Terima Kasih Sudi Like

Wednesday, May 29, 2013

Pasang Bloglist Dalam Blog

www.tips-fb.com

Salam

Sapa suka baca blog picisan aku angkat kening, oke fine takde pun kan sentappppppp mak
T______T. Takdelah kalau ada yang sudi baca hari-hari entry aku yang kadang-kadang suka merepek-meraban walaupun terpaksa walaupun dalam duka melara aku nak cakap thank you very damn much. Terharu i u olsssss...

Tapi kalau ada diantara korang yang tetiba sentap pulak dengan aku sebab aku tak pernah datang blog korang ni, masa nilah caranya nak balas dendam, sebab mulai bulan 6 ni aku nak start buat bloglist setiap bulan maknanya setiap bulan bloglist akan diupdate.

Ini bertujuan aku takkan miss satu blog pun daripada korang yang dah pernah datang ke blog aku, kadang-kadang ada blogger follow blog aku tapi bila aku nak klik blog diaorang takde pulak URL aku rasa macam my bad. my bad. my bad sangat ! so bila ada bloglist bulanan ni antara benda wajib aku buat bila online  aku terus ke bloglist aku.

Macamane nak blog korang jadi bloglist aku ? kacang lodeh jerk :

  • haruslah follow blog aku dulu *  kalau dah follow tinggalkan url blog dekat komen entry ni *
  • like Pages FB aku * wajib sebab bloglist akan diupdate di pages FB *
See, mudah je kan ? so sape cepat dia dapat ! harap lepas ni aku bolehla blogwalking ke blog korang tanpa rasa serba dan salah :p



Motif apa nak letak gambar ni erk? tapi aku rasa ia sangat klasik, ilham laki aku nilah yang nak gambar nampak lama ikutkan jelaaaaa, xsabarnya nak tunggu weekend. ada surpriseeee menanti untuk ulangtahun perkahwinan yang pertama  huhuhu...


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, May 28, 2013

Spa paling best di Kajang

www.tips-fb.com

Salam

Dalam banyak-banyak bulan aku rasa bulan 5 adalah bulan paling busy untuk aku, tiap-tiap minggu ada jerk benda nak buat. Letih sangat badan jadi lesu tak cukup rehat tapi yang aku heran makan tetap onnnn tak pernah hilang selera kalau penat sekalipun sadis giler aku rasa bila body dah macam tong drummmm~  -.='

Aku, Yaya , NoryEida sepakatlah kitaorang kena buat sesuatu untuk merehatkan minda, merehatkan tubuh badan bagi segar balik, kitaorang rancang pergi Spa. Dah lama rasanya xmanjakan diri walaupun sekarang dah ada abang sayang tapi dia 'manja' bab lain ni manja bab lain hihi.



Mungkin ada yang cakap mak aiii jauhnya sampai ke Kajang tapi untuk cari Hannah Spa ni sangat mudah sebab spa ni terletak berhadapan dengan pintu belakang Hospital Kajang je. Landmark untuk ke Spa ni korang cari Hospital Kajang mudah bukannnn ~ 


Spa ni memang khas untuk wanita sahaja lelaki tidak dibenarkan sama sekali sebab tu kami semua pergi tak bawak laki masing-masing cuma NoryEida bawak laki kesian laki dia orang kena tunggu sampai rosak kat kedai makan bawah tu berjam-jam gigih tunggu, takpe zul dengan andi kan sayang bini mesti nak isteri cantik kan ? kan ? sanggup kau tunggu huhu...


Masuk-masuk je menganga mulut tengok dekorasi dalam spa tu, cantik sangat u olssss, bling-blings beb ada bola-bola api kat siling bumbung kihkihkih dah macam kelab kekdahnya ~ *ceh macam kelab konon, pernah masuk ke ? * Biasa kalau namanya spa mesti korang akan pikir spa tu macam ala-ala bali lagu-lagunya pun ala-ala lemah gemalai gitu tapi kat spa ni pilihan warna dan dekorasinya semuanya moden dan stylish beb !




Memperkenalkan empunya Hannah Spa ni, cumel molek orangnya kak Fadhiah bersama suaminya En Mohd Irwan, si kecik yang cute tu namanya Hannah.jangan tak tau kak Fadhiah ni seorang doktor kat Hospital Kajang tau, kalau aku jadi dia penat-penat keje balik terus g spa, haiiiii heavenyaaaaa T______T. Satu lagi perkara kebanyakkan susun atur dalam spa ni suami kak Fadhiah yang design, pandaikan dia, En Mohd Irwan ni memang suka bab deco-deco ni.


Nama Hannah Spa ni sebenarnya diambil dari nama si kecik yang kiut miut ni haaaaaa~ cayalah kecik-kecik dah ada spa er...boleh jadi businesswomen berjaya ni.


Antara orang kuat Hannah Spa ialah sebelah kanan tu adik kak Fadhiah, Farah namanya sebelah kiri pulak Lily namanya.


Dekat spa ni ada 2 bilik yang mana korang boleh pilih nak sorang ke atau nak berjemaah, yang mana kalau yang kaki gosip pot pet pot pet dengan kawan-kawan tu bolehla amek yang bilik besar sikit, tapi kalau ko datang sorang boleh pilih bilik single.

Antara pakej yang aku amek adalah massage, sauna dengan basic facial. Macam Yaya dengan Eida buat sauna dulu, aku dengan Nory buat massage.


Bila Lily start urut badan aku, sedapnyaaa tak terkata oleh hidung, mulut,kaki, telinga ko dapat bayangkan tak bila badan ko seharian penat dan lesu pastu dapat urutan yang super duper best memang heavenla ko rasa. Sebelum ni aku pernah buat massage kat Mayfair tapi dia bukan full body, dia buat bahagian bahu je dahla takde letak minyak aroma dia tumbuk-tumbuk badan aku picit-picit sesuka hati banyak daging kan haha....tapi dekat spa ni best gilaaaaa kau Lily urut sampai sekarang mimpi-mimpi *oke nampak beno tipunya -.=' *


Lepas massage kitaorang buat sauna pulak, mula-mula aku rasa boleh panas ke bilik macam ni ? sekali kau bila masuk baru tau panas ke tidak, panas tak ingat beb, nak tau macamana bilik ni boleh jadi panas dan kita kan berpeluh-peluh dalam tu ?


Benda nilah yang memanaskan suhu bilik ni, tu arang kot aku rasa dan tu sedikit air, bila setiap kali nak rasa panas kitaorang curah sedikit air dalam tempat tu wap yang dibebaskan tu akan terperangkap dalam bilik tu, tu yang jadi panas, nak lagi panas tambah air lagi tapi kalau ko bubuh semua air tu dalam benda tu aku takut nanti ko rentung jerk hahaha...


Siap je sauna kami terus buat facial, produk yang digunakan adalah produk Mary Kay, kat spa ni kalau korang nak buat facial korang boleh pilih sama ada nak gunakan produk Mary Kay atau Syakila, tapi bagi aku better pilih Mary kay sebab kesannya lebih cepat, Ko tau sampai hari ini ada je tego muka aku nampak gebu lepas facial tapi xtaulah puji ikhlas ke tak i dont care itu semua huhuhu....


Selain tu Hannah Spa jugak ada pakej mandi susu, korang semua tau kan kelebihan dan kebaikan mandi susu ni untuk apa kalau rasa nak kulit gebu mulus selembut bayi tryla pakej mandi susu tu, hari tu kami xsempat buat pakej ni sebab masa sangat mencemburuipun so next time pasti kami cuba :))

Sekarang ni diaowang ada buat promosi tau kalau buat mana-mana pakej ada diskaun harga tapi sayangggggg voucher pada aku semua dah habis aku dah bagi kat kengkawan dan sepupu sepapat tapi kalau korang nak jugak korang try terjah blog EidaYayaNory mana tau kot-kot dapat voucher tu kan. Tapi kena komen kat entry spa tau.tau.

Yang mana teringin nak cuba perkhidmatan spa kat sini amek alamat ni :

Hannah Spa
No 17-1, Jalan Sentosa Villa 1/1, Taman Sentosa Villa, 
43000 Kajang, Selangor. 
03-87370846 / 017-2806972

Tak pun like FB Hannah Spa



Hannah Spa terbaek !!!


Bergambar bersama Kak Fadhiah


Adik kak Fadhiah, Farah

Sebelum akhiri entry yang maha panjang ni Hannah Spa ni ada menjual handbag original dari pelbagai jenama datangnya dari oversea u olssss. Suami kak Fadhiah ni kadang-kadang selalu travel so dia belilah handbag ni, harganya yang ditawarkan jauh lebih murah dari butik-butik kat KL mahupun JPO, jangan risau harga boleh bincang, so kalau rasa nak beli untuk hari raya ke kan korang boleh terjah spa ni ye.




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, May 27, 2013

Peugeot Lounge @ Subang Skypark Terminal

www.tips-fb.com

Salam


Rentetan dari cerita #TSDayOut , lepas je kami siap jelajah Subang Skypark kemudian diberi peluang memandu kapal terbang dekat SimFlightKL perut dah mula lapar, tengok jam oh, dah masuk tengahari patutlah perut bernyanyi rentak zapin johor.


Kemudian kami dibawa menikmati hidangan makanan dekat Peugeot Lounge, makanan kami ditaja dari Restoran  Bubba Gump. Kalau dah lapar makanan apa pun sedap ye dak ? Oke mari cerita pasal Peugeot Lounge.

Sebut Peugeot semua orang tau ia adalah jenama kereta tapi kalau sebut Peugeot Lounge kat Skypark Subang ramai yang tak tahu. Tempatnya sangat ekslusif dan elegant kata kooO~ high-class gitu.Peugeot Lounge ni merupakan satu-satunya ruang istirehat eksklusif yang pertama di lapangan terbang khas buat pemilik kereta Peugeot dan ahli berdaftar. Nak masuk tunjuk pass tak pun tunjuk jerk kunci kereta Peugeot, korang bolehlah menikmati kemudahan yang disediakan.

Antara kemudahan yang terdapat dalam Peugeot Lounge :

  • Kemudahan internet dan WIFI
  • Menonton TV ( Astro )
  • Surat khabar, majalah dan bahan bacaan yang lain
  • Bilik Mesyuarat
  • Bilik VIP
  • Paparan maklumat penerbangan



Dekorasi yang terdapat dalam Peugeot Lounge

Peminat tegar kereta-kereta mewah macam peugeot ni korang memang patut pergi sini. Rasa segala kemudahan yang disediakan sangat selesa u olssss. Oke, dah cuci mata dekorasi kat Peugeot Lounge, kita tengok menu makanan yang disediakan oleh Restoran Bubba Gump





Hoiii sedap sangat walaupun aku tak berapa gemar western-western ni tapi still boleh makan, lagipun free sape tak nak perut pun dah lapar habis semua balun jela. Makanan sedap tempat makan high class, boleh berangan kejap jadi orang kaya kihkihkihkih....

Alamat Peugeot Lounge :

Peugeot Lounge,
M18A, Skypark Terminal
Sultan Abdul Aziz Shah Airport,
47200 Subang, Selangor

Tel :03-78400312

Waktu operasi : 6.00am- 9.00pm

talk to my hand : lemau semacam aku rasa, update entry pun macam nak tak nak T_______T

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, May 22, 2013

Wordless Wednesday

www.tips-fb.com

Salam


Biasa kena macam ni ? so renung-renungkan lah :))

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, May 21, 2013

Simulator Tour with SimFlightKL

www.tips-fb.com

Salam

entry lepas kita bercerita pasal penerbangan Firefly dekat Skypark Subang, kali ni #TSDayOut bawak aku 'n' the geng bawak kapal terbang di ulang bawak kapal terbang babe ! giler ah aku dengar macam teruja je, jakun pun ada tapi waaa control macho....



SimFlight KL ni mengendalikan dua simulator penerbangan - Boeing 737NG dan Airbus A320 di Aras 1 lapangan terbang, kira kalau kita masuk kita akan berada macam dalam perut kapal terbang Firefly jenis Airbus A320.


Kapten Wafi memberi sedikit penerangan mengenai fasiliti yang ada dalam Firefly




Ada yang tanya aku betul ke aku duduk dekat kerusi pilot dan aku jawab yes ! kat SimFlightKL ni korang berpeluang memandu sendiri kapal terbang sebenar, macam korang bawak kereta la. rasa real babe, korang akan rasa kapal terbang tu bergerak rasa terbang rasa tekan brek untuk mendarat di kawasan lapangan, sebijik sangat, sampai aku sendiri rasa pening bila berada dalam perut kapal terbang tu.


Bersama pilot yang sudi memberi tunjuk ajar Encik Hariz Radzuan bukan Adam Mukhriz dalam cete Adam Hawa tu tau haha....Muda lagi budak ni baru 21 tahun tapi dah jadi pilot, ada sesapa nak berkenalan ? kihkihkih...


Tabik hormat sebelum berlepas


Oke ready to gooooo..

Korang nak rasa pengalaman macam aku tak ? bawak kapal terbang ni, korang pun boleh bawak jugak tau, SimflightKL ni memang terbuka untuk semua yang ingin merasai bawak kapal terbang, sesuai jugak kalau nak bawak anak-anak rasa naik kapal terbang.



Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :


Klik untuk tumbesaran :p

Sila like FB mereka di SimFlightKL

More details kat website diaorang http://simflightkl.com/simulator.html

Email : info@simflightkl.com

Terima kasih Tourism Selangor sebab beri peluang pada blogger mengenali lebih dekat dunia 'PILOT'

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, May 20, 2013

Airlines Tour with Firefly

www.tips-fb.com

Salam

Dah khatam dah entry pasal Skypark Subang korang ? mana belum sila khatam dulu baru korang paham apa yang cuba aku sampaikan tentang #TSDayOut ni. So takdelah aku merepek sorang-sorang kan ?

Now mari kita berterbangan bersama Firefly phewwww~~ siapa pernah naik ke awangan bersama Firefly angkat tangan, oke fine aku tak nampak sebab aku sedang menaip bukan melihat, bagi yang mana tak pernah gunakan perkhidmatan Firefly macam aku, kita sama-sama belajar ye tentang Firefly ni.


Antara destinasi yang dituju bagi penerbangan Firefly ni ialah bagi penerbangan domestik adalah Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bahru, Kuala Terengganu, Kerteh, Johor Bahru Alor Setar, Ipoh dan Kuantan

Bagi penerbangan International pulak destinasi yang dituju oleh Firefly adalah Singapore, Koh Samui, Medan  Pekan Baru, Batam dan Hatyai 



Kapten Firefly memberi sedikit penerangan berkaitan operasi Firefly setiap hari. Apa yang aku paham dari penerangan Kapten yang tidak mahu gambarnya diambil pemalu atau memang tak gemar bergambar ke tak tahulah kan, hihihi.... seramai 28 krew setiap hari yang bertugas,  dari pagi sehingga penerbangan yang last aitu pada pukul 11.30 malam. Firefly ni biasa mendarat sangat sekejap sekitar 15 hingga 20 minit selepas tu flight akan terbang kembali di awang-awangan



Bila kita dah selamat check in kat kaunter kita akan dapat resit ni, resit ni mewakili boarding pass *betulkan aku kalau aku salah ye * dimana terdapat nama kita, kad pengenalan, Flight No, pintu berlepas dan waktu untuk berlepas.




Perhatian, sila baca note dalam gambar tu ea :). Kalau orang dah biasa naik flight bab-bab bagasi mesti dah tau kan, Firefly ni pun sama, bagi bagasi berlebihan kalau domestik 1kg RM 30.00 International pulak dikira 1kg RM40.00.



                         Sedih tengok signboard ni yela berhujan berpanas kan tu yang jadi gitu~~~






                               haaa..kamilah orang yang dibenarkan pada hari kejadian kuikuikui...






Dapat tengok Firefly dan krew kabin secara dekat, kawasan situ bising sangat kalau lama-lama kat situ boleh pekak dibuatnya, sebab tu kebanyakkan kabin krew pakai ANR (Active Noise Reduction) headset untuk menglindungi gegendang telinga daripada pekak




Peraturan-peraturan di Airside




                                                                         Banner Firefly





Pramugari-pramugari yang cumel belaka, yang tengah-tengah tu model dalam banner Firefly tu hihi...

Seperti biasa untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman sesawang Facebook Fireflytak pun layari website http://www.fireflyz.com.my/


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...