Terima Kasih Sudi Like

Tuesday, July 31, 2012

Kini jeans picasso di uptown danau kota

www.tips-fb.com

Assalammualaikum,

Hai tawan-tawan, eh dah mcm orang takde lidah aku bercakap huhu..manja la gitu konon puiiii...hari ni puasa ke berapa er ? sejak dah bertukar keje shift malam ni, hidup aku dah macam xteratur, orang keje siang, aku tidur siang orang tidur malam aku keje malam walaupun hanya bersifat sementara cukup terseksa ko tau !!! grrrr.....

Biasa aku keje admin tapi sekarang aku dah lari bidang kerja aku. Semua ni gara2 bos aku yang kejam, seeeeddiiihhhhhh :'( rela dalam paksa.Tabah dan sabar menghadapi dugaan dari Nya. Tetiba beremosi lak aku ni.

Oke-oke  back to basic, sempena nak raya ni kami adalah buat gerai jualan Jeans Picasso mungkin ada yang tak tahu ape itu Jeans Picasso korang boleh refer ENTRY ni, gerai tu terletak di uptown danau kota, so sape2 la yang berkenan nak beli seluar jeans untuk raya yang xlama lagi boleh datang ke gerai kami.

Buat pengetahuan semua, harga yang ditawarkan sangat-sangat-sangat berbaloi dan takkan dapat dimana-mana, sumpah aku tak tipu. takde sebarang penipuan disini ya, xbaek aku nak tipu bulan-bulan puasa. Harga ditawarkan memg cukup-cukup rendah. Ini adalah kerana kami ingin menghabiskan stok-stok seluar jeans yang ada.

Sekiranya korang beli satu seluar di gerai kami, kami tawarkan dengan harga RM50, TAPI sekiranya korang beli 2 helai kami bagi harga RM80, manakala beli 3 helai kami bagi harga RM100, cukup murah bukan ? Lagi banyak korang beli lagi murah kami bagi harga, harga bagi setiap pembelian masih boleh dibincang. Korang boleh rasa material yang digunakan untuk penghasilan jeans ni. Aku yakin korang akan berpuas hati dan sangat berbaloi dgn harganya.

Stok-stok jeans yang ada ni sangat limited, hanya ada 3000 helai seluar pelbagai size dan design untuk dijual siapa cepat dia dapat. So tunggu apa lagi, mari lah dapatkan seluar jeans untuk hari raya anda ^______________-^


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Sunday, July 29, 2012

Wanita peminat anak patung berwajah hantu

www.tips-fb.com

Dulu masa kecik-kecik kalau pergi shopping complex dengan keluarga paling aku suka bahagian anak patung perempuan.Cukup suka tgk baju-baju anak patung serta kasutnya cantik.Biasalah kan budak perempuan mesti suka anak patung xkan nak main pistol or robot pulak kan ?Macam xperempuan la pulak haha.... 

Kalau dah nama anak patung Barbie confirmlah yang cute mute kan ? mane ada yang hodoh bagai. Ada ke yang suka pada anak patung yang menakutkan dan mukanya ganas.. Ada tak??? Sape suka cuba angkat hidung dan pusing 45c sekarang muahahaha...

Sebenarnya ada yang meminati anak patung berwajah hantu ni beliau ialah Marilyn Mansfield 33 tahun. Dipaham kan beliau telah mempunyai lebih 500 koleksi anak patung berwajah hantu. Beliau menjaga semua anak patung beliau seolah-olah anak patung itu hidup. Emak kepada tiga cahaya mata ini tidak pernah keluar rumah tanpa anak-anak patung dia. dan dianggarkan nilai setiap anak patung hantu beliau adalah $2500 setiap satu dan koleksi keseluruhan dianggarkan ratusan ribu dolar. 







Perghh...menakut jerk aku nengok koleksi anak patung beliau ni dah macam anak betul dah ni kalau lah anak patung tu hidup mampus dicekiknya kita..pheeewwww...seram mak nok ! Pelik-pelik orang barat ni kan, banyak benda lain boleh dijadikan hobi anak patung hantu pilihan mereka. Korang ada hobi yang pelik untuk dikongsi tak ?

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, July 26, 2012

Spontaneous Thursday

www.tips-fb.com

" Jangan disentuh hati lelaki.... 
Jika belum bersedia jadi isteri....
Jika belum bersedia jadi ibu Mithali.....
Jika belum bersedia jadi Murabbi.......... 
Jika belum bersedia menjadi penjaga harta suami..... 
Kerana Seindah Hiasan Dunia buat Suami...
Adalah Wanita yang solehah...
Bila di pandang mampu menenangkan suami.."

 
talk to my hand : hey lately ni aku bizi sangat dan xsempat nak blogwalking blog korang sebab terlibat dengan perniagaan jeans kat up town danau kota sempena raya. InsyaAllah ada kelapangan aku terjah ^______^

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, July 25, 2012

Wordless wednesday - Don't give up !

www.tips-fb.com


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, July 23, 2012

Ramadhan pertama di Batu Pahat

www.tips-fb.com

Assalamualaikum,

Selamat Berpuasa ye kowang. Hari nie, kita telah menjalani ibadah puasa selama 3 hari. Alhamdulillah :)Ari pertama bekerja di bulan puasa aku rasa macam lemau semacam, nak-nak ujan pepagi ni kalau tidur ni pergghhhh best² sebabnya xbole makan heeee....

Puasa pada tahun ni aku telah bergelar 'puan' makanya aku menyambut ramadhan pada kali ni berdua bersama encik suami. Tambah lagi bermakna bila dapat menyambut ramadhan pertama bersama mak dan abah serta mak dan abah mertua heee...best giler wey.

Bulan puasa tahun ni jatuh pada hari cuti so aku dan encik suami merancang untuk pulang ke kampung walaupun 2 minggu lepas kami telah pulang ke Batu Pahat. See??? sejak ada suami ni kitaorang kerap blik kampung. Mesti balik rumah mak bapak aku dan mak bapak mertua sebab rumah family aku belakang rumah family en suami kehkehkehkeh..so haruslah balik 2-2 rumah kan ? kan ? Bukan apa nak berlaku adil sebab rumah xjauh hanya sejengkal jerk.

Puasa pertama, bersahur dan berbuka di rumah mak mertua manakala puasa kedua bersahur di rumah mak aku. Seawal 4 pagi mak aku dah msg bgtau suh datang rumah untuk bersahur. Tapi yang sedihnya xdapat berbuka puasa dirumah mak sendiri sebab kitaowang kena gerak balik ke KL.

Yang bestnye bila nak balik KL ni, mak-mak aku sibuk siapkan juadah untuk aku dan encik suami berbuka bila dah tiba KL nanti. Cakap nak makan apa diaowang masak kan..heeee seronok bila ada 2 mak ni tau. Paling selamat aku tak payah masak haha...*dasar malas *

Baru aku sedar bertuahnya bila ada 2 abah dan 2 mak yang sygkan anak dan menantunya. Terharu jugak dengan layanan yang diberikan T________________T. Mungkin ini adalah hikmah buat aku dan encik suami sebab dengar cakap ibubapa untuk dijodohkan bersama. Semoga kasih sayang ini akan sentiasa melimpah ruah hingga hujung nyawa Aminnnn...

Mak-mak saya, love both of u very much !





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, July 20, 2012

Dulu kecil + kurus, lepas bersalin gebu yang amat heee...

www.tips-fb.com

Assalamualaikum,

Mesti korang suka sangat tengok cete Bawang Merah Bawang Putih kan ? Ala sinetron Indonesia tulah, yang famous suatu ketika dulu siap ada jilid-jilid lagi vcd cete tu. Bukan nak cete sinopsis sinetron tu tapi nak cete pasal pelakon cete tu yang memegang watak paling kejam selain ibunya dlm cete tu sape xkenal Bawang Merah atau nama sebenarnya Nia Ramadhani.

http://wallpaper.duniaanda.com/wp-content/wallpaper/04873-nia-ramadhani.jpg 

Ce tengok, dulu badannya hot vogue de vas kan ? menjadi igauan rakyat jelata la wa ckp lu. selim habes beb !!! Kalau tanya aku dah confirm-confirm la aku pun nak body cam tu tapi seeeedddiiihhh la aku ni sebab tu hanya tinggal impian menjadi kenangan wuaarrrgghhh, nyorok dalam bantal isk...isk..isk...T___________T

Tapi ape yang aku baca la ni, lepas bersalin dan melahirkan seorang baby perempuan yang diberi nama Mikhayla Zalindra Bakrie pada 2 Jun lalu, badan Nia Ramadhani tu agak sedikit berisi but still gebu oke !!! Nampak gemuk tau, yela dah kahwin plus dah ada anak confirmlah badan naek macam aku ! erk !@#?? ape ini ? *takde kaitan*
sumber dari sini


Yang aku ni belum ada anak pun berat dah macam gajah, kalau ada anak t mcm manelah beratnye kan -.=' tapi memg ramai mcm tu masa belum kahwin kurus giler bila dah kawin hamek kaw besar tong membesar haha...Takpelah janji sihat takde penyakit ye dak ?

talk to my hand : dulu aku gemuk, skank aku makin gemuk ! eh ? ape nie???? nak lari ujung dunia stresssslah haku -.='

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, July 19, 2012

sayu baca kisah Fynn Jamal tentang anaknya :'(

www.tips-fb.com

Assalamualaikum,

Tadi duk on9 FB bosan2 pegilah stalker sana-sini, hanya silent stalker sahaja, eh, ada ke ayat cam tu ? mmmm...bantai jela. then tetiba terbaca satu artikel yg dipost  oleh Fynn Jamal , series sangat terharu dan sayu membacanya :(. Mungkin ramai yang tidak mengenalinya tapi dia orang seni jugak. Dia adalah penyanyi lagu 150 juta. Kalau nak tau lagu tu  boleh search kat You Tube
Kalau nak tau lebih lanjut tentang cerita pasal anaknya korang boleh tengok di FB nya. Ni antara kata-kata yang diluahkan oleh seorang ibu pada seorang anak.

kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.

kita.
rakyat malaysia.

semalam, aku dan tri sudah hampir putus harap untuk bertemu dr lim. pakar jantung kanak2 di negara yang secara mengecewakannya adalah SATU2NYA pakar yang dirujuk SEMUA kes2 jantung kanak2 di malaysia.

ada lagi satu pakar di IJN katanya.
tapi tunggu juna kritikal baru dapat temujanji.
dan kritikal bermakna membiar jantung juna bengkak dahulu baru diberi perhatian.
sesuatu yang bagi aku-- tak ada mana2 ibu dalam dunia sanggup untuk tunggu.

dari pagi beratur menanti.
tanpa temujanji.
kami cuma ada referral dari dr nizam --pakar jantung kanak2 dari jb.
dr nizam kata dalam malaysia, semua pakar jantung kanak2 akan rujukkan kes pada dr lim di gleneagles di ampang.
juna dirujuk terus untuk masuk-dan-jumpa dr lim.
juna perlu lekas, katanya.

terus kami pulang ke kuala lumpur agar pagi esoknya dipersempat. namun, sampai ke petang tak ada rupa nak berpeluang bertemu.
mungkin kerana tak ada temujanji, tri bilang.
kita ambil nombor. datang semula besok, sambungnya.
aku setuju.

ketika hendak berangkat pergilah nama juna dipanggil. aku sedia maklum kedatangan kami adalah untuk meminta ihsan agar diberi peluang untuk pembedahan. tarikh adalah suatu komoditi yang mahal dalam plot ini.

ada yang perlu tunggu.
macam beberapa anak yang masih menanti di IJN.
ada yang nasibnya lekas.
dan kalau pun tarikh sudah ada, ada kes di mana anak tersebut demam di tarikh tersedia--
maka terbatal.
perlu mencari tarikh semula.

dr lim semak kes juna.
sihat, kata dia.
jantung masih cantik. belum bengkak habis walau kelihatan di xray sudah mula proses bengkaknya.

"bila tarikh yang ada?" aku tanya dr lim meski dalam akaun sesen pun tak ada. simpanan tak ada. apa tak ada.
aku cuma ada 'kun fayakun' dalam kocek.

dr lim buat satu dua panggilan sambil jari2nya menjalar2 di kertas.
"esok".
refleks-- aku jawab-- "boleh".
dr lim pandang aku. dia tanya: "duit ada?"

aku toleh tri.
tri pandang aku.
serentak--
kami cakap laju--
"ada".

*pause*

kami bohong.
kami tak ada duit.
tapi kami nekad.

pinjam mana2. jual apa2.
tapi mmg gila.
aku dan tri perlu cari rm 35 ribu dalam satu hari.
SIAPA sanggup bagi pinjam dalam satu hari?
SIAPA nak beli kereta, alat2 elektronik semua ini dalam satu hari?

DALAM SATU HARI.

aku cuma ada kun fayakun dalam kocek.
aku begitu yakin itu adalah harga pembedahan juna.
kun fayakun.

aku kering.
paling teruk aku akan tanggung kalau tak terbayar di esoknya adalah saman-menyaman, aku masuk penjara, atau seluruh harta disita mahkamah.
apa2 jualah.

aku tak kira.
yang penting, jantung juna.

dan keajaiban berlaku.
keajaiban yang dari dulu aku selalu juangkan.
kemanusiaan.
random kindness.
cinta sesama insan.

dalam kurang 24 jam, cukup rm 35 ribu untuk juna.
dan dana masih ada lebih-- cukup untuk follow up dan ubat2 dia nanti.
SEMUANYA adalah kerana kun fayakun.

tuhan begitu baik kerana meniupkan kasih dalam ruh kalian.
begitu mengasihan kerana menggerak hati2 kamu untuk bantu seorang bonda yang dalam kebuntuan.

*pause*

kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.

kita.
rakyat malaysia.

terima kasih, para strangers, siapa pun kalian semua.
pada HUJAN terutamanya,
pada kawan2 yang tak berhenti trending tentang #babyjuna,
pada saudara-mara yang kuat semangat membantu juna aku.
setiap sen, setiap ringgit, setiap solat hajat, setiap bacaan kalaamullah dan ayat2.

juna, aku dan tri berhutang nyawa pada kalian.
terima kasih memang tak cukup.
tapi wallahi, cuma terima kasih yang aku ada.
apa yang aku mampu kongsikan cuma baki2 'kun fayakun' yang tak terluak.

sungguh,
seklise mana bunyinya--
cuma tuhan mampu balas semuanya.

*pause*

kita telah mencipta sejarah, semalam.
kita--
ada SESUATU yang boleh dicerita pada anak2 kita.
tentang kemanusiaan.
tentang random kindness.
tentang cinta sesama insan.

tentang bersatunya kita--
demi seorang juna.

assalamualaikum dan moga2 setiap kebaikan kita yang terpanjangkan ini akan kembali memaniskan hidup kalian esok2--
sebagaimana kebaikan kalian memberi nyawa pada aku.
  Photo: si kacak http://instagr.am/p/NP6QL3OpMt/
semoga juna cepat sembuh dan dapat membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain :)

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Spontaneous Thursday

www.tips-fb.com


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, July 18, 2012

Asid folic & Virgin Coconut Oil

www.tips-fb.com

Assalamualaikum,

Macam confiuslah aku ni, nak mintaklah sedikit pendapat dari korang-korang dan korang. Pernah dengar VCO @ nama panjangnya Virgin Coconut Oil. Ada sapa-sapa pernah makan tak ? Kalau pernah mesti tahu khasiatnya. Ni antara khasiatnya yang buat aku tertarik untuk menggunakannya.

 

Kebaikan VCO/MINYAK KELAPA DARA:

KESIHATAN LUARAN

-mengurangkan berat badan dan meningkatkan metabolic
-menghasilkan tenaga segera
-jika disapu, mengurangkan infeksi,mencegah garis halus,hilangkan sterch marks, parut jerawat as well as jerawat,jeragat
-kulit muka tidak berminyak
-lenguh badan hilang
-sering kelihatan bertenaga

KESIHATAN DALAMAN
-bagus untuk ibu mengandung juga..
-bantu hilangkan keletihan
-meningkatkan daya tahan fizikal dan mental
-melindungi tubuh dari risiko kanser,penyakit jantung, tekanan darah tinggi,dan lain2
-gigi jadi kuat dan melindungi diri dari serangan osteoporosis
-memperbaiki kandungan asid dalam rahim wanita
-mengatasi masalah monopos
-regularkan semula PMS anda
-kesuburan
-kurangkan senggugut
-membantu sistem penghadaman dan pencernaan


KESAN SEGERA

-melegakan pernafasan
-melegakan batuk
-melawaskan pembuangan air kecil dan besar
-meningkatkan kadar metabolic
-mengurangkan rasa mudah lapar
-mengurangkan kolestrol dan kadar lemak dalam badan
-mempercepatkan sel-sel kulit mati dengan sel-sel baru(jerawat adn jeragat)
-memusnahkan virus,bakteria,kulat (keracunan makanan)
-tenaga segera


Banyak kan khasiatnya ? Skang yang menjadikan aku pening sedikit. Aku tertarik jugak dengan Asid Folic dimana ianya merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia. Bagi wanita yang merancang kehamilan atau nak hamil dengan cepat disarankan mengambil vitamin ni 3 bulan sebelum kehamilan. Macam aku ni dah kahwin barulah tau ape menatang asid folic ni kalau dulu before kahwin blur-blur je nak paham sekarang barulah dok sibuk kaji itu dan ini heeee...teruuukkk kan ?


Apa yang menjadi masalahnya skank boleh ke kalau aku nak amek kedua-dua vitamin ni dalam satu masa. Takut ada apa-apa efek ke kan ? manelah tau kan, tapi dari apa yang aku baca VCO jugak elok untuk ibu yang mengandung jugak, macam xpe kot makan dua-dua. Ada sapa-sapa boleh share sikit pasal benda ni. Harap korang dapat membantulah insan kerdil ni -.='

Asid Folik penting untuk ibu mengandung...

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, July 17, 2012

failed, please try again !

www.tips-fb.com

Assalamualaikum,

Berbalik pada entry yang berkenaan, aku telah mewar-warkan  keadaan diri aku yang tidak sihat ;'(. Mungkin ada yang beranggapan itu adalah siptom-siptom atau petanda kehadiran orang baru. Malangnya jangkaan itu meleset sama sekali.

Aku dah pun buat Urine Pregnancy Test, dan ia menunjukkan negative so aku pahamlah bahawa diriku tidak mengandung walaupun keadaan setiap hari tidak sihat sangat. Period aku jugak lewat 2 minggu, mungkin ini adalah disebabkan faktor hormon berubah-rubah setelah berkahwin kan ? 

Agak sedikit frust tapi takpelah mungkin masih belum ada rezeki lagi kan, so akan terus mencuba tanpa putus asa. Lagipun perkahwinan kami baru sahaja, xsampai 2 bulan lagi pun, org cakap masih dalam mood honeymoon. 


Perbanyakkanlah doa di bawah ini untuk mendapatkan anak:


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
رَبِّ لاَ تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الوَارِثِينَ    
(Al-Anbiyaa 089)

Yang bermaksud, “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkau jua sebaik yang mewarisi.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, July 16, 2012

Dapat BE baru semangat nak update entry huhu.....

www.tips-fb.com

 

Nampak tak, nampak nilai tu walaupun xbanyak mana tapi dah cukup buat aku semangat nak update entry 18 bolas ratus kali tau. tau. Oke ape dari takde kan ? kan ? sikit-sikit lama jadi bukit ye dak ? Sign in je nuffnang terus aku cek-cek, sekali satu BE melekat. Alhamdulillah :). So gigihlah lepas ni nak update entry-entry merepek meraban aku tu hikhikhik...

Bila dah de BE yang melekat ni semangatnya lain macam tau membuak-buak rasa macam setiap minit nak update entry. ok, aku tipu :p mcmlah entry aku ni best untuk orang nak baca -.='. Hei, kau orang cepat singgah blog aku t BE aku bolehla bertambah ! muahaha...*ayat paksa nie.....teeeerrrukkkkk*

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Secara rasminya telah berpindah rumah.

www.tips-fb.com

Assalamualaikum,

Masih dalam mood keletihan akibat mengemas rumah baru weekend yang lalu, Lagipun aku ada mention kan nak buat aktiviti ni sebelum bulan puasa yang akan menjelma xlama lagi. Dah abes ganti puasa ke ? heeee...

Secara rasminya den nak kobarkan kat ekau-ekau semua yang den dah pon pindah rumah yay !!! Semalam aku telah selamat menduduki rumah baru di AU3 Keramat !. Akhirnya pindah jugak aku walaupun ambil masa yang agak lama untuk mengemas.

  
Ruang tamu yang masih belum dikemas

Bilik tidur utama. Katil dan almari solek disediakan

Kabinet ni nak letak kat dapur bawak dari Johor
Barang² penyewa lama, ni belum kemas lagi, dlm proses ! * maaf mls nak rotate heee... 
Sebahagian hadiah aku susun jerk kat almari tanpa pintu ni, almari tuan rumah dia tinggalkan

Rumah ni takdelah besar mane, cuma 2 bilik sahaja tapi bagi aku cukup selesa kalau aku dan encik suami shj sementara berdua ni. Ada rezeki lain kami pindah ke rumah yang lebih besar. Aku ni pun bukannya rajin kemas sgt kalau En Suami xmenolong aku kat rumah memg pitamlah sorang2 nak kemas, al-maklumlah aku kan wanita berkerjaya ! haha...*alasan je kau ni, ckp jela malas !*

Lega rasanya bila dah ada rumah sendiri, duk dengan suami tanpa ada gangguan orang lain, lepas ni takde alasan malas masak lagi, kalau dulu bolehla nak escape masak sebab ada orang lain duk serumah, la nie no excuse maaaa...Pergi keje pun xstress happy je, indah betul kehidupan berkeluarga ni kan kalau tanggungjawab dipikul sama2...^_____________^. Seumur 24 tahun ni, mungkin sedang2 elok untuk berumahtangga yang penting dah sedia dari segi fizikal dan mental. Oiiii,,kahwin ni best tau haha......

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, July 13, 2012

aktiviti minggu ni -.='

www.tips-fb.com

Assalamualaikum,

Kalau korang ada baca entry ni, mesti tau kan aku nak pindah rumah, skank masih duduk di Setapak Indah. InsyaAllah dalam minggu ni jugak try to move out dari rumah tu, sebab minggu depan dah nak puasa. Minggu ni jela ada masanya utk aku mengemas dan membersihkan rumah baru tu.

Ambil masa yang agak lama utk mengemas sebab ari biasa aku dah letih dgn bekerja, so nak tak nak kene weekend jela mengemas, mujurlah adik-adik aku mau turun kl tuk membantu. Tak lupa jugak pada mertua yang hampir seminggu berkampung kat KL semata-mata nak tolong gak aku dan encik suami mengemas rumah tu. EEEeeee..terharu tau ada mak & abah cam tu..Thanks a lot ^________^

Sumpah memg xsabar nak duduk rumah sendiri, nak menghias bagai,nak decorate rumah susun atur barang kat rumah tu. Sementara ni memg takde perabot yang dibeli hanya pakai yang sedia ada je sebab xlama lagi nak raya kan ? so nak gunalah duit yang ada tu untuk hari raya. Maklumlah tahun ni ramai sangat sanak-saudara yang kahwin. Kena spent duit gak untuk itu, kahwin pun bkn org dekat2 jauh nun ada kat kedah ada kat perak ada kat kelantan...pheewwwww~~~pitam sekarang ! haha..tapi bestlah jugak atlest dapat honeymoon kan ? kan ? kalau nak pergi sendiri memg taklah kan. heeee...

Apa-apa pun aku bersyukur sangat sebab apa yang dirancang sentiasa dipermudahkan oleh-Nya. Dan aku jugak berharap dimurahkan pintu rezeki kami suami-isteri dalam menempuh kehidupan berkeluarga. Amin !


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, July 12, 2012

post wedding 24062012

www.tips-fb.com

Assalammualaikum,

Semalam aku dah bagitahu nak tunjuk gambar-gambar postwedding kan. nah, skank aku tempek bebanyak bagi korang tengok tapi jangan sampai muntah lak tengoknya tau. tau. tau.

Postwedding ni di shoot pada hari ke 24 aku bergelar 'isteri' kepada encik 'suami' heee....Lokasi sekitar Putrajaya. View kat sana memg cun-cun belaka, agak letih la jugak bergambar ala-ala madonna walaupun shoot tu makan masa 2 jam sahaja. Walau letih tapi memg best lah !

Tapi yang paling aku xbole lupa pada hari tersebut dimana aku drive ke Putrajaya tanpa bawak wallet. Ini bermakna lesen dan kad pengenalan juga tertinggal..phewwww..berpeluh-peluh mak bila nampak polis kaw, tapi still maintain ayu. Tak nak ckp banyak-banyak, korg layan gambar jela eih...






















Ada yang berminat nak photoshoot cam nie ? korang pegi je fan page nie FotoBesiKarat .Diaowang ada menawarkan pakej2 lain gak. Bagi aku harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Pada kengkawan yang masih belum booking untuk majlis bahagia korang tu, bolehlah booking beliau. boleh contact  beliau atau pun email bagi sebarang pertanyaan

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, July 11, 2012

Wordless wednesday - Post Wedding

www.tips-fb.com


Nota kaki : another picture next entry ^_________^

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, July 10, 2012

dah 40 hari baru nak tunjuk !

www.tips-fb.com

Assalammualaikum,

Alhamdulillah hari ni dah 40 hari aku bergelar isteri orang dan setakat ni jugak aku cuba belajar menjadi isteri yang taat pada suami ceh, ayat propa giler ! walaupun kadang2 aku mengaum macam harimau dan membebel2 macam bertih jagung dekat en suami. beliau tetap mampu tersenyum walaupun dalam hati selautan air dah banjir hakhakhak...Beliau juga banyak ajar aku erti kesabaran tatkala aku hampir-hampir menjadi hulk ! :p

Makin lama makin sayang walaupun aku banyak buat muka ketat dari muka semanis kurma sebab en suami selalu bikin panas sama aku punya hati. Ada je benda nak bagi aku bebel kat dia  tapi berlainan pula encik suami dia cakap  lagi suka sebab itulah perkara-perkara manis yang mengeratkan lagi hubungan  antara suami-isteri.  Kami xpernah bercinta sebelum ni jadi bila dah kahwin ni amek masa nak sesuaikan diri masing-masing. Tapi alhamdulillah semuanya under control heee..

Dan sebab 40 hari nila baru aku nak tunjuk gambar-gambar sekitar majlis hari bahagia kami, tapi ni gambar sebelah lelaki sebab gambar dari pihak aku siap lewat sedikit. Sabar dengan sepenuh hati tau walaupun tau penantian tu satu penyeksaan.

menunggu ketibaan pengantin lelaki

Bersama adik ipar ku

Keluarga besar belah pengantin lelaki

Acara potong kek

Bersama adik-beradik pengantin lelaki

Bersama nenda tercinta.
 Mesti heran pengantin ada 4 kan ? ye, sebelah lelaki kitaorang buat serentak dengan adik perempuan en suami. Beliau telah bernikah sebulan awal dari kitaowang dan majlis dibuat serentak dgn majlis kami pada 03 Jun 2012.

nota kaki : album post wedding dah siap dan boleh amek ari ni. sumpah xsabar kot ! excited terlebih ni haha..
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...