Terima Kasih Sudi Like

Friday, November 30, 2012

Berapa harga blog anda ?

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Kan best kalau boleh jual blog, eh , apasal lak tetiba nak cakap jual blog ni hehe..takdelah aku bergurau je syg kot kalau jual kan dahlah banyak kenangan pahit manis masam kelat dalam blog aku ni, ada pulak ke orang nak beli ilang akal kejap aku ni.

Tak-tak sebenarnya nak main satu benda ni je hanya untuk saje-saje bukan betul-betul kalau betul-betul kaya aku kalau blog aku ni berharga RM 8,130.26  ???ye berharga RM 8,30.26  xcaya blog aku harga gitu meh tengok meh bukak mata bebesau ye anak-anak dan saksikan apa yang berlaku SEEE....


Kan ? betul tak aku cakap harga blog aku gitu, tulah engkau ! aku cakap xcaya ni tunjuk bukti bagai.hahaha..tapi tu sekadar cobaan bukan betul-betul ye. Aku agak korang mesti nak jugak tau kan harga blog korang kan ? kan ? Manelah tau kot-kot harga blog korang lagi mahal dari aku. Ranking dalam Malaysia lak aku yang ke #23,043

Meh aku tunjuk macamana cara untuk mengetahui harga blog korang :

1) Pertama, korang pergi web nie

2) Kemudian, letakkan URL blog korang kat kotak yang ada tertera kat situ

3)Pejam mata kemudian buka mata korang secara otomatik korang akan tau harga blog korang heee~~~

Kemudian meh la share-share dgn aku, kita tengok blog sape yang paling mahal :)

Credit to :Dae

talk to my hand :AJL27 sabtu ni, jom turun heee~~~
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, November 28, 2012

Wordless Wednesday-Gaya tidur

www.tips-fb.com



Nak tau gaya aku tidur ? aku tidur cara sopan lagi berhemah tau ! gaya aku tidur macam no 7 heee~~~
Korang tidur acane ????


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, November 27, 2012

Photoshoot lagi

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello ;)

Hei...Hei...Hei...photoshoot xabes lagi naaa..kan aku udah bilang event photoshoot tu memg best giler !!! sampai rosak ko bergambar tau. tau. jangan kata dapat bergambau dengan blogger yang kepala gila-gila dan mereng *dengan aku sekali mereng* tapi pakej sekali bergambau dengan laki aku lagi hokeh !!!2 in 1 gituuuu...sila jangan jeles :p

Photo: Nah hadiah ! heeee ~
edit by : Ieda, TQ yunk !
Tempek gambar sikit jerk sebab kemain besar megapixelnyer malas bebeno aku nak resize wey !. haaaa..cun tak make up aku ? tu disponser tau. Aku nak make up memg tak lah kan xkose haku ! make up ni disponser by Nurazlili Aziz.

Mane studio yang aku shoot gambar aku ni korang boleh terjah Dak Teropong Studio. kotlah ada yang berkenan di hati nak gambar macam kitaorang ni kan. Ni kali ketiga shoot kat studio, tengok gila tak gila bergambar, lepas ni bakal menyusul gambar outdoor kitaorang InsyaAllah bulan 12 nanti k.( sukagilagambarsampailebam )





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

26-11-10 hingga 26-11-12 ( 2 tahun sudah )

www.tips-fb.com

Assalamualaikum dan hello :)

Sepatutnya entry ni dipublish semalam tapi memandangkan aku bizi women *kengkononlah bizi sgt huh !* boleh pulak terlupa nak update ! korang anggap jelah entry ni 26-11-2012 ekut kalendar aku ye heee~~

Tempoh 2 tahun mungkin ada yang rasa lama mungkin ada yang rasa kejap, tapi bagi aku 2 tahun tu macam-macam boleh berlaku ada yang disangka terjadi ada yang xsangka menjadi. Macam biasa perangai aku ni suka godek-godek entry lama dari zaman mula-mula berblogging tahun 2010. Bila baca kadang-kadang gelak sorang-sorang. Cuba korang bayangkan korang dulu dan sekarang. Mesti   bila teringat balik rasa lucu kan ?

Nilah untungnya bila ada blog yang macam diari kehidupan aku. Apa yang aku rasa nak luah nak tulis aku abadikan dalam blog aku ni, kemudian baca ulang-ulang, buat perbandingan dulu dan skank sumpah jauh lebih senang kehidupan aku Syukur ke hadrat Ilahi :)

Bila baca entry ni buatkan aku tersedar rupa-rupanya perkara yang ingin aku capai dah pun tercapai Alhamdulillah, walaupun tidak semua tapi sekurang-kurangnya ia membuahkan hasil dan satu kemajuan hidup buat diri sendiri.

Aku copy n paste sebahagian soalan pada entry tu. Pada soalan no 7 dimana perkara yang ingin anda capai......yang aku highlight kan tu, bermakna perkara tu dah pun tercapai dalam masa 2 tahun ni :)

Kalau nak tau aku bercuti ke mana ? sepanjang 2 tahun ni aku dapat bercuti ke Port Dickson dan Cherating

Ni pulak entry  yang membuatkan my viva beraya sakan dengan baju barunya. * sebenarnya ada lagi yang dah ditambah macam sport rim, bulu mata dan lidah pada baby boy aku tapi malas nak buat entry lain kali ye !*

Baju sedondon masa majlis persandingan aku ! oh ye, aku pun ada jugak baju macam mak & adik-adik aku pakai tu.
Adik aku selamat berkonvo :)

Jangan tanya lagi harapan 2013 sebab aku belum pikir lagi nak harapkan apa bukan apa takut berhenti berharap jerk  macam lagu Shiela on 7 tu sediihhh woOoo..




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, November 26, 2012

Perjumpaan para blogger yang bombastik kebaboom !

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

First nak cakap BEST GILER !!!!!sebabnya kan dapat jumpa blogger lain dalam photoshoot blogger ni, kata event photoshoot blogger kan haruslah ada blogger takkan ada makcik jual nasi lemak 50 sen pulak kan ? -.='

Rugi oke pada korang-korang yang xjoin sebabnya kami-kami bergambar sakan sampai rosak ko ! Siap ada sponser make up lagi ! kelas ko jah !! tadah je muka ko, makeup artist akan conteng muka ko dengan hasil seni tangan yang dipelajari. Sumpah muka ko akan otomatik berubah jadi Neolofa kehkehkeh...Ni lah org yang make over muka aku jadik cunnn....


Yang tengah-tengah kecik molek tu haa...kalau sape yang rasa nak jadi cun macam kitaorang boleh la add FB dia ni linknya Nurazlili. TQ adik lili for the make up yang gojesss..

Cantik ke tidak ???? cantik kan ? cepat cakap !!! cepuk karang kalau cakap xcantik ! semua blogger-blogger ni festime tau aku jumpa tapi macam dah kenal 10 tahun lamanya. Punya ler sporting ko tau semua kepala gila-gila. Aku yang gila pemalu ni pun jadi xtau malu bila berada dengan mereka.


TQ jugaklah pada encik suami, sebab dia pun sporting jugak nak join photoshoot blogger ni kalau xsporting xsampai lah aku kat  Dak Teropong Studio ni, macam biasalah aku walau dah 18 kali pergi Shah Alam tapi masih ilang ingatan nak ingat jalan, kecian kan kat aku -.='.

Oh ya, kalau kata ko blogger mestilah ada link blog kan ? penat-penat posing maut tetiba boleh pulak xtau nama blog memasing kan, bunyi macam sadis lah kan ? here aku listkan senarai nama blogger-blogger yang terlibat ( hei korang lepas ni konfirm kau, kau dan kau famous ok ! suka dak ????) tunggu ape lagi terjahlah blog diaowang >.<

kak yus

Baru aku perasan gambar dengan Kak Ameris takde la pulak maaf kak, eden lupa nak bergambar dengan akak.

Oke ni link untuk korang terjah kalau-kalau ada yang nak photoshoot studio ke kan ? xpun pada korang-korang yang masih mencari-cari make up artist untuk majlis bahagia korang.

Dak Teropong Studio 
Nurazlili Aziz




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Saturday, November 24, 2012

Menu Masakan : Siakap 3 Rasa

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Jangan terkejut tau kalau sekarang ni entry aku aku letak gambar makanan, kalau dulu nan hado sebab aku bujang lani bila dah kawin haruslah ada gambar masakan sebab aku sedang belajar main masak-masak !


Lagi-lagi encik suami pakar dalam bidang masakan si isteri mana boleh kalah, haruslah fight kan ? ni festime dalam hidup aku masak Siakap 3 Rasa hokeh ! Nampak sedap kan ? memg sedap sampai jilat pinggan kau ! Tapi jangan haraplah aku tiba-tiba pandai masak, jangan kau percaya sebab resepi masakan ni pun aku google jerk -.='. Cuma aku ubah sikit-sikit jerk bahan yang aku taknak tu aku xletak atau tukar bahan lain heee~~~ Nasiblah menjadi kalau tak ke dalam tong sampah perginya.

Bahan-bahannya untuk ikan :
2 ekor ikan siakap ( aku guna satu jer )
Tepung jagung untuk dilumur pada ikan ( aku guna tepung gandum kihkihkih )
Serbuk Pasti Sedap knoor
Minyak untuk mengoreng ikan ( banyak tau untuk masak sekata )

Untuk Kuah :
2 biji bawang besar - potong dadu
6 biji bawang putih - dititik
10 biji cili padi - potong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - potong dadu
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 batang serai dititik
Beberapa helai daun limau purut
Daun sup/ daun bawang untuk hiasan
Garam secukupnya
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya :
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Lumurkan ikan dengan  serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua- kedua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam
3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.
4.Panaskan minyak dalam kuali lain. Tumiskan cili padi, halia, serai dan bawang putih
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tiram, Kacau sebentar.
6.Masukkan bawang besar, tomato dan cili benggala
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto
8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.

credit to : Kak Noor

talk to my hand : jangan terkujat kalau lepas ni entry aku penuh gambar makanan sebab tuan tanah sedang membesarkan badannya ala-ala tong drum gitu, yeay !!!

talk to finger : masa korang baca entry ni mungkin aku sedang berjimba sakan dengan blogger2 lain kat Dak Teropong Studio ( auto published entry )









♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, November 23, 2012

Keyword Nuffnang Minggu Ni

www.tips-fb.com

Assalammualaikum and hello ;)

Dah hari jumaat, esok ada event photoshoot dengan blogger-blogger lain, fuh ! festime join hope semua berjalan lancar ! Aku ni dah la pemalu hahaha...takut nak tegur orang dulu tapi photoshoot punya pasal sanggup join tau. heee~~~

Aku selalu gak log in  nuffnang untuk tengok kalau-kalau ada BE melekat. Alhamdulillah buat masa ni sentiasa ada rezeki xputus-putus nuffnang asik nak bagi BE kat blog picisan aku ni walaupun yang view xramai sangat tapi bolehla dari takde kan ?

Ni keyword untuk minggu ni, dan kebanyakkan keyword tu memg ada berkaitan dengan entry yang aku pernah buat, mungkin ada yang cari tapi still xjumpa ke kan ? so aku bagi link sekali lagi ye :)


Doa qunut dan maknanya boleh refer entry nie

Shera Ayob hamil boleh refer entry nie

Ukiran inai ayu raudhah boleh refer entry nie

Baju akad nkah colour turquoise boleh refer nie

Yang last ni xtermasuk dalam keyword tapi saja nak ajak korang lah. Kalau nak tengok wayang tapi tak tau nak tengok cete ape ? Jom layan cete LBS 2

Hope entry ni dapat membantu anda dalam pencarian yang diinginkan ye :)



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, November 22, 2012

Syabas, dua saman diperolehi !

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Dua tiga hari lepas aku try la cek saman melalui sms kot-kotla ada saman kan ? * xpayah kot-kot confirm berlambak *  sekali kan melekat kau 2 saman ! dah macam BE aku tengok ayat aku melekat-lekat ni haha.. 


FUH !!! Nasib baik 2 je saman :D, *bunyi macam nak tambah saman kan ko nie ?* Hello syukurlah 2 saman je kalau 3, 4, 5 mau tak pengsan aku membayar ! 2 saman pun nak dekat RM500 -.='

Berpeluh ketiak jugaklah bila mengenangkan nak bayar RM 500 tu, RM500 tu kalau aku p shopping heaven giler rasa tau tak ??? Nasiblah kan, padanlah muka aku sape suruh masa tekan pedal minyak tu xagak-agak. Nah rasain dong penangannya :p

Korang pun boleh cek saman korang tau melalui sms je mudah bukan ? just ekut step yang aku berikan ni :-

taip POLIS SAMAN <NO KAD PENGENALAN> atau <NO KENDERAAN> dan hantar ke 15888 – Contoh : POLIS SAMAN ABC1234 dan hantar ke 15888 * Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

talk to my hand : jom gegar panggung tengok Lagenda Budak Setan 2 ramai-ramai.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

spontaneous thursday

www.tips-fb.com



talk to my hand : Kalau korang seorang yang Facebook Addict, korang mesti suka Nie


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, November 21, 2012

wordless wednesday- memek muka

www.tips-fb.com



mood aku ari ni adalah (-____o), mood korang bagaimana ??


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, November 20, 2012

Apa perasaan wanita kalau dapat husband camni..?

www.tips-fb.com


1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.

2. Hug atau peluk isteri secara tiba-tiba.

3. Puji isteri cantik.

4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-
santai duduk kat sofa sambil tengok TV

7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.

11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari
anniversary ataupun birthday.


12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi
kata-kata semangat.


13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri
lebih dekat dengan Allah.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Sunday, November 18, 2012

#25- 10 cara nak tawan hati anda

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Perghhh..10 tu aku rasa banyak sangat duh ! Aku ni bukanlah seorang yang mudah ditawan oke ! Hati kental macam kentang ko tau. Seorang yang mempunyai hati keras macam batu. Tapi orang cakap kerak-kerak nasi kalau direndam air lembut jugak ye dak ! ermmm..pikir-pikir apa ye ?



1- Laki aku dulu-dulu masa lepas merisik dia xpandai tau nak cakap-cakap miss u ke i love u ke tapi dia pandai berpantun, haha...old skol tak ? kau hado ? dengan pantun jerk mampu buat hatiku tertawan ekekekek.. ( orang lama main pantun-pantun kau )

2- Lelaki yang pandai memasak, syukurlah aku dapat laki yang memg teror bab masak tapi bila kawin dengan aku, aku takkan benarkan beliau masuk ke dapur time aku masak...*kalau boleh, bukan apa takut nanti dia komen aku masak huhu*

3- Jangan harap puji-pujian itu dapat menawan hati aku. Kadang-kadang ia racun oke ! tapi xsalah nak puji hihi ~~~

4- Kalau perempuan lain mungkin suka bunga dan cokelat kan ? Aku 'kureng' lah..so kalau ada yang bagi ini tak bermakna korang mampu tawan hati den ni haaa...

5-Kalau nak sesuatu mintak dengan cara baik, cakap lemah lembut bukan leleh-leleh tau, aku geli confirm aku cair nanti aku ekutkanlah apa yang diaowang nak, selalunya taktik ni digunakan oleh adik-adik aku cissss! *kelemahan aku -.='*

Ala malas dahla nak pikir, aku buat 5 je aci tak ? Malas sangat nak pikir ni haha...Apa kata korang je cakap pasal diri korang nak jugak aku tau boleh ?

tal to my hand : Eh bolehla esok breakfast dengan McDonald



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Review centerpiece

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Sesi review kembali lagi dan ni mungkin review yang terakhir la kot ! Kemudian aku bagi full list vendor-vendor yang terlibat menjayakan majlis perkahwinan aku. Hope dapatlah membantu korang-korang yang bakal melangsungkan perkahwinan nanti ye .

Centerpiece ni aku buat sendiri jerk.



Bunga ni dibuat guna crepe paper kombinasi 3 warna oren, kuning dan coklat. Kalau nak tau bagaimana cara buatnya google ye, malas nau nak terangkan lagipun takut aku terang korang xpaham pulak tu yang seeediiihhhh...-.='



Yang ni bila dah siap. Kertas aku print kat opis aku. Gelas tu aku beli kat Kaison KLFC RM 0.80 harga segelas, lidi sate untuk dicucuk bersama span dalam gelas serta reben polkadot. Setiap gelas ada 3 kuntum bunga.



Centerpiece yang diletakkan atas meja tetamu yang hadir.



Centerpiece yang diletakkan dimeja makan beradap.
Sila abaikan gambar pengantin yang menikmati keenakan cendol heee~~
Centerpiece ni aku buat supaya tak nak nampak kosong atas meja kalau ada hiasan menarik sikit ye dak ? tu saja tuk hari ni k.bai >.<

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Saturday, November 17, 2012

#24- Benda yang anda nak cakap dekat bakal isteri/suami anda

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Tajuk kat atas tu untuk bakal isteri/suami tapi macam aku yang dah berkahwin tapi perasan single  taknak cakap tapi boleh tuju lagu ??? Kadang-kadang sebuah lagu sudah cukup untuk memberi makna pada sang pendengar. Bukan aku taknak cakap kat encik suami, aku kan penyegan * eh, tetiba, nak kena cepuk !* Ala..tuju lagu kan sweet jugak kan ? kan ?

Lagu ni khas buat kekasih halal ku terimalah.....DEALOVA

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Oh karena hati tlah letih
Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan
Reff: kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada
   hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
   tanpa dirimu aku merasa hilang
   dan sepi, dan sepi
Repeat reff [2x]
selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada




meremang bulu roma aku dengar tau ! syahdu sangat -.='.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, November 16, 2012

#23- Kalau saya kaya....apa yang anda nak buat

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Angkat tangan sape yang tak nak kaya ? for sure takdenye nak angkat tangan. Angkat hidung sape nak kaya ? for sure takde jugak paling kuat pun kembang-kembang hidung tu kan * cuba nak buat jugak walaupun yakin hidung xterangkat kehkehkeh...*

Dulu masa kecik-kecik suka berangan jadi anak orang kaya, Nak itu dapat mintak ini dapat, tapi berangan jelah lebih hakikatnya nan hadooo...seeeeedihhh.. Tapi pengajaran yang aku dapat bila mak abah ajar cenggitu bila dah besar ni kita tau menghargai sesuatu disebabkan hasil usaha kita sendiri, Tak caya ? korang cubalah dapatkan sesuatu yang korang nak sangat dengan usaha sendiri. contoh kereta ke motor ke kan ? bila dah dapat baru korang rasa camne susah dan senangnya nak dapatkan benda tu.

Bila dah besar ni takde pulak terdetik kat hati aku ni nak kaya sebabnya :

# Kalau kaya tapi banyak hutang nak buat ape kan ? 

# Kalau kaya tapi banyak musuh nak buat ape kan ?

# Kalau kaya tapi sombong atau lupa diri nak buat ape kan ?

# Kalau kaya tapi hidup xbahagia nak buat ape kan ?

Berapa banyak kalau dah ? tu pun kalau kaya kalau tak ? kalau ko bah la hahaha*trendmark stacy *

Aku taknak kaya tapi nak senang cukup ada suami, anak, keluarga bahagia, rumah, kereta, duit syukur Alhamdulillah dah :)


Korang kalau kaya nak buat apa erk ???

talk to my hand : kalau student banyak duit for sure gayut dengan buah hati sampai lebam :)



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, November 15, 2012

#22- 10 benda yang anda rasa pelik

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)



1- Walaupun aku xkuat makan tapi aku rasa pelik asal makin hari aku makin mengembang...grrrr stress mak nok !

2- Aku rasa pelik semenjak dua menjak ni 'makcik a.k.a kucing' aku tak agresif seperti selalu, pasif je dan asik tidur, nak kata tak sihat macam sihat, ko dah kenapa ? pembawakan budak erk ? aku bakal dapat cucu ke haha.... kalau betul tahniah heee~~~ excited nak baby aku ni hokeh ! mane tau kot-kot lepas ni turn aku lak, together-together la kita nanti amin ! hehe....

3-Ntahlah makin rasa pelik awatlah aku gigih noo nak jawab-jawab soalan yang buat aku kerah pale otak aku ni untuk berpikir segala macam rasa pelik ni. aaarrgghhh...

4- Kalau nak tau lebih lagi pasal rasa pelik tentang diri aku ni korang terjahlah sendiri entry Nie

sekian k.bai

talk to my hand : orang suruh buat 10, aku sesuka hati buat 4 jerk, benda yang korang rasa pelik ada tak ? mailah share, sharing is caring :)

talk to my finger : Shout Awards xlama lagi tau, jangan lupa tengok !

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, November 14, 2012

Wordless Wednesday

www.tips-fb.com

Alaaa tomei-tomei ~~~~

UPACARA PEMBATALAN AIR SEMBAHYANG, SELEPAS SELESAI ADAT MENYARUNG CINCIN AKAD NIKAH.....



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, November 13, 2012

#21- Benda yang akan anda ingat sampai bila-bila

www.tips-fb.com

Assalamualaikum

28-10-2012 adalah tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila dimana aku kehilangan si kecil, sepupuku yang paling aku sayang. Adik Mohd Alif Daniel bin Sazali.


Arwah telah meninggalkan ibu bapanya ketika berusia 2 tahun lebih akibat tertimpa jentolak kelapa sawit ketika bapanya membawa beliau menaiki jentera tersebut. Kak ngah rindu sangat kat niel tau. Rasa macam baru je jumpa niel, masih tak percaya niel dah takde :'(

Masih terasa kehilangan arwah, last aku jumpa arwah masa hari raya haji ari tu, bagi duit raya main-main dengan arwah, xsangka hari tu hari terakhir aku melihat arwah, Agak terkejut dengan pemergiaannya, tapi Allah lebih sayangkan Arwah. Semoga pakcik dan makcik aku kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa anak tunggal mereka. Al-fatihah buat arwah .

Banyak gambar-gambar arwah dalam blog aku ni, dari dia kecik sampailah dah 2 tahun lebih setiap kali aku balik kampung aku mesti datang rumah atuk untuk tengok arwah ni. Kami adik-beradik memg agak rapat. Antara sepupu yang paling aku sayang adalah dia. Tapi aku kena redha apetah lagi ibu bapanya dah terlulis sejak azali, dah ditetapkan qadak dan qadar arwah hidup hanya 2 tahun lebih sahaja. Biarlah dia tenang disana, seperti dijanjikan syurga untuknya.


Antara entry yang ada gambar arwah sini , sini , sini . Sumpah aku rindu  arwah, setiap kali kalau rindu aku akan tengok ulang2 video tu . AL-FATIHAH..:'((

talk to my hand : Jangan lupa saksikan Shout Awards tau !
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, November 12, 2012

Photoshoot murah giler sekali pakej make up ! Ko nak ???

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Emmm...emmm... cane erk, nak mula ayat ni isshhh..nebes tau haku ! baca bismillah dulu lah..

Hei, korang-korang nak tak kalau aku ajak photoshoot sama-sama dengan kita, maksud kita bukan aku je tau tapi dengan blogger- blogger lain jugak. Nak tak ? * cakap nak cepat ! kalau tak aku cepuk kang :p*

Sila baca satu persatu ejaan bermula dari kiri ke kanan jgn ko baca dari kanan pulak tu bahasa jawi duh ! ;)

Event: Photoshoot geng-geng blogger.
Tarikh: 24 November 2012, Sabtu

Masa: 12 tengahhari sehingga 5 petang.
Tempat: Dak Teropong Studio, Shah Alam.
Pakaian: Baju Sdn Bhd
Makeup: Sponser by talented MUA, Lili
Bayaran: RM50 per head. 


Photoshoot ni murah giler la bagi aku, sebab sebelum ni pun aku pun pernah buat photoshoot kat studio tapi takdenye dapat harga cenggini. Betul tak tipu murah giler hanya RM 50 sorang, giler ko xmurah, dan lagi kan korang akan dimake up secara percuma sponser by talented MUA, Lili

Benda lain yang korang akan dapat kalau join :

# photoshoot selama 5 jam sampai kau rosak nganganga :p
#make up dari MUA yang hebat ( FOC )
# semua gambar korang akan dapat softcopy
# tukar link blog sesama blogger *  lepas ni kau famous, confirm ! *

Nak tengok hasil tangan Lili ...



Cantik kan ? kan ? Aku xboleh bayangkan kalau muka aku di touch up oleh Lili, untung-untung boleh jadi Siti Nurhaliza ke kan ? haha...fengsaaaaaannnn...-.='. Jom tengok pulak gambar-gambar ohsem dari Dak Teropong Studio, Shah Alam.



Cair tak korang tengok gambar yang diaowang shoot !so apelagi jomlah join sekali, kita meriahkan lagi photoshoot 24-11-2012 ni, kasi gegar lah weiii....Kalau nak lagi detail kan, korang boleh tanya nadia farahida, x pun korang email je kat dia kalau nak tanya sebarang soalan confirm dia akan bagitahu, dia peramah tau. suka i tau :) ni email dia :-

nadiafarahida@gmail.com

talk to my hand : xpandai posing pun takpe janji rock hokeh !! :)



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

#20- Pergaduhan anda paling teruk pernah anda alami

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Alamak aiii aku ni sopan santun, ayu, lemah lembut mane main gaduh-gaduh ni, gua cuma bertumbuh jerk weii.* tetiba terguna ayat gua maap ! maap !* Acely kan aku paling xsuka gaduh-gaduh ni, kalau cete gaduh-gaduh pun aku xminat sangat nak-nak kalau yang berdarah-darah tu, nyampah tau.

Tapi kalau cete tamil kemain lagi aku suka tengok depa gaduh-gaduh real wOOo..ni gara-gara encik suamilah ni dia yang suka tengok cete tamil dengan aku-aku sekali berjangkit. Seingat akulah kalau gaduh pun aku ni suka perang mulut, kalau perang mulut 4 hari 4 malam xhabes.

Nak tau sape yang jadi mangsa aku ? perempuan-perempuan yang cuba menggatal dengan BF aku haha..kelakar tak ? Ni dulu-dulu lah, skank aku kan dah kawin tapi masa bertunang dulu lagi 2 3 bulan nak kahwin ada lah minah sekor ni mengedik dgn tunang aku ( skank beliau laki aku ) Amboi kemain kau ye gatal2 dgn laki aku, aku pang karang !

Dulu bila aku couple dengan seseorang mesti ada je pempuan nak cari gaduh dengan aku ! SERIES xpaham kot ! aku elok2 baik punya tengah bahagia bercintan cintun datang pulak nyebok pempuan-pempuan gedik ni ntah mana dtg pown xtau lah barangkali datang dari planet pluto la kot kan !

Masa xcouple xnak plak cari gaduh bila couple tiba-tiba nak bergaduh. Gaduh pulak dengan aku memg cari nahaslah kan. Aku ni hidup xkaco orang bila orang kaco aku memg MENDAPAT lah kan ! Ko tau jelah pempuan kalau gaduh camne an ? buruk gila dah macam orang meroyan padahal bergaduh pasal Lelaki je pun, yang laki pulak senyum bangga pempuan duk gaduh pasal dia. Bila aku pikir-pikir balik rasa macam bodoh jerk gaduh-gaduh suma...

Nak tau apa  jadi last-last kan pempuan-pempuan yang aku gaduh tu suma baik dengan aku haha...kelakar tak ? kitaorang siap kawtim kenakan laki xguna tu...kehkehkeh amek kau penangan super women kitaowang. Cuma satu je aku xboleh nak baik dan takkan baik dengan dia iaitu pempuan hidung besar yang menyakitkan hati aku sesangat !  * kalau laki aku baca ni mesti dia tau sape yang aku maksudkan ni )*Hei ko igt ko bagus ke ? Nasib baik aku yang kawin dengan laki aku skank kalau ko yang kawin dgn laki aku mesti laki aku rosak akhlak macam ko tau haha...

Jangan berani cari gaduh dengan aku paham !!!

talk to my hand : prinsip aku senang, kalau ko xkaco aku, aku takkan kaco ko, kalau ko kacau aku sekali aku akan kaco ko berkali-kali ingat !!! marah nie grrrr....




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Sunday, November 11, 2012

#19- Benda yang membuat anda rasa semangat untuk teruskan hidup

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Menjawab soalan yang diberikan

1- orang yang tersayang

aku ada ibu bapa, adik - beradik dan seorang suami yang amat aku sayang. Disebabkan mereka sehingga hari ini aku rasa semangat untuk teruskan kehidupan ni. Sayang korang semua muaahh... :)

2- kerjaya

Mungkin aku patut bersyukur sebab mungkin aku diantara berjuta manusia yang 'bernasib baik' memiliki kerjaya tanpa memiliki lulusan diploma atau ijazah yang tinggi hanya berbekalkan SPM sahaja boleh bergaji agak lumayan. Nak sampai ke tahap ni bukan satu benda yang mudah ! Alhamdulillah berkat usaha jiwa kental aku ni haaa kena maki kena caci * dah lali sangat *...Aku mampu bertahan dalam syarikat ni selama 4 tahun harapnya lagi 2-3 tahun akan datang gaji up sampai 5K ye bos ! haha...

3- Aset

Bila ko dah bekerjaya dah ada duit mesti ko akan target untuk memiliki aset ye dak ? Ada ke orang kerja saja-saja semata-mata nak enjoy je, mungkin ada sebab orang tu takde target dalam hidup dia. Macam aku bila ada aset ni bermakna kita dah sedia untuk pegang komitmen, komitmen nilah akan buat ko rasa semangat untuk teruskan hidup. Aset kita tulah bukti kemampuan diri kita dalam kehidupan, xkisahlah siapa ko untuk hari ni :)


talk to my hand : pernah dengar kumpulan Boyz in the Hood ? ce try dengar ucapan mereka.
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

#18- Benda paling teruk anda pernah buat terhadap ibubapa anda

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Kalau nak ekutkan dari aku lahir je ke dunia sampai sekarang umur aku 24 tahun * masih muda lagi hee~~* mungkin terlalu banyak dosa aku pada mak abah aku. Aku hanya insan biasa yang xpernah lari dari melakukan kesilapan.

Tapi bila diingatkan kembali perkara paling teruk aku pernah buat kat mak abah aku rasanya macam takde. Hmmm..confirm takde, ceh ! ada ke yang nak mengaku ada buat salah pada mak bapak ye dak ? xpayah cakap pun  tau, memg banyak dosa kita ni pada mak abah. Sampai mati pun takkan terhapus dosa kita tau.

Kalau ko bayar dgn wang ringgit sekalipun rasanya tidak terbalas dengan nilai kasih sayang yang mak bapak beri sampai ko jadi apa yang ko jadi sekarang. Syukurlah, berada di kalangan orang yang baik-baik :)




Kepada mak dan abah, sekiranya saya pernah melakukan dosa, buat mak abah tersinggung dengan perbuatan saya, saya mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki ya, halal kan makan minum saya. Terima kasih atas kasih sayang yang diberikan, doakan kebahagiaan dan kesejahteraan saya di dunia dan diakhirat.

talk to my hand : entry ni macam sedih pulak ;'(

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Saturday, November 10, 2012

Tahniah buat Zahiril Adzim dan Shera Ayob

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Dah lama aku tunggu berita gembira dari mereka ni, Zahiril Adzim dan Shera Ayob, akhirnya setelah setahun mendirikan rumahtangga Alhamdulillah Shera Ayob disahkan hamil ! Suka giler kau, macam aku yang pregnant hehe...

Ko tau jela kan aku memg suka dengan Zahiril Adzim ni. tapi xboleh lawanlah kesukaan aku terhadap abang macho Aaron Aziz tu. Dia lagi mantop oke ! haha...

Minat giler dengan Zahiril Adzim sampai slalu stalker blog dia, dia ada blog oke ! Nak follow tekan sini, penulisan dia best walaupun kadang-kadang aku xpaham teheee~~~ sebab dia ni berseni. Apa yang penting dia seorang yang kidal ( macam aku ) sebab tu kreatif ! like aku haha giler perasan....muntah *____*


shera aiyob hamil limauais



Ko tengok betapa gembiranya Papa to be sampai tidur pun muka ada senyum :) kau hado ??? Sumber ni aku dapat dari www.limauais.com . Pape pun tahniah ye korang sebab bakal menimang cahaya mata.

talk to my hand : wishes Sharifah Amani for Happy Deepavali


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Aksi mandi dalam dulang

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Kalau ko ingat aku yang mandi dalam dulang maaflah tu sengal namanya, kejadah apanya aku nak mandi dalam dulang, buang tebiat ke hapeee....

Nihaaaa...teman serumah aku dikala encik suami pulang lewat, ia menemani ku. Kitaorang panggil dia dengan panggilan 'makcik' *laki aku bagi nama*


Cumel tak ? cumel kan ? tapi jangan harap ar ia akan bermanja-manjaan dgn ko. Kucing ni sangat xmanja. Kalau datang rumah aku cuma nak mintak makan jerk t dah kenyang keluar lah. Kalau kita usap-usap dia buat do know jerk, macam takde perasaan !

Kucing ni betina, aku xbela pun tapi secara automatik dia suka datang rumah aku sebab encik suami suka bagi makan. Jiran depan rumah aku ada jugak bagi makan tapi bila ia dengar je encik suami bukak pintu berkejar dia lari ko kat encik suami ! 

Kadang² bukan nak makan sangat tapi memg suka duk leparking rumah aku ntah ape sukanya xtau lah, paling suka mandikan diri sendiri. Tau jelah kucing kalau mandi bukan guna air tapi jilat pakai lidahnya.




Tengok ! ia tengah mandi kan ? hari-hari asal masuk rumah aku jerk ia mesti mandi xsah kalau xmandi, tapi yang aku bengang boleh pulak cari port mandi dalam dulang aku. Hei , dulang tu aku baru beli oke ! baik punya port ko parking... kalau dah kucing tu, kucing jugak haha....

Kadang-kadang nyampah tau dengan 'makcik' ni bila dengan suami aku bukan main lagi ko buat suara paling manja mengiau, dengan haku ???? tak dipedulikan seeeddiiihhhh...ko tau tak aku ni sangat penyayang walaupun garang macam mak tiri ! nape ku dilayan sebegini sobs..sobs..sobs...-.='

Kat rumah mak mertua pun ada jugak kucing namanya 'citut' tapi suka buat memek muka macam xsuka kat aku jerk. nape ? adakah aku cumell dari korang !!*ayat korang erk, macam manusia lak ! HAHAHA...*

Tolonglah paham ye, aku ni sebenarnya amat sukakan kucing, suka jerk tapi xnak bela sebab diri sendiri pun xterbela hehehe..oke bai :) 

Eh sebelum tu nak ucapkan Happy Deepavali kepada semua yang beragama Hindu :)
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, November 9, 2012

Ni FB abg Ben Ashaari Jr. ke ?

www.tips-fb.com


Korang-korang aku just nak tanyalah, betul ke ni FB abg Ben Ashaari Jr. ? dia ada add aku tapi taknaklah approve sebab takut FB abg Ben Ashaari fake ke kan ? tapi kalau betul bukan FB fake kembang jugaklah bontot aku ni sebab Abg Ben sudi add aku.

Kalau korang-korang nak tau, aku sebenarnya kan x follow pun blog abg Ben ni hehe.. teruk kan ? tapi kadang-kadang ada je p terjah blog dia. Jangan tanya nape aku xfollow er, sedangkan para blogger suma tau abg Ben ni blogger famous oke ! diulangi blogger famous ! perangai aku nilah kalau aku suka aku buat xsuka aku xbuat ;)

Dan jugak pada korang-korang yang add aku tapi aku xapprove maaf la ye. maaf sangat2.. kalau blogger yang nak add aku tu sila bagitahu aku korang tau dari mana FB aku baru aku approve.

Lagi senang cete kalau korang like je Mila Ahmad blogs bolehla kita kenal rapat jugak. Aku tak sombong tau cuma pemalu jerk hehe....

Tolong ye korang, aku nak pastikan betul ke tu FB abg Ben.
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Malu letew~~~

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Sapa baca entry spontaneous thursday semalam ? sila gerak-gerak kan hidung korang skank haha...kan aku ada cakap encik suami confirm akan baca entry-entry yang aku buat. Dia kan stalker tegar blog aku ni. Sampai kan kadang-kadang dia tanya ' x update blog ke yang? " 
See, suami yang prihatin haha...Dia siap tinggalkan broadband kat rumah bila dia pergi kerja
suruh aku update tau :D

Kalau dulu masa bertunang dia jadi silent reader jerk, lani dia dah berani komen-komen kau. Mungkin sebab dolu-dolu dia malu la kot kan skank xbape malu hehe....

Meh tengok meh apa feedback encik suami dekat entry semalam tu, kan aku cakap dia akan tersenyum lebar depan ladtop dia tu heee~~~


Walaupun aku ni garang macam mak tiri tapi kadang-kadang aku ni romantik tau percaya larh >.<
hanya encik suami je tau hehe....orang lain yang xtau suma cakap aku garang macam singa seeeedddiiiihhh..... Sebab tu bila aku cakap kat encik suami I LOVE U sengih je manjanggg.....huhuhu...

Mane taknya..dalam masa 5 bulan berkawin boleh dikira berapa kali je aku cakap macam tu, cakap pun bukan depan-depan tau. hantar pakai mesej, luah dekat blog, chat dengan FB, tengok betapa romantiknya aku kehkehkehkeh....

xpekan gitu ? janji ko sayang laki ko sudah lah....

Lagi satu cuba korang tanya laki korang, 'abang, abang sayang saya tak ?' tengok diaowang cakap ape ? t sharing-sharinglah.

talk to my hand : aku pun xtanya laki aku lagi kehkehkeh,,,:p


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, November 8, 2012

Spontaneous Thursday

www.tips-fb.com

Kesilapan pada cinta pertamalah yang membuatkan kita jauh lebih matang
untuk memilih cinta kedua atau seterusnya.....

Kamu bukanlah yang pertama tapi kamulah yang terakhir dan buat selama-lamanya
I LOVE U SO MUCH

talk to my hand : saya tahu encik suami akan baca entry ni, pastu dia akan tersenyum lebar  depan ladtop haha....^__________^

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, November 7, 2012

#17- Benda yang paling anda takut

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Normal la kan kalau setiap orang ada perasaan takut dalam diri. Aku pun xpernah lari dari merasai perasaan takut tu. Aku manusia yang masih mempunya naluri dan perasaan takut terhadap sesuatu.

Aku takut akan kehilangang orang yang aku sayang sebenarnya ! takut kehilangan suami, mak, abah dan adik-beradik aku. Buat masa ni diaowang lah kekuatan aku. Disaat aku memerlukan tangan-tangan untuk aku gapai. Disaat aku merasakan aku jatuh tanpa boleh berdiri. Diaowang lah penyelamatnya. Mereka segala-galanya buat aku.

Dengan apa yang ada aku sekarang ni, semuanya adalah doa-doa dari mereka ibu bapa aku, adik-beradik aku. Tanpa jemu dan bosan sentiasa mendoakan kejayaan aku sehingga hari ini.

Kalaulah suatu hari nanti aku akan kehilangan mereka-mereka ini aku harap aku akan terus tabah mengharungi segala liku-liku kehidupan yang mencabar ni.

Ya Allah Ya Tuhan ku kau panjangkanlah usia mereka keluarga ku. berilah kesihatan dan kesejahteraan hidup kepada mereka.

Aku sayang kalian sampai mati !

talk to my hand : tiba-tiba je hati jadi sayu ;'(




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, November 6, 2012

#Tiga benda yang anda rasa paling bagus tentang diri anda

www.tips-fb.com

Assalammualaikum and hello :)

Apa ye yang bagus tentang diri aku ni ? takkan lah aku tetiba nak puji diri sendiri pulak kan ye dak ? Patutnya orang yang rapat dengan aku mungkin tau perkara yang paling bagus tentang diri aku. Tapi takpe demi cabaran aku sanggup puji diri aku ekekekekek...:p

PERTAMA : aku seorang pekerja yang paling susah nak mintak cuti walaupun cuti ada 14 hari dalam setahun.

Huraian : ini adalah kerana aku sangat takut eh bukan cuma malas je nak tengok muka kerut-kerut bos aku tu bila tengok borang cuti aku tu, dalam etika kerja syarikat kami, perkataan CUTI adalah sangat badi dengan bos kami sebabnya bos kami bekerja 365 hari dalam setahun tanpa cuti ! hebat kan bos kami hahaha...

KEDUA : kalau nak kan 'sesuatu' aku akan usaha sampai dapat xkisahlah lambat atau cepat !

Huraian : biasanya setiap tahun atau bulan aku akan target satu benda untuk aku miliki, walaupun benda tu mungkin agak mustahil untuk dimiliki tapi nak sedapkan ati aku akan gunakan pepatah melayu ni "nak seribu daya xnak seribu dalih" fuyoO hebat tak aku siap guna pepatah tau nak kan sesuatu benda tu.misal kata kalau target bulan ni xdapat bulan depan pulak ! kalau tahun ni xdapat tahun depan pulak sampailah seterusnya... Kalau susah sgt aku goda encik Suami suruh belikan untuk aku tapi macam biasalah kena 'rasuah' dulu hahaha...

KETIGA : cepat hot tapi mudah cool jugak....

Huraian : ye, aku memg kuat melenting belum pape lagi dah melenting, biasa encik suami yang kena dulu tapi dia sabar dengan kerenah bini dia hehe,,,TQ la encik suami sebab tahan dengan sikap saya ni. Walaupun aku cepat hot tapi lepas tu akan cool jugak. Maknanya abes-abes situ jerk, aku bukan jenis pendendam tapi aku akan ingat sampai bila-bila.


Siapa pun kau, jadilah diri sendiri xperlu berubah jadi orang lain :)

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

#15 - Minggu ni, perkara paling seronok

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Bila bosan takde keje *konon-konon takde keje padahal keje melambak* trylah godek-godek entry lama, baru aku perasan ada satu entry dimana aku join untuk sahut cabaran pada soalan-soalan yang diberikan masih tergendala. That mean aku xhabiskan cabaran yang diberikan.

Cabaran yang diberi tu hanya 30 hari je, tapi aku bantai sampai nak dekat setahun untuk habeskan muahaha....suka hati kau je mila oiii ! Skank aku rasa nak sambung balik sahut cabaran tu :p


Last cabaran kat entry ni #14- benda paling jijik pernah anda buat so sambungannya entry ni lah.

Oh ye minggu ni, perkara paling seronok ialah aku dah boleh cash out duit nuffnang yeay ! boleh baca dekat entry ni. tak banyak mana pun tapi syukur alhamdulillah atlest adalah jugak dari takdo...


Dan kedua aku dah makan dah KFC Zinger Double Down, x boleh jadi tengok orang duk tayang makanan ni aku pun nak jugak, bila dah rasa aku boleh katakan rasanya 'not badlah' tapi agak muak sebab tanpa roti, ayam alat-alat agak muak juga lah. Makanya bila xabes makan, encik suamilah yang akan abeskan hihi...
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Manakah situasi anda ???

www.tips-fb.com



Bila tengok aksi-aksi kartun lidi ni mengadap ladtop macam kelakor la pulak ! check- check cara aku mengadap ladtop takdelah pulak. Mesti korang tertanya-tanya aku ngadap ladtop rupa mana kan ? kan ?

Aisshh,,, budak yang sopan lagi ayu ni mane boleh duduk bersepah muahaha..cara aku kan duduk bersila depan PC tau. haaa.. sopan tak ? *cepat kasi angguk kepala korang kalau tak aku pang nanti ....! :p

Aku nak tau gak camne gaya korang bila mengadap ladtop. Sila tulis no anda yang mane ye 1 sampai 15 yang manakah satu anda ?

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, November 5, 2012

review signage

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Kalau rumah aku mungkin takkan sesat sebab rumah aku rumah taman, banyak signage boleh tengok jalan apa jalan apa, abes kalau rumah kampung macam rumah datuk aku macam mane pulak kan ? mane ada nama jalan kalau dah kiri kana semua pokok sawit je banyak.

So aku suggest nak buat signage supaya tetamu, kawan-kawan dan sahabat handai yang mana dari Kuala Lumpur, Perak dan lain-lain tu, xsesat bila cari kampung aku. That's y wujudnya signage ni.


Cumel tak ? ekekekek...tu aku dengan suami aku haha...signage ekut tema tau peach gitu..kau hadooo??? Ekutkan boleh jerk buat sendiri xperlu nak tempah kat orang buat signage ni, tapi ko tau jelah jari aku ni keras kejung xberseni...saja je nak buang duit yang 'ramai' tu sebab tulah gatal tempah kat orang. Nak tau aku tempah dengan sape ? Aku tempah kat De home project bukan satu malah 4 keping signage size A3 siap laminate ye.

Selain tu, ni pun aku tempah kat situ jugak. satu keping size A4 yang ni aku tampal kat pintu bilik.


Tapi sayangnya takde gambar dari OP mana aku letakkan signage tu, aku pun tak tengok mana abg aku pacakkan signage ni cuma aku bagitahu letak dekat simpang utama menuju jalan ke rumah atuk. 

Rumah atuk aku ni ada 2 jalan yang boleh dilalui untuk sampai ke rumah pengantin. Kalau dari Parit Sulung mungkin tetamu akan melalui jalan satu bila ternampak signage aku tu, manakala dari Yong Peng pulak akan melalui jalan dua.


Mungkin abang aku letakkan signage tu dikawasan yang aku tandakan kotak merah tu.

talk to my hand : eh korang aku rasa Kereta Almera ni smart jugak ! Pendapat korang macamane ?


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

siapa nak makeover rumah secara percuma, yayy! :D

www.tips-fb.com


Entry before ni aku kan ada cakap teringin nak buat wall make over kalau ada rumah sendiri, kemudian ping kan entry ni, tetiba kan ada sorang blogger ni invite aku untuk join contest yang beliau tengah buat sekarang ni. Gambar wall make over kat atas ni adalah kepunyaan www.nadiafarahida.com

Kalau korang nak join sekali boleh pergi kat link yang aku bagi tu ye, kemudian baca syarat-syarat yang diberikan mudah jerk :)

' saya nak nadia pilih rumah saya untuk di makeover oleh wall makeover by na keranaaaaaaaaaaaa saya merasakan dekorasi pilihan nadia memberi inspirasi gaya hidup moden hari ini dan sangat trendy and awesome plus bersesuaian dengan jiwa saya yang sememangnya gemar dengan something colourful yang dapat membuatkan saya dan suami feel alive apabila kami berada di rumah kami setiap hari !

oh ye, jangan lupa tau LIKE fanpage nie Wall MakeOver By Na


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Kalaulah aku ada rumah sendiri, mesti aku nak buat wall make over tau !

www.tips-fb.com

Assalamualaikum ad hello :)

Skank ni duduk rumah sewa jerk, belum mampu nak duduk rumah sendiri. InsyaAllah masih dalam perancangan ada rezeki dapatlah aku memiliki rumah sendiri. Kalau kita berusaha tak mustahil suatu hari nanti kita akan kecapi apa yang kita impikan.

Rumah idaman ni termasuk dalam wishlist aku, tapi tahun bila tertunai tak tau lagi heee~~~

Doa-doa kan jela ye suatu hari nanti aku bakal memiliki rumah idaman aku sendiri ye :).  Ni berangan je la kan. Xsalah kalau berangan bukan rugi pape pun kan xkena bayaran pun kalau berangan, tapi janganlah ko berangan mat jenin tu ko beranganlah dulu lepas tu jadikan kenyataan baru lah best ye dak !

Kalaulah aku dah ada rumah sendiri nanti, aku nak buat wall makeover kt dinding rumah aku, gila ah....dah ngigau dah wall make over bagai ni. Ni sebab aku tengok kat Wall MakeOver by Na nila, cun giler wey !!!!








Dah tengok ? kan aku cakap cun gila kan ? kan ? Kalau ekutkan nafsu serakah aku skank jugak aku nak buat tapi apakan daya tu rumah sewa bukan rumah aku, kalau buat pun bukan ke hanya merugikan aku je maka telan air liur jelah aku nak buat ;'(.

Kalau nak tengok lebih banyak lagi wall make over korang terjah page diaowang ni Wall MakeOver By Na

talk to my hand : mesti ramai suka tengok hiasan-hiasan rumah ni kan ? boleh tengok kat sini jam 9.30 p.m

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...