Terima Kasih Sudi Like

Thursday, January 31, 2013

Stress !

www.tips-fb.com

Salam

Maaf kalau aku xupdate blog lebih kurang seminggu sebabnya minggu lepas aku balik kampung Batu Pahat, Johor, cuti Thaipusam. Naik je dari cuti keje menimbun wey ~ dahlah esok nak pergi bercuti hihihi...ni tengah amek mood honeymoon walaupun  keje banyak nak kena setel.

Lagi bertambah stress bila ada kawan-kawan blogger cakap blog aku xboleh bukak ! haaa angin weiiii...hangin !!! dah kenapa pulak ni..grrrrrr...Aku cek nuffnang jatuh merundum aku ingatkan sebab sabtu ahad ramai orng bercuti ke ape...takpelah kan aku paham tapi macam pelik sangatlah jatuh kaw-kaw punyalah tak macam selalu, rupa-rupanya .MY yang aku pakai tu problem...

Ape lagi gelabah lelabah lah aku igtkan sehari jela problemnya rupanya berhari-hari. Lagi tambah stress ni -.='. Akhirnya aku tukar dan beralih arah kepada blogspot kembali.

Skank takmo stress nak amek mood honeymoon ni, jgn kaco hokeh !

Teaser photoshoot bulan 12 aitu

Kemana aku nak pergi ?? Rahsia ! ni cuma pre- honeymoon je so pegi dekat2 je nanti ada rezeki lebih kita pergi jauh2 ye ^_____^

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, January 25, 2013

Kelebihan Bersedekah

www.tips-fb.com




Allah Ta’ala berfirman: "Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267) Nabi saw. bersabda, “Tidaklah berkurang harta yang disedekahkan.” (HR Muslim)



Allah Ta’ala berfirman: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al- Baqarah ayat 261)


Nabi saw. bersabda, “Tiada datang waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun kepada manusia, lalu satunya berdoa, “Ya Allah, Berilah ganti bagi yang bersedekah.” (HR. Bukhari)



Allah Ta’ala berfirman: “Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki”. (Saba’ ayat 39).



Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah, sama ada laki-laki mau pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan ganjaran kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan kemarahan Allah dan menghindarkan dari su’ul khotimah (kesudahan buruk ketika mati).” (HR at-Tirmidzi)

Nabi saw. bersabda, “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Tirmidzi, 614)

Nabi saw. bersabda, “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” (HR. Thabrani, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Targhib, 873)

والله أعلم

Lihatlah betapa besarnya pahala dan betapa banyaknya kebaikan serta ganjaran yang Allah S.W.T bagi kepada mereka yang bersedekah. Oleh itu marilah kita sama-sama mengumpul pahala dan ganjaran apabila bersedekah. Semoga kita semua sentiasa dilorongkan rezeki yang melimpah ruah oleh Nya.

Salurkan sumbangan anda kepada mereka anak-anak yatim di Rumah Amal Kasih Bestari.






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, January 24, 2013

Sumbangan Untuk Anak Yatim

www.tips-fb.com

Salam

STICKY POST
untuk ke entry yang latest sila skroll ke bawah !!!!


Disinilah tempatnya dimana para blogger yang terlibat akan mengadakan lawatan anak yatim. Event tersebut akan berlangsung pada 24 FEBUARI 2013. Kepada blogger yang ingin turut serta pada program tersebut nanti aku ucapkan ribuan terima kasih atas sukarela anda dalam menjayakan program ini.



Suatu ketika dulu, aku merasakan kehidupan aku cukup susah, bagi aku bila kita sudah berada di atas tetiba kita terjatuh ke bawah adalah sangat perit untuk kita bangun. Tetapi aku bersyukur di dalam kesusahan hidup tu aku masih mempunyai ibu bapa, sekurang-kurangnya kita mampu mengubah nasib ibu bapa kita.





Sebanyak mana pun duit yang dicari takkan boleh beli kasih-sayang ibu bapa, betapa untungnya kita berbanding mereka anak-anak yatim yang kehilangan tempat untuk bermanja serta kasih sayang seorang ibu dan bapa. Mungkin pada luaran senyuman gelak ketawa mereka sama macam kita tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa mereka dahagakan kasih sayang ibubapa.


Aku perhatikan satu persatu wajah anak-anak yatim ni, saat tu perasaan hiba,sedih sayu semua ada tak dapat bayangkan kalau aku berada di tempat mereka. 

Sumbangan korang amat dialu-alukan, sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban untuk menampung kehidupan seharian anak-anak yatim ini. Aku tidak memaksa, sekiranya ada rezeki lebih bolehla didermakan. Hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa baik korang. 

Sesungguhnya tangan yang memberi lebih mulia dari yang menerima.

Sekiranya ada diantara korang yang ingin menderma walaupun sebanyak RM 1, kami menerima dengan hati yang terbuka dan semoga niat ikhlas untuk membantu anak-anak yatim ni diberkati amin !

Selain daripada email, korang jugak boleh nyatakan sumbangan yang diberi melalui  FB aku.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Spontaneous Thursday

www.tips-fb.com


erk ??? hahaha..murahnya 'watermelon' ni....

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday

www.tips-fb.com


Penggemar cerita zombi tak ? atau korang nak tengok yang real zombi kat Malaysia ni.
Korang boleh tengok real punya zombi yang hodoh gila dan menyeramkan lagi meremang bulu roma yang ada tu kihkihkih....keterangan lanjut kat SINI

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, January 22, 2013

Makin sayang kat Nuffnang

www.tips-fb.com

Salam

Semalam aku jalan-jalan sambil drop komen kat blog-blog yang aku follow, then singgah kat blog cik Kamoo, dia baru je dapat satu BE, Nuffnang bagi. Tahniah ye !. Pagi ni bila aku bukak akaun Nuffnang aku tetiba dapat gak satu BE yang sama macam cik Kamoo, heeee~~~sengih jela aku, Alhamdulillah



So lepas ni macam biasa kena rajin update entrylah sebab dah ada BE kan ? Terima kasih pada Nuffnang sudi bagi BE kat blog picisan aku ni haaa...Terima kasih jugak pada korang sebab sudi terjah, baca, komen setiap entry aku ye. Love korang banyak-banyak larh....



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, January 21, 2013

Follow twitter saya ^_____^

www.tips-fb.com

Salam


Hei, korang-korang cuma nak bagitahu aku dah letak widget untuk twitter kat blog ni, so pada sape-sape yang nak follow tu boleh follow yer...

Orang buat twitter, aku buat gak tapi nak guna xreti adoiiii -.='

Sekarang ni masih merangkak² nak belajar twitter la konon-konon.

Kalau takde twitter yang nak add FB pun boleh....klik SINI

So apelagi korang jom la follow TWITTER aku

Korang, ada dengar tak cerita Zombi nak datang Bukit Utama pada 2 Febuari ni

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Ucapan bertunang sebelum terlambat -.='

www.tips-fb.com

Salam

Selamat bertunang abang ku ! eh, lagi dua ari genap sebulan la...hihi..tapi..tapi..adik kau ni baru hari ni nak wish bole ???  Selamat Bertunang buat abang ku Mohamad Hafiz bersama tunangnya a.k.a bestfriend aku masa sekolah menengah Zuriana.

Tarikh pertunangan mereka adalah 23-12-12 dijalankan di Sauk, Kuala Kangsar, di Negeri Perak. Aku taknak letak gambar banyak-banyak, aku just nak letak gambar outdoor mereka yang bagi aku sangat awesome ! Tak rugi hire abg man untuk photoshoot kali ni.

Aku seorang adik yang baik *matakeatastangandibahu* padahal aku yang overnya. Konon² nak sponser photoshoot outdoor untuk abang tersayang tapi aku pun nak jugak sebenarnya kihkihkihkih...so 2 jam photoshoot tu kami bahagi dua, ini bermakna 1 jam untuk abang aku 1 jam untuk aku..bagus kan???




Amacam ? terbaik kan gambar-gambar ni, ni aku copy dari FB abg man, softcopy aku belum dpt lagi kalau dah dpt nanti confirm aku letak kat blog ni sampai berdarah korang tengok !

Ni photoshoot abang aku, photoshoot aku ada jugak, nak tengok ? tunggguuuuuu....


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, January 18, 2013

Gym Wanita dan Lelaki di Kuala Lumpur

www.tips-fb.com

Salam

Aku tau mungkin ramai pempuan yang nak kurus macam aku, nak pergi gym tapi takut kat gym tu semua lelaki, tak pun korang tak tahu kat mana tempat-tempat gym yang perempuan pun boleh gym. Mai sini aku tunjukkan, tapi yang ni area Kuala Lumpur jela, Kalau nak area negeri lain korang boleh tengok SINI. Yeay ! dah aim satu tempat gym ni, esok nak pergi terjah !!!*teruja kauuuuu..haha :p*

Heii korang, ni mungkin peluang cerah untuk korang tau :)

ACT GYM
No 57-2, 
Jalan Permaisuri 9, 
Bandar Sri Permaisuri, 
56100 kuala Lumpur

Allied Gym Combat Sports
38-3, Jalan 27/70A, 
Desa Sri Hartamas, 
50480 Kuala Lumpur

Bionic Gym
14B Jln 5/89A off Jalan Sekilau Seri Mas, 
Cheras 3 1/2 Batu, 
Kuala Lumpur

Body & Fitness
14-2 Vista Magna, 
Metro Prima, 
Kepong, 
Kuala Lumpur

Candi Soo Fitness (Bukit Antarabangsa Branch)
1st Floor, Kelab Ukay, 
Jalan Taman Kelab Ukay, 
Bukit Antarabangsa, 
68000 Ampang, 
Kuala Lumpur

Gym Wanita Dan Lelaki Seluruh Malaysia
Gym Wanita Dan Lelaki Seluruh Malaysia



Candi Soo Fitness (Desa Sri Hartamas)
Lot 34-3 (3rd Floor), 
Jalan 27/70A, 
Desa Sri Hartamas, 
50480, Kuala Lumpur


Celebrity Fitness (Bangsar Village 2)
4F-12, 4th Floor, 
No. 2 Jalan Telawi 1, 
Bangsar Baru, 
59100 Kuala Lumpur


Celebrity Fitness (Lot 10)
L9 (Roof Top) Lot 10 Shopping Center, 
50 Jalan Sultan Ismail, 
50250 Kuala Lumpur


Celebrity Fitness (Mid Valley)
Lot T-011, 3rd Floor, 
Mid Valley Megamall Mid Valley City, 
5800 Kuala Lumpur


Celebrity Fitness (Wangsa Walk Mall)
G-33A, Wangsa Walk Mall, 
Wangsa Avenue, 
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, 
Wangsa Maju, 
53300 Kuala Lumpur


CHi Fitness
Bangsar Shopping Centre, 
Level 1 Menara BRDB, 
285 Jalan Maarof, 
Bukit Bandaraya, 
59000 Kuala Lumpur


Christofe Yoga & Music Studio
No 21-1, 
Jalan Temenggung 5/9, 
Bandar Mahkota Cheras, 
Kuala Lumpur


Clark Hatch Fitness Center (Capital Square)
Lot GE-7 & GE-18, 
CapSquare e.Centre, 
No. 7, Persiaran CapSquare, 
Capital Square, 
50100 Kuala Lumpur


Clark Hatch Fitness Center (Crowne Plaza Mutiara KL)
4th Floor, 
Crowne Plaza Hotel, 
Jalan Sultan Ismail, 
50250 Kuala Lumpur


Clark Hatch Fitness Center (Hilton Kuala Lumpur)
Level 8, 
No.3 Jalan Stesen Sentral, 
50470 Kuala Lumpur


Clark Hatch Fitness Center (Plaza Mont Kiara)
Suite A-03-02, 
Plaza Mont’ Kiara, 
2 Jalan Kiara, 
50480 Kuala Lumpur


D’Popeye Gym
Taman Sri Rampai, 
Setapak, 
Kuala Lumpur


De Titan Gym & Fitness
No.18-2, 
Tingkat 2, Jalan Setiawangsa 10, 
Taman Setiawangsa, 
54200 Kuala Lumpur


Elements Gym
Level 7, GTower 199, 
Jalan Tun Razak 
50400 Kuala Lumpur


Energy Gym
Taman Setapak Jaya, 
Setapak, Kuala Lumpur


Flextrim
15-3 Jln 2/33B, 
6 1/2 Batu Jalan Kepong, 
Kuala Lumpur


Fitness First (Cheras Leisure Mall)
L2-26-05, 
Cheras Leisure Mall, 
Jalan Manis 6, 
Taman Segar, 
56100 Kuala Lumpur


Fitness First (Menara Manulife RB)
Ground Floor, 
Menara Manulife RB, 
No. 6 Jalan Gelanggang, 
Damansara Heights, 
50490 Kuala Lumpur


Fitness First (Menara Maxis)
Level 3 & 4, Menara Maxis,
Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur

Fitness First (Menara MBF)
Level G & 1, Menara MBF,
No. 22 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur 

GetActive
10-1 & 2 Jalan Solaris 5,
Solaris, Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur

Gold’s Gym
2nd Level,
Plaza Ampang Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur

Gorgeous Fitness
Block E, Level 5,
Pusat Kormersial South Gate,
No.2, Jalan Dua,
Off Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala Lumpur

Gorgeous Fitness
L4-30, Level 4 BREMMALL,
Jalan Kepong,
52000 Kuala Lumpur

Gorgeous Fitness
Unit L3A-007 & 008 Level 3A,
1 Shamelin Shopping Mall,
100, Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur

Jatomi Fitness
Level 3, The Weld, No 76,
Jalan Raja Chulan,
50200 Kuala Lumpur

Jazzercise
B.10.5, Level 10,
Plaza Mont Kiara 2,
Jalan Kiara, Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur

Jazzercise
27-2, Jalan 3/62A,
Bandar Manjalara,
52200 Kuala Lumpur

Jazzercise
4-2, Jalan 4/109E,
Desa Business Park,
58100 Kuala Lumpur

Kelab Gym 1Malaysia Kg Pandan
Kompleks Sukan,
Bulatan Kg Pandan,
Kuala Lumpur

Kelab Gym 1Malaysia Bukit Kiara
Jabatan Belia & Sukan Negeri
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Jalan Bukit Kiara 1,
60000 Kuala Lumpur

KDT Academy
41 Jalan Medang Serai,
Bangsar Puteri, Bangsar,
59200 Kuala Lumpur

KL Barbell Club
Datuk Lee Chong Wei Sports Arena,
56000 Kuala Lumpur

LeanBodies Fitness Centre
A1-UG1-05,
Solaris Dutamas,
No. 1 Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur

LEHA Fitness & Gym Centre
Jalan melati utama 4,
Taman melati,
53100 Setapak,
Kuala Lumpur

Lifestyle Health and Fitness
24-2, Jalan Telawi 3,
Bangsar Baru,
Kuala Lumpur 59100

MuayThai FitnessLab
A-1-9 & A-2-9, Plaza Damas 3,
No 60, Jalan Sri Hartamas 1,
50480 Kuala Lumpur

Muscular Gym
Sri Rampai Industrial Park,
Setapak, Kuala Lumpur

Muscular Gym
Sri Gombak,
Belakang Giant Batu Caves,
Kuala Lumpur

Muscle Up
Taman Bukit Cheras,
Kuala Lumpur

My Fitness
4th Floor, Endah Parade,
No 1, Jalan 1/149E,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur

One On One Personal Fitness Studio
A-M-3, Mezzanine Floor,
Northpoint Office Mid Valley City 1,
Medan Syed Putra Utara,
Mid Valley City,
59200 Kuala Lumpur

Power Gym
No 2-3, Jalan Jernai,
Medan Idaman,
Gombak,
53100 Kuala Lumpur

Punch Club
7th Floor, Menara Zurich,
Jalan Dewan Bahasa & Pustaka,
Kuala Lumpur

Rockafella Gym
No. 102-1, Jalan Dwitasik,
Dataran Dwitasik,
Bandar Sri Permaisuri,
Cheras,
56000 Kuala Lumpur

She’s Fit Women’s Fitness Center
No.1-2,
2nd Floor,
The Boulevard Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur

Sport Toto Fitness Centre (Berjaya Times Square)
Lot 06-16, Level 6,
East Wing,
Berjaya Times Square,
No.1, Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur

Sri Damansara Club
Lot 23304, Persiaran Perdana,
Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur

Super Body
Resource Industrial Centre,
Jalan Klang Lama,
Kuala Lumpur

TechnoFlex Fitness Club
Recreation Centre,
Technology Park Malaysia,
Lebuhraya Puchong-Sg.Besi,
Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur

Top Fitness
Jalan Metro View,
Seksyen 2,
Wangsa Maju,
Kuala Lumpur

The Ultimate Gym
No. 12-2 , Jalan 1/27F ,
K.L.S.C. Section 5,
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

True Fitness (Desa Sri Hartamas)
2-32 Jalan 22B/70A,
Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur

True Fitness (Kenanga)
Kenanga International Building,
Level 1 & Mezzanine Floor,
No. 26, Jalan Sultan Ismail,
Kenanga International Building,
Kuala Lumpur

United Fitness
Taman Dato Senu,
Sentul, Kuala Lumpur

Utama Gym
44B Jln Alam Jaya 15,
Taman Alam Jaya,
Cheras, Kuala Lumpur

Xtrim Gym
No 37-2, Jalan 1/76,
Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, January 17, 2013

Lawatan ke-2 ke Rumah Amal Kasih Bestari

www.tips-fb.com

Salam

Mungkin korang ada baca entry pasal lawatan tidak rasmi ke rumah anak-anak yatim Rumah Amal Kasih Bestari tu kan, kalau tak baca lagi atau lupa entry yang mana boleh baca SINI.

Minggu lepas sekali lagi kami pergi melawat Rumah Amal Kasih Bestari bersama dua rakan blogger lain. Kiranya blogger yang hadir pada lawatan kedua seramai 5 orang. Mereka ialah nadiaEidaNoryIeza.

~Ruang Tamu~

Kali ni kami bernasib baik kerana berpeluang untuk melawat ke rumah anak-anak yatim perempuan dewasa.Rumah mereka tidak jauh dari Rumah Amal Kasih Bestari. Dipahamkan ada  lebih kurang 10 orang perempuan dewasa yang duduk di rumah kedai ni. Susun atur yang agak kemas walaupun tak lengkap macam rumah kita tapi mereka hidup berserderhana, terima apa adanya, Aku perasan bahagian ruang tamu ni hanya ada karpet yang agak usang, tiada kipas tiada TV -.=' 

Mungkin kita boleh tukarkan pada tikar getah In Sha Allah akan diusahakan ye adik-adik. Kami lebih fokus kepada barang-barang asas sahaja tetapi sekiranya dana melebihi akan kami usahakan pada keperluan yang lain.

~Bilik Tidur ~

~ Dapur ~

Bila ditanya apa yang mereka perlukan ??? Masing2 tersipu malu, tapi jauh disudut hati mereka macam kita juga teringin juga nak itu nak ini tapi mungkin terbatas dan menggunakan apa yang ada. Aku perhatikan wajah mereka  sangat cantik, lawa, bersih tapi siapa tahu mereka berstatus anak yatim, akan tetapi takde satu pun riak wajah mereka yang menunjukkan mereka ni sunggul malah mereka sentiasa tersenyum dan ceria seolah-seolah takde kekurangan dalam kehidupan mereka.

Percayalah mereka sangat tabah dari kita semua :'(

Walaupun seketika bersama mereka, Kami dapat merasakan kesusahan mereka. In Sha Allah pasti ada yang membantu anak-anak yatim ni untuk teruskan kehidupan mereka.

Bantu kami untuk bantu mereka Amin ~~

Sesiapa yang sudi memberi sumbangan


Akaun details aku
Nor Syamila binti Ahmad
Maybank
164315329575


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Spontaneous Thursday

www.tips-fb.com

Photo: dah la tu jangan sedih...

Meh hilangkan sedih tu dengan join contest ni, mane tau rezeki korang untung-untung menang boleh pergi makan angin ^_____^

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, January 16, 2013

wordless wednesday-dah kenapa tu ???

www.tips-fb.com







Agak-agak korang apa yang terjadi er  ???? sila abaikan selipar dikaki ku kuang3...

talk to my hand : Berita baik buat korang-korang yang suka bergambar atau kaki gambar atau photografer contest ni untuk anda. Hadiah boleh tahan oOo...



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, January 14, 2013

Jiran Cafe @ Keramat Au3

www.tips-fb.com

Salam

Pada siapa yang duk area Keramat Au3 mesti tau berapa banyak kedai makan kat area situ. So jangan bimbanglah kalau korang lapar tak tau nak makan apa, carilah jela kedai-kedai kat situ bersepah-sepah,nak masakan ala thai, nak western, makanan bergoreng ke hape, suma ada.

Baru-baru ni, jumaat lepas kot ! kalau xsalahla, encik suami ajak makan ala-ala western kat Jiran Cafe Au3 yang terletak di keramat AU3/31. Dari rumah aku cuma 10 minit je jauhnya, malas bawak kereta kami merempit jerk.

sumber gambar sini


harga not badlah, sumber sini sini

Aku agak kenyang la jugak sebenarnya tapi memandangkan aku ni malas sangat nak masak hoho...so encik suami ajak makan luar yeay ! gumbira la sangat sambil nyanyi lagu dondang sayang....* dasar pemalas punya bini kuikuikuikui *


Ni yang aku order yee mee dengan iced lemon tea. Gila wey pinggan dia besar gilaaa...sangat besarrrrrr..boleh makan 2-3 orang hokeh ! terbeliak mata aku. Aku tengok murah sebab tu aku order tapi tak sangka pulak banyak gila dan pinggan besar. Siap share dengan encik suami lagi. Acely aku confius harganya RM5.90 atau RM15.90 sebab xpadan dengan pinggan.






Yang ni encik suami punya makanan namanya creamy cheesy fish fillet. Pinggan pun taknak kalah kau. Creamy dia sedap wey...Tekak ala barat boleh telan macam laki akulah..aku so-so je nak rasa boleh tapi kalau nak order untuk makan mungkin taklah kan, kalau ada makanan melayu aku lebih prefer makanan tu.

sumber sini
Lepas ni boleh datang lagi kedai ni sebab aku rasa persekitaran romantik, harga berpatutan dengan makanan yang disediakan layanan pun oke tip top !

talk to my hand : kalau gasak makan jerk, confirmlah gemuk ! nak kurus macam aku tak ? errkkkk kurus celah mana kauuuuuu... macam  tak bersalah je cakap muahahaha...jom buat Detox Diet senang jerk.






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Saturday, January 12, 2013

Menu Masaknan : Cucur jagung udang

www.tips-fb.com



Cucur kelihatan gemuk macam tuannya kihkihkihkih :p


Bahan-bahan

  • 1 cawan isi jagung
  • 1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1biji telur
  • 1 sudu teh yis mauripan
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh gula
  • daun saderi dan daun bawang ~ dihirsi halus
  • 1 biji cili merah ~ dicincang
  • 1/2 labu bawang besar ~ dicincang
  • 3/4 cawan air
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara

1. Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati
3. Biarkan seketika, lebih kurang 15-30 min atau sehingga adunan nampak naik
4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak
5. Toskan dan bolehla dihidangkan dengan sos kegemaran anda. Selamat Mencuba  ^______^

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, January 11, 2013

Juvana bakal di pawagam

www.tips-fb.com

Salam

Photo

Sape tengok episod last Adam & Hawa semalam angkat telinga !

Cerita selama 80 episod itu telah berakhir semalam lepas ni cete lakonan Adi Putra lak yeay ! *awat laki yang dah berkahwin ni macho² erk ?* tergugat iman i tau ting ! ting ! ting ! :p

Hei, ni nak khabarkan pada korang, sape-sape nak tengok lakonan Zahiril Adzim *jugak laki orang* dalam filem terbarunya 'JUVANA' korang boleh terjah kat pawagam pada 24 Januari 2013 ni. Jangan lupa tau.tau.


Aku tau ramai yang pakai kereta, tapi berapa banyak yang anda tahu tentang kepentingan minyak enjin ?

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, January 10, 2013

Jumlah sumbangan setakat 10.01.2013

www.tips-fb.com

Salam


Oke jumlah sumbangan setakat 10.01.2013 adalah RM720.00



Terima kasih pada semua yang sudi menghulurkan  sumbangan kepada anak-anak yatim Rumah Amal Kasih Bestari. Walaupun tak banyak mana tapi dapatlah sedikit sebanyak menampung kehidupan penghuni Rumah Amal Kasih Bestari yang terdiri daripada anak-anak yatim.

Boleh rujuk entri ni kalau nak tau gambaran sebenar kehidupan anak-anak yatim ni.

Kalau anda ingin menghulurkan sedikit sumbangan bolehlah salurkan kepada Maybank Nor Syamila binti Ahmad ( no akaun 164315329575 )


Sumbangan Untuk Anak Yatim





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, January 9, 2013

Wordless Wednesday- Cek dari Nuffnang

www.tips-fb.com


Tak banyak mana pun tapi alhamdulillah ada jugak rezeki Allah nak bagi

Ape benda OCTOPAY ni ? cumel pulak tengok binatang tu :p
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, January 8, 2013

Takkan berkurang harta walaupun seringgit

www.tips-fb.com

Salam

Aku percaya walaupun RM 1 takkan berkurangnya harta korang, walaupun RM 1 takkan jatuh miskinnya korang, walaupun RM 1 takkan mati kelaparan dan kehausannya korang, yang penting niat kita, nawaitu kita. JANGAN TAKUT UNTUK MEMBELANJAKAN SEBAHAGIAN HARTA KE JALAN ALLAH S.W.T. In Sha Allah akan sentiasa dilorongkan rezeki buat hambanya yang ikhlas membantu.

Ahad 06-01-13 aku dengan nadia dan ieda ada buat lawatan tidak rasmi ke rumah amal Kasih Bestari. Nama dah lawatan tidak rasmi maknanya kedatangan kami tidak dimaklumkan pada Ustaz Din. Tapi kira bernasib baik masa tu Ustaz Din memg ada kt rumah tu. Kedatangan kami disambut baik oleh beliau.



Untuk pengetahuan korang hanya ada 2 orang sahaja tenaga pekerja disini yang menjaga anak-anak yatim yang berumur antara 7 tahun hingga 12 tahun. Ustaz Din dan kak Zu adalah orang yang diamanahkan untuk menjaga anak-ank yatim tersebut.

Cuba tengok dan perhatikan keadaan sebenar rumah ini, dan korang pikirkan adakah ia selesa untuk anak-anak kecil ini membesar -.='


Ini ruang tamu rumah mereka, tapi bukan sahaja ruang tamu ia merangkap tempat belajar, menonton televisyen, tempat membaca dan bermain. Tapi aku paling sedih bila dapat tau disinilah juga tempat mereka tidur ramai-ramai. Bentang tilam di situ memandangkan bilik tidur mereka terlalu sempit dan panas.




Inilah bilik tidur mereka, see hanya terdapat 2 katil double decker, boleh bayangkan tak bagaimana diaowang tido dalam keadaan bilik yang sempit ni. Sebenarnya ini bukan bilik tidur tapi adalah dapur. Kemudian ada seorang hamba Allah yang baik hati menghulurkan dana untuk membuat dapur yang lebih besar, jadi tempat ni pulak dijadikan bilik mereka.


Ruang dapur yang baru dibina untuk keselesaan mereka. Yang bertudung labuh warna hitam tu adalah kak zu, orang yang menguruskan anak-anak yatim.


Kebetulan kitaorang sampai dah masuk waktu zuhur, jadi dapatlah tengok mereka solat berjemaah. Comey je tau bila tengok anak-anak masih kecil tapi dah jadi imam, tapi korang paham-paham jela nama pun budak nak-nak budak lelaki banyak bermain hihi... Semoga menjadi orang yang berguna pada agama dan bangsa ye dik.



Series ! bila aku perhatikan wajah anak-anak kecil ni satu persatu hati aku jadi sebak, jadi sayu entah kenapa mungkin naluri seorang yang ingin menjadi ibu ni mudah tersentuh kan ? Apalah yang ada di pikiran diaowang kan bila membesar tanpa kehadiran ibu bapa disisi, tanpa kasih sayang keluarga. Jika aku berada ditempat mereka tak mampu aku untuk meluahkan isi hati aku -.='


Perbincangan demi pebincangan dibuat, bukan mereka tapi kitaorang juga inginkan sesuatu yang boleh membantu mereka supaya kehidupan lebih selesa. tapi aku percaya kalau setakat kami yang tak berapa kerat ni memg takkan mampu, Oleh itu kami perlukan pertolongan anda semua, andai ada sedikit harta yang ingin didermakan buat anak-anak yatim supaya kehidupan seharian mereka lebih selesa.

Mereka perlukan suasana dan persekitaran baru, mereka perlukan sedikit kelengkapan serta kemudahan bagi keselesaan mereka, tapi bagaimana kita nak membantu mereka supaya dapat merealisasikan impian tersebut ???

Kami para blogger memerlukan sumbangan bgi merealisasikan impian mereka. Mungkin impian ini tidak akan mampu menggantikan kasih sayang ibu bapa mereka atlest kami cuba lakukan sesuatu yang mampu buat mereka tersenyum dan selesa. Tak banyak mana pun, apalah sangat RM 1 yang penting ikhlas ! ye ikhlas kengkawan. Niat ikhlas korang tu yang akan menyebabkan impian mereka tercapai.

Sesiapa yang sudi menghulurkan sumbangan bolehlah disalurkan kepada Maybank Nor Syamila binti Ahmad ( no akaun 164315329575 )

Sumbangan Untuk Anak Yatim

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...