, pes tomyam, garam serta perasa. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
5. Last sekali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api

TIPS : Tomyam yang enak, ada sedikit rasa pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, December 28, 2012

Sedekah Magnet Kepada Rezeki

www.tips-fb.com

Kisah Benar  (Sedekah Magnet Kepada Rezeki)



Hari ini seharian aku tak makan . Pedih juga perut dari malam tadi lagi rasa pedih tu . Aku plan nak malan maggie kari je malam ni . Tiba-tiba ! Roomate aku mesej aku tanya nak pergi pasar malam ke tak ? Aku rasa nak pergi tapi risau sebab buka dompet cuma ada RM38 saja . Kalau pergi pasar malam tu faham-faham je . Macam-macam nak makan nanti . Aku tak tahu bila abang aku nak bank in duit pada aku . Mak cakap ” Dalam 2 atau 3 hari lagi bank in duit .” Tapi aku pergi je pasar malam memandangkan aku tak makan lagi .

Di pasar malam , memang sentiasa ada tabung-tabung minta derma sama ada untuk anak yatim , masjid atau pun Gaza . Orang kurang upaya pun apa kurangnya . Aku memang ajar diri aku supaya berkongsi rezeki dengan manusia lain . Tapi sedikit kerisauan timbul sebab duit aku tak berapa banyak , untuk tampung makan aku di kolej lagi . Tapi, aku tetap pesan pada hati , ”Alaaa, aku beli banyak2 , makan sedap2 , takkan tak boleh derma sikit . Ada banyak, bagi banyak .. Ada sikit , bg la sikit , rezeki tu kn milik Allah .. Nanti ade la .. insya-Allah ..” Jadi , aku hulurkan la RM1 pada tabung anak yatim . Kemudian ternampak tabung masjid , aku bagi lg RM1 . Kemudian ternampak pakcik buta , sayu sangat dan aku hulurkan lg RM1  

Selepas selesai beli , duit dlm dompet ada lebih kurang RM20 . Cukup untuk aku mkn selama 2hari kot..Malam itu , selesai menjamu selera yg dikurniakanNya , along aku call aku dia cakap dia bank in aku RM150 . NAMPAK TAK ?? aku ingatkan mak aku yg suruh tapi mak aku tak tahu pun along aku bank in kn duit untuk aku . Itu la namanya rezeki itu milik Allah .. Aku hanya keluarkan RM3 untuk disedekahkan tapi Allah gantiRM 150 . Cuba pikir , berapa kali ganda pemberian Dia tu .. Subhanallah ! Maha Suci Allah 

Konklusinya , JANGAN TAKUT UNTUK MEMBELANJAKAN WANG KE JALAN ALLAH .. Dermalah walau sedikit asalkan kita ikhlas .. Takkan pernah susut rezeki tu bila kita sedekah . Rezeki itu milik Allah dan Dia Maha Pemurah .. Sedekah juga membantu kita di Titian Siratul Mustaqim . Bukanlah niat saya untuk cakap sy ni baik , alim atau sebagainya tapi sebagai satu perkongsian kpd pembaca untuk membuka lagi mata kita tentang nikmat Allah yang tiada bersempadan . Semoga kita akan lebih ringan tangan untuk bersedekah selepas ini .

credit to : www.whiteymommy.com

Wahai kawan-kawan ku jika ada diantara korang-korang yang bermurah hati ingin mendermakan sebahagian dari rezeki kamu ke jalan Allah S.W.T boleh bank in ke akaun ni ye. Sama-samalah kita mencari seberapa banyak pahala selagi masih bernafas dibumi Allah S.W.T




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, December 27, 2012

spontaneous thursday

www.tips-fb.com


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, December 20, 2012

Spontaneous Thursday

www.tips-fb.com



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday - Photoshoot this weekend

www.tips-fb.com




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, December 17, 2012

Tempahan baju 'Kami Blogger's"

www.tips-fb.com

Salam

Sebelum ni aku ada war-war kan tentang event bersama anak yatim kan ? Kalau ada yang tak tahu boleh singgah entry ini. Buat makluman semua event tersebut telah pun ditutup penyertaan semalam setelah ditolak tambah darab dan bahagi. Penyertaan sangat-sangat mendapat sambutan. Alhamdulillah. Oleh kerana itu, kami telah menghadkan penyertaan.

Buat kawan-kawan yang telah emailkan aku untuk menyertai program bersama anak-anak yatim, aku ucapkan ribuan terima kasih. Sangat berbesar hati dengan penyertaan kalian semua.

Untuk pengetahuan semua yang ingin melibatkan diri dalam program anak yatim ni, program ini bakal berlangsung pada hari ahad 24 Febuari 2013 bertempat di rumah amal kasih bestari, kampung melayu subang. *Sila noted pada kalendar masing-masing ye takut lupa pulak heee*.

Selain dari event yang bakal dijalankan, kami juga ada membuat tempahan baju 'Kami Blogger's'. Ini bertujuan sewaktu event berjalan semua para blogger atau tak yang terlibat memakai baju yang seragam.


taraaaa....nilah baju "kami blogger's"

Baju ni tiada tulisan " kami blogger 's"

Tertera disetiap baju nama anda sendiri.

 bahagian belakang untuk blogger tertera ayat ni

Bahagian belakang bukan blogger lak tertera logo sahaja
Adakah baju tersebut sangat cantik ? ye atau tidak ? cepat cakap cantik, kalau tak aku pok karang ! Korang nak beli tak ? tak nak beli pun takpe takde paksaan sebenarnya tapi pada hari program tersebut bila kitaorang bergambar nanti korang akan kelihatan peliklah disitu kan ???

Harga sehelai baju ni bagi aku sangat murah jika nak compare dengan yang lain, kiranya mampu milik la. Sehelai cuma RM20 sahaja. Murah bukan ? Postage cuma RM6. Jadi total untuk sehelai baju RM26.Mempunyai 2 design iaitu design untuk blogger dan design untuk bukan blogger. So kepada blogger yang dah email untuk menyertai program bersama anak yatim ni, sila bagi detail perkenalan diri anda kepada aku ye .

Sebarang pertanyaan atau soalan yang korang kurang paham boleh emailkan kat aku ye di :

Lovex_lunic8819@yahoo.com atau nak lebih cepat korang like pages FB aku, nak tanya pape berkaitan event bersama anak-anak yatim or pasal baju ni pun boleh dipersila kan ? Tapi jangan tanya kenapa aku makin gemuk, aku cepuk karang !!!>.<





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tahniah kawan

www.tips-fb.com

Salam

Tahniah buat sahabat baikku di atas kelahiran cahaya matanya yang sulung pada 12.12.12. Cantik kan tarikh tu, bayi lelaki yang diberi nama Eqwan Raiyan dilahirkan secara normal dan seberat 2.8kg.





Geram betul antie tengok ko ni, rasa nak cubit-cubit pipi tu, sabar ye nanti bila antie free antie datang lawat kamu dgn ibu kamu ye. Antie belikan hadiah untuk kamu tau. tau.

Buat ibu dan ayah Eqwan Raiyan tahniah diucapkan. Turn aku entah bila pulak kan ? Doa-doakan ye :)



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Saturday, December 15, 2012

Guestbook by CBL

www.tips-fb.com

Salam

Ni sekadar ingin menolong sahaja ye, takde kaitan dengan komisen atau % yang aku dapat kalau aku promote. Saja nak tolong pada Bride to Be yang masih tercari-cari tempat untuk buat guestbook. Aku dulu pun takde pun tempah mana-mana tempat untuk guestbook. D.I.Y sendiri jerk walaupun xkreatif mana, sebab budget nan hadooo -.-'

Sekiranya korang nak tempah guestbook kan ? boleh tempah kat sini, serius aku cakap design-design guestbook sangat cantik dan menarik. Ni pun aku dapat dari blogger gak. tapi xingat blogger mana, maaf ye ! blogger tu buat bunting, cumel tau.


Cantik kan ? Selain guestbook, CBL jugak ada menyediakan tempahan bunting, TQ tags, Corsages dan lain-lain. So apelagi pergilah terjah. Hope dapatlah membantu serba sedikit ye.



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, December 14, 2012

Marry Me

www.tips-fb.com





cloud

Hello, hello milo ke kopi O hihi... Jangan salah paham dengan tajuk kat atas tu ye wahai jejaka diluar sana, bukan aku suh korang-korang kahwin dengan aku. Aku dah kawin giler kau nak kawin banyak kali yang ada  ni nak campak mane sayang Ooo..ngehngehngeh

Ni contest yang dianjurkan oleh Nissan Malaysia, pada korang-korang yang ingin berkahwin tu digalakkanlah sesangat sebabnya korang berpeluang cerah untuk mendapatkan RM5000 CASH oke, dan diiringi oleh serombongan kereta perkahwinan * paham tak ayat aku haha...*  Selain tu korang akan dapat sesi bergambar pulak. Dengar bunyi macam best kan ? tak nak cuba ke contest ni ?

Senang je cuma buat LOVE DEDICATION DALAM PHOTO OR VIDEO FORMAT . Ala aku tau korang-korang ni semua sweet, romantik bagai kan ? trylah join contest ni mane tau rezeki menyebelahi korang.

Nak mengetahui lebih lanjut cara-cara nak join contest ni, korang boleh Klik sini, aku doakan semoga korang berjaya amin. :)

talk to my hand : Pada korang yang nak join event bersama anak-anak yatim sangat dialu-alukan, berbesar hatilah aku ni andai korang turut serta. Semoga hidup kita sentiasa diberkati oleh Nya dengan program yang bakal berlangsung ni amin !




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, December 13, 2012

Event blogger akan datang bersama anak yatim

www.tips-fb.com

Salam



Tersentuh hati aku pabila tengok gambar ni, dimana seorang anak yatim melukis gambar 'ibunya' lalu tidur bersama lukisan tersebut.

Aku bersyukur masih mempunyai ibu bapa lagi, tapi anak yatim di atas kehilangan ibunya semasa peperangan. Mungkin terlalu rindukan ibunya, jadi anak yang tidak berdosa ini  melakarkan gambar ibunya seolah-olah dia sedang lentangkan tangan untuk  dia tidur sebagai bantal. Dia rindu pelukan ibunya, dia masih terlalu kecil dan tidak memahami apa-apa selain inginkan belaian manja dan kasih sayang seorang ibu dan bapa.

Kadang- kadang aku terfikir dan ingin tau perasaan menjadi seorang anak yatim, selami perasaan mereka, ketahui keinginan mereka. Mungkin takkan sama apa yang aku rasa dan mereka rasa tapi kalau cara ini mampu  membuat mereka mengukir senyuman itu sudah cukup membahagiakan hati aku seorang anak yang bersyukur masih mempunyai ibu bapa lagi.

Masih ingat pada entry photoshoot  ni, dimana blogger-blogger berkumpul untuk satu event photoshoot. Pertemuan kami tidak habis di situ, malah kami merancang untuk buat event seterusnya dimana event berikut kami merancang untuk melawat ke rumah anak-anak yatim.

Ada sesiapa berminat untuk join event ni ? Event ni mungkin akan berlangsung sekitar bulan 2 In Sha Allah kalau dizinkan Tuhan, sekarang kami masih merancang satu persatu acara sebelum event sebenar berlansung. Kami ingin mengumpulkan seberapa banyak dana yang ada.

Sekiranya korang berminat untuk menyertai event pada kali ini boleh email aku ye :

Lovex_lunic8819@yahoo.com

Ala lupa pulak nak mention, kami-kami semua ada buat baju untuk blogger-blogger yang nak join event ni tau, next entry aku tunjuk design baju yang ditempah, harga cuma RM20. tunggu tau next entry aku upload gambar baju.





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Spontaneous Thursday

www.tips-fb.com


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, December 12, 2012

Meluah apa yang terpendam

www.tips-fb.com

Salam

Seceria mana pun kita, sehappy mana pun kita, sebahagia mana pun kita, tetap masih ada perasaan sedih bukan ? mesti ada rasa kecik hati bukan ? mesti ada rasa kecewa bukan ? *byk guna ayat ulang kan* . Rasanya dalam blog ni jarang ada entry meluah perasaan, mungkin ada tapi xbanyak sebab aku bukan jenis suka kongsi masalah dengan orang lain, melainkan orang yang rapat dengan aku.

Percaya atau tidak, biasa orang yang hidupnya xpernah nak usik atau sibuk hal orang lain selalu je ada orang nak dengki. Dalam erti kata lain hidup dia selalu orang nak ambil tahu, bukan membantu tapi lebih kepada penyibuk tahap cipan bertelur.

Kehidupan yang serba kekurangan tapi masih penuh dengan kasih sayang yang melimpah ruah ni pun orang xputus-putus nak dengki, nak cemburu, cakap bukan-bukan mengata yang macam-macam. Sampaikan aku sendiri tak paham, dan masih tercari-cari apa masalah sebenar manusia-manusia ni.

"Mak aku cakap biar org buat kita, jangan kita buat orang !" tapi prinsip aku pulak

" Kau buat aku sekali, aku akan pastikan ko dapat berkali-kali "

Sadis. kejam. aku tak pedulik semua tu. Bukan sekali orang bercakap, malah seribu kali dah halwa telinga aku ni mendengar. 

Kata hati berpesan sabar, sabar, sabar, tapi sampai bila ??? mana maruah aku ? yang dicanang tu keluarga aku ! darah daging aku hoiiii...

Tapi Allah S.W.T kurniakan aku sekeping hati yang sangat suci, marah memang marah dendam tetap dendam tapi mudah pulih seperti sedia kala. Alhamdulillah. Aku selalu berdoa semoga doa orang yang teraniaya ni makbul hendaknya, dan aku percaya Allah S.W.T sentiasa ingin menduga hambanya yang terpilih saja, mungkin mahu melihat sejauh mana hambanya itu tabah menghadapi dugaan yang mendatang.

Biarlah masa berlalu pergi, semoga aku kuat untuk menghadapinya.....





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wordless Wednesday

www.tips-fb.com


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, December 11, 2012

Adab jiran tetangga

www.tips-fb.com

Salam

Pepagi lagi emosi aku terganggu, pagi-pagi lagi dah bikin aku menyirap bandung ! aishhh...tolonglah, tolonglah darah aku ni masih muda *ceh, perlu ke mention* so cepat melenting tau. Elok-elok beradap boleh jadi kurang ajar nanti.

Kereta korang pernah kena blok dengan kereta lain ? Tak pernah ye ? Atau korang yang suka blok kete orang ? Ade tak hurmmm ???? tak kisahla mana-mana pun ye. Aku nak ajar sikit cara berhemah lagi berkhemah bagaimana sopan santunnya memblok kereta orang secara terpelajar.

Aku bagitahu ni sebab aku selalu kena ggggrrr....So aku taknak korang pun terkena jugak !!!!

Bila duduk kawasan rumah flat memglah penghuninya sangat banyak betul ???? so dah tentu-tentulah kereta pun bersepah-sepah betul ? Macam rumah aku ni dia takde tempat letak kereta yang spesifik, that means sape cepat dia dapat yang lambat tu dah confirm2 akan blok je kete mana-mana yang dia suka ! *always kete aku yang kena blok hampeh -.-'*

sumber google

Kalau jalan mendatar a.k.a rata kalau ko blok kereta orang xpayahla ko tarik handbrek tinggi-tinggi ko free kanlah gear ko tu supaya senang kereta yang ko blok tu nak kuar. Kalau ko sayang sangat kereta ko yang 'mahal' tu bergerak atau ilang ke sebab free gear ko tinggalkan no HP paham ???? mudah kan, bukan susah sangat lainlah kalau ko xreti menulis atau xingat no HP ke atau ko takde HP * ada ke manusia xpakai HP*

Aku rasa lepas ni aku kena letak satu notis kat kereta aku lah,

Ekut idea yang laki aku bagi letak notis macam ni kat kereta aku " SAYA PEGI KERJA PUKUL 7 A.M TOLONG JANGAN BLOK KERETA SAYA, SEKIAN TERIMA KASIH." bole gitu ???


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, December 10, 2012

Aku dan beg tangan

www.tips-fb.com

Salam

Wanita dan beg tangan memg tak boleh dipisahkan, sape setuju cakap aku ? Hmmm... xnampak pun yang setuju tapi aku tau korang menggangukkan kepala ? Selain pencinta  kasutkasutkasut,kasut *fuh, mengah kejap -.-* aku jugak pencinta kepada beg tangan heee~~~

Aku dan korang tak jauh beza sebenarnya, tetap pencinta beg tangan tapi mungkin cara mencintainya setiap orang berbeza.

Kalau akulah kan setiap beg tangan yang dibeli bukanlah berdasarkan jenama. Tetapi rekabentuk yang menarik, nampak vouge, elegant confirm aku rembat. Macam kasut, beg tangan pun kenalah tukar-tukar ekut keadaan. kadang tu nak matching dengan kasutlah dengan baju lah apelah kan. Aku ni kadang-kadang je rajin tapi biasanya malas kalau pakai beg tangan tu bila malas nak tukar tunggu sampai dah putus dah koyak baru tukar beg tangan lain.

kualiti sangat tidak memuaskan guna HP jerk...
Oke ini aja yang ada dalam simpanan aku. Yang lain nan hado sebabnya aku ni kakak yang baik, setiap kali bila beg tangan yang baru mesti beli dgn adik-adik aku kemudian diaowang akan buat ayat macam ni :

"angah, tu dah beli beg baru, yang lama boleh lah bagi kak cik er ? Nak naik sem ni !"

"kak ngah,bagi ah kak uda  beg tangan satu kita nak pakai tukar-tukar !

Mujur aku ada 2 orang adik perempuan sahaja kalau 4, 5, orang mampus aku tiap-tiap bulan kena beli beg tangan baru semata-mata nak bagi diaowang sorang satu beg tangan lama -.='. Tu pun xtermasuk mak aku, hehe~~~  Ada sape nak jadi adik aku kuang3....* yang ada ni pun dah buat aku sesak nafas oke !*

Sepanjang aku beli beg tangan ni aku paling berkenan sangat-sangat beg tangan jenama Polo. Beg tangan  ni yang pertama aku beli dari jenama Polo dan aku telah memiliki 3 design beg tangan dari jenama Polo. Gambar atas tu hanya satu je beg tangan jenama Polo yang kaler hitam tu, yang lain macam biasa aku sedekah kat adik2 aku la, kakak yang baik kan ??? hahaha.....:p

Jenama polo jugak ni yang ketiga.



Yang ni  beg tangan masa hantaran tunang, sekali tu je aku pakai time raya tahun 2011  pastu xpakai dah duk diam dalam kotak. Kenduri kahwin baru aku pakai.

Bila dah kahwin ni xbolehla nak shopping ekut nafsu macam aku zaman bujang, kena start menyimpan nanti kalau ada anak confirm nak beli macam-macam untuk anak ye dak ? 

talk to my hand : Syukur alhamdulillah, rezeki makin melimpah ruah, gov dapat bonus, aku lak naik gaji :)




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Sunday, December 9, 2012

Gambar David Bechkam dan keluarga.

www.tips-fb.com

Salam

Baru ni aku tau anak David Beckham dah 4 orang semuanya. Yang pertama tu dah besar rupanya. Aku mati-mati ingat anak dia 2 orang je, sekali kau 4 dah tau, caya larh.

Suka tengok pasangan romantik ni David Bechkam dan Victoria Posh. Rasanya diaowang artis barat yang masih bertahan mengekalkan hubungan rumahtangga sampai sekarang walaupun kita tau macam-macam gosip yang melanda bintang bola sepak terkemuka David Bechkam.

sumber encik google




Ala cutenye lentok kat daddy ea ;)

 

 Anak David Bechkam yang kecik sekali tu perempuan, cumel sesangat kalau jumpa depan mata confirm aku cubit pipi dia. Teringin juga nak tau apa rahsia hubungan rumahtangga diaowang sampai boleh bertahan sampai hari ini.

 talk to my hand : tetiba teringat kenangan manis lah pulak hihi...


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Saturday, December 8, 2012

Menu Masakan : Ayam Masak Sos Tiram

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and Hello :)

Memasak kita lagi ye puan-puan. Beginilah kalau time cuti-cuti Malaysia kalau datang rajin aku masak tapi kalau datang time malas ko jangan tanya macam-macam aku cepuk kang :p.



Tanpa baca lebar dan terus membebel. Terus sahaja kepada pembuatan ayam masak sos tiram ni ye.

Bahan-Bahannya :

Setengah ekor ayam- gaul dengan kunyit dan goreng separuh masak
1 sudu besar kicap
3 sudu besar sos tiram
air secukupnya
2 sudu besar serbuk lada hitam
Brocolli atau sayuran lain pun boleh
* kalau nak guna daging pun boleh ye

Bahan hiris :

1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan tumis barang hirisan sampai naik baunya
2. Masukkan ayam dan biarkan ayam hingga masak secukupnya
3. Masukkan sayur, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan sedikit air
4. Masak hingga pekat, kacau rata dan siap untuk dihidangkan.

Dah siap untuk dimakan bersama nasi panas yeay !

talk to my hand : Macam best pulak TRIP ke Canada er.
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, December 7, 2012

Primadona

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Ko tau aku suka sangat tengok rancangan Primadona tu, alaaa cerita yang 4 orang pengacara terdiri daripada artis yang hot-hot tulah. Rancangan ni bersiaran pada hari jumaat secara langsung di saluran prima 105 dan saluran mustika HD 134 jam 9.00 malam. Haaa malam nilah, jomlah kita tengok reramai ~~

Rancangan ini mengetengahkan isu semasa dari perspektif wanita. Rancangan ini dihoskan oleh 4 artis terkemuka iaitu Raja Azura, Erra Fazira, Rozita Che Wan dan Ziela Jalil. Bagi aku memg best rancangan ni sempoi, penuh dengan gelak ketawa.


Banyak artis yang diaowang invite tau. Kalau nak tau sapa artis malam ni, korang tunggulah rancangan ni jam 9.00 malam ni. Apa yang buatkan aku tertarik nak tengok rancangan ni hos-hos suma cantik-cantik belaka lebih-lebih lagi Erra Fazira meletop abes heee~~~

Lepas tengok Primadona boleh terus sambung tengok rancangan Maharaja Lawak Mega 2012 huhu...

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Review Officially Photografer

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Ye, ye aku ingat sesi review ni dah habis kau, sekali cek punya cek boleh pulak OP time aku kawin aku belum review lagi seeedddiiihhh la kawan. Tapi aci lah kot kan gambar kahwin semua baru je sampai kat tangan 2 bulan lepas so takdelah lama sangat kan aku nak review sape OP a.k.a Officially Photografer aku pada hari bersejarah aku tu.

 




 

 
Overall sangat-sangat berpuas hati dengan perkhidmatan ViceVersa Picture- Wedding Photography. Dengan harga yang sangat berbaloi bagi aku kurang dari 1K. 3 event yang diamanahkan iaitu nikah (jumaat) sanding dan outdoor (sabtu ). Setiap moment yang berlaku dirakam, setiap sudut diambil, tu yang aku suka  sangat sebab bila kita jadi raja sehari kita xkan boleh nak lihat seluruh keadaan yang berlaku pada hari bahagia kita bila ada OP yang ditugaskan dan diamanah kan sebagai tukang gambar yang merakam setiap  gambar. Itu akan membawa kepada seribu kenangan buat anda ^_____^

Setiap gambar mengandungi cerita yang tersendiri. Setiap saat dan ketika aksi kami pada hari tersebut dirakam tu yang bagusnya hehe...muka ready ke muka xready ke OP tangkap je tanpa penat dan berpeluh-peluh, aku yang tengok pun letih, tapi demi nak memberikan kepuasan pada customer nya semua tu sanggup diredah hehe....Syabas la ye !!!

Kepada Bride To Be yang nak hire ViceVersa Picture- Wedding Photography korang bolehla like pages diaowang. Ingin mengetahui Pakej yang ditawarkan ke atau  ada sebarang pertanyaan boleh jerk diajukan kat pages tu.

talk to my hand : sapekah 4 pasangan yang akan menang ye ???



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, December 6, 2012

Spontaneous Thursday

www.tips-fb.com



talk to my hand : psssst betul ke bohong ni ? Lisa Surihani main kayu tiga di Istanbul ?


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday- Pengantin Senget

www.tips-fb.com




Hodoh betul muka aku kan bila wat macam tu haha....



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, December 4, 2012

M.A.A.F

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and Hello

Maaf hari ni mood nak update entry ke laut. *entry paling pendek pernah dibuat huhu....*


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, December 3, 2012

Kat mana buat Welcome Signage

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Sebelum ni aku ada review pasal Welcome Signage ni, kat mana aku tempah tapi mungkin korang-korang xperasan entry aku tu kan ? xpe aku bagi link.


Design signage aku macam ni macam style bunting tapi dalam kertas size A3 that means kecik sikit. Ada banyak lagi design yang lain korang boleh pilih. Kalau sape-sape yang teringin nak  signage macam tu jugak bolehla ke FB De home project untuk sebarang tempahan :)

Selain tu De home project ada juga menyediakan perkhidmatan mini pelamin paper wheel gak tau. Aku tau korang mesti suka kan ? Ramai sgt yang duk usya pasal pelamin ni maklumlah sekarang ni tengah 'in' selain paper latern tu. Meh layan gambar, confirm korang akan cair cantik kot !




Cantik bukan ? Nak deal harga korang boleh tanya Owner De home project ye. Harap dapatlah membantu bride to be yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka nanti ^_________^



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Berjimba di hari sabtu

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Kemanakah gerangannya aku hari Sabtu hari tu, cer teka ? cer teka ? Lambat biar aku bagitahu dulu ngehngehngeh..Aku p Wangsa Walk je huhu..Buat ape kat sana ? main luncur ais kau..eh tak-tak aku p sana sebab nak tengok movie a.k.a tengok wayang. Sambil tu cuci-cuci mata aku yang dah kabur ni haaa...*kaburlah sangat padahal nak membuang duit yang ramai tu kennnnnnn*



Release Date: (35MM) 29 Nov 2012
Language:Malay
Subtitle:
Genre:Comedy / Romance
Running Time: (35MM) 95 minutes
Director:MP Roslin
Cast:Jep Sepah, Shuib Sepah, Mamat Sepah, Anzalna Nasir, Jehan Miskin, Ramona Zamzam, Azrul Raja Lawak, Pak Yus Rajalawak, Shiro Rajalawak, Talha Rajalawak
Synopsis:
“Sepah The Movie”, mengisahkan ragam tiga lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang elektronik. Jep, Shuib dan Mamat berkawan rapat sejak dari kecil dan mempunyai hobi yang sama iaitu obses dengan sukan motor lasak atau motor cross. Mereka yang dikenali sebagai ’Sepah’ merupakan juara sukan tersebut di sekitar Johor Bahru. Dalam pada itu, mereka menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka. Munculnya seorang gadis cantik bernama “ Ayu sofea “ ,yang bertugas dibahagian “Training “ (trainer) dikilang elektronik tempat mereka bekerja. Pelbagai strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati “ Ayu sofea”. Ayu bagaimanapun pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan kerenah dan juga ragam tiga bujang Sepah ini . Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi. Namun semuanya gagal.
Antara jalan cerita Sepah the Movie tu ye. Best giler tau tak ! Putus urat kentut aku tengok cete ni. Puas atilah tengok xrugi beli tiket memahal heee~~~Aku syorkan pada korang yang mane belum tengok, tengoklah ye confirm ketawa korang terburai.
Muka bahagia nak tengok wayang haha...
Alang-alang dah sampai Wangsa Walk rugilah kalau tak tawaf satu bangunan tu lagipun bukan senang nak jejak kaki kat sini sebabnya aku ni tersangatlah malas nak drive ke sini selalu parking penuh tau. Jusco AU2 tu pun boleh dibilang dengan jari berapa kali pegi makanya dikesempatan ini aku round2 the world lah ! Hasilnya aku berjaya rembat 2 beg tangan untuk bawak g kerja hoho...Kemain meriah kan sampai dua sekali rembatannya  tamak haloba itu aku, lepas tu bila xpakai terperosok beg tu bawah katil, kejam kau ! kau kejam !. 

Taraaaaaaaaaaa....hasil rembatan.....


Terima kasih pada diri sendiri sebab dah berjaya abeskan $$$ dalam masa satu hari hehe...Apa yang penting kepuasan dalam diri terserlah haha....motif ko nak cakap cenggitu??????-.='


talk to my hand : mari kita sama-sama pasang azam untuk tahun baru :)

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Sunday, December 2, 2012

Menu Masakan : Sotong Masak Kunyit

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Kan dah kata jangan terkejut kalau blog aku ni tetiba ada entry main  masak-masak ni. Harus ada gambar makanan sebabnya aku sedang belajar masak ohoiiii...Dan jgn tekejut kalau pepagi aku up gambar masakan bukan ari ni aku masak tau ni memasak tahun gajah dulu-dulu aku up satu persatu. Banyak lagi masakan tapi ikut turn ni *sebenarnya aku takde idea nak cerita so cete masak-masak ni aku peram dlm draf agak takde cete aku up la kan gitu...*


Bahan-bahannya:
1 kg. sotong saiz sederhana
1 sudu serbuk kunyit
Serbuk lada hitam dan serbuk lada putih
1 biji bawang besar - dihiris (untuk ditumis)
3 ulas bawang putih - dititik (untuk ditumis)
1 inci halia - dihiris (untuk ditumis)
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji tomato - dibelah empat
Garam, gula, dan perasa (jika suka)
Daun sup dan daun bawang
Minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:
1.  Sotong dibasuh bersih dan ditoskan.  Kemudian kerat sotong dalam bentuk gegelang dan lumurkan dengan serbuk kunyit, serbuk lada hitam, dan serbuk lada putih.
2.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau.
3.  Selepas itu masukkan sotong dan gaul rata. Masukkan garam, gula, dan perasa.  Biar mereneh sehingga pekat dan sotong masak.
4.  Akhir sekali masukkan bawang besar ,buah tomato, cili hijau, dan cili merah.  Kaup balikkkan.
5.  Semasa menghidangkan bolehlah dihiaskan dengan daun sup dan daun bawang.


Credit to : Kak Noor

talk to my hand : korang ada kenangan manis p Sunway Lagoon tak ?
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Saturday, December 1, 2012

Baby Boy Berubah Satu Persatu

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and Hello :)

Orang masih tidur diulit mimpi aku lak gigih type entry sebab waktu pagi tak bizi dah tengah hari kang laki aku balik nak mencekik so aku kenalah masak...*masaklah sangat huh !* So amek kesempatan up entry dengan kadar kelajuan 110km/j pheewwww~~~

Balik pada tajuk asal ye, baby boy tu bukan anak aku tau.tau. sebab aku belum beranak ngehngehngeh. Baby boy tu adalah sejenis kenderaan besi beroda empat heeee~~ sesaje gedik nak panggil 'baby boy'. Nak ekutkan aku ni takdelah obses sangat nak make up kan baby boy aku tu jadi BMW ke hape tapi memandangkan aku ni suka sangat berangan dan bercita-cita tinggi walaupun pelajaran takat SPM jerk. Bila berangan tu mesti nak tunaikan impian tu kalau tak hidup aku tak sempurna ceh ! ayat xmenahan kau !

Aku selalu percaya kalau niat kita betul, ikhlas, niat untuk berusaha Allah akan sentiasa lorongkan dan permudahkan. yang penting Berusaha dan jangan putus asa ! Kalau ko tak berusaha ko tunggu je sampai rezeki datang bergolek-golek depan ko memg takkan dpt lah sampai kiamat pun -.='

Perubahan yang berlaku pada baby boy ni sebenarnya tanpa dirancang pun niat tu memg ada ! kan aku ckp aku suka berangan bila berangan aku akan usaha untuk dptkan xkisahla lambat ke cepat ! tapi baby boy ni berubah masa aku lagi 3 bulan nak kawin, memg xsuspect huhu...Alhamdulillah rezeki Allah yang bagi. Sepatutnya entry ni dibuat sebelum kawin lagi tapi masa nak dekat kawin tu aku xaktif blog sebab fokus pada hari besar.

Benda yang aku suka berangan adalah aku nak tukar sport rim kereta aku jadi warna putih. Aku memg suka warna putih sebab putih tu nampak suci jerk. Dulu motor skuter aku pun warna putih gak ! Dalam keadaan yang yakin mcm tak yakin sebab yelah nak kawin kan mesti banyak duit keluar, sebab tu aku xsangka pulak boleh tukar sport rim bagai.

tengok tayar gondol je bila takde sport rim

Selepas ditukar sport rim
Korang tau tak, aku tukar sport rim ni aku pegi dengan bakal pak mertua ! sebab apa bakal  ? masa ni belum kawin lagi. Malu aku, aku yang nak tukar sport rim tapi pak mertua yang beriya nak teman tau. dia yang rekemen kan aku kedai sport rim ni. Katanya murah, murah xmurahla. kira-kira 1.5k la jugak semua hahaha..rim 15inci ye. padahal keta aku sepatutnya guna 14 inci tapi aku ni degil kalau kata nak yang itu yang itu jugak ! sampai pak mertua aku geleng kepala.

gambar owner harus tempek depan baby boy oke ! hahaha
Nak kasi seksi sikit mata ( lampu ) baby boy tu aku bubuhla bulu mata pelesu. tapi mata pelesu ni warna putih hoho...itam xmo ! biar nampak orang dari jauh kelip2 mata pelesu baby boy aku haha...kete je pun bukan orang ko ni. Kalau orang pakai bulu mata pelesu warna putih ate dah senget orang tu gamaknya.

Seksi tak bulu mata i...muahahaha...


Buat kereta tu seingat aku abes dalam 2k aitu sebab bukan sport rim je aku tuka, aku tuka lampu belakang yang pecah masa eksiden sebelum tu, budak motor langgar aku so dia sudah hentam lampu kete akulah. Seriau aku time tu bunyi bukan main kuat lagi dahla ujan. Tapi motor tu xsalah yang salah kereta lain sebab himpit aku ! memg kuang aja huh ! Sek bek aku baik hati budak motor tu nak bayarkan tapi aku xmo ! sebab tangan dia luka darah menitik2 eeee seram ney. Aku rela keluarkan duit aku sendiri cian pulak kat budak motor tu -.='

Lepas ni aku berangan nak bubuh body kit biar nampak baby boy aku yang kecik cemotit ni tiba-tiba dah membesar dengan jayanya haha..dah surver-surver dah tapi duit takde eh bukan takde tapi kurang heee~~~. tengah gigih nak menggali lubang ni harap-haraplah ada rezeki ! doa-doakan ye :)


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...