Terima Kasih Sudi Like

Friday, June 28, 2013

Harga Tiket Flight ke Krabi, Thailand.

www.tips-fb.com

Salam

Kalau sebelum ni aku tak pernah cakap atau mention yang aku akan pergi  bercuti berjemaah sehinggalah seminggu sebelum berangkat barulah diura-urakan percutian kitaorang. Mungkin ada yang tau, macam kenalan rapat yang aku hanya pergi berdua tapi bila hari kejadian boleh jadi 11 orang hohohO..ramai tak tahu dalam diam-diam kami plan baek punyaaaaa percutian hahaha.... Nak cerita panjang nanti ko mengantuk so biarlah aku simpan menjadi kenangan terindah dalam sanubari.


Booking tiket ni dibuat masa Air Asia tengah buat promo, 3 hari 2 malam pada tarikh 22 Jun 2013 sehingga 24 Jun 2013 adalah sebanyak RM230. Bagi aku kira murah sangatlah sebab masih mampu lagilah nak booking. Kemudian aku ada add on nasi lemak Pak Nasir dan Spaghetti Bolognese, total semua bagi tiket KL-KRABI, KRABI- KL termasuk makanan  adalah RM254

Pada asalnya memang harga tiket yang dah dibooking adalah RM254 tapi bila mana plan menjadi, Yaya EidaNorySheila confirm nak ikut bercuti, jadi aku rasa 3 hari 2 malam tu sangatlah tak cukup untuk buat semua aktiviti kat sana, tau jela kan 11 kepala macam-macam ragam kan, so pikir ada baiknya tambah satu hari lagi kan why not bukan senang geng sekepala dapat pergi bercuti bersama kan ? so takpelah korban sedikit wang ringgit janji korang bahagia bersama geng-geng yang sekepala apa dehalllll ye dak ? Jangan tak tau ini the first time i naek flighttttt hokeh ! Jakun tu tidak tapi i is  tak berapa selesa duk dalam flight tu tegak je macam orang tulang keras, mujur 1 jam 20 minit kalau 8 jam boleh muntah hijau dibuatnyaaaaaa...

Nasib baik tambahan satu hari tu masih dalam promosi so kira masih murah lagilah, tiket baru yang dibeli bagi KRABI- KL adalah RM206.91. Masa balik kami tak add on makanan pun kami beli cash atas kapal terbang. Mula-mula ingat macam malas nak add on tapi kemain lapar lagi perut berkeroncong lagu irama melayu so kami decide beli jela.


Nasi Lemak ni memang sedap, terbaaaaekkklah !

Harga Nasi lemak Pak Nasir, Green Curry, Mineral Water dan Minute Maid perisa orange adalah RM40. Tercekik halkum tak kawan-kawan makan tu je harga macam tu pasrah jela aku ni T_____T


Total 

# Tiket flight KL-Krabi, Krabi-KL dua orang pegi balik: RM230
# Add on nasi lemak pak nasir flight KL-Krabi untuk 2 orang: RM24
# Tiket flight Krabi-KL dua orang: RM206.91
# beli makanan time flight balik dari Krabi-KL: RM40

_____________________________________________________

TOTAL : RM 500.91










♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, June 27, 2013

Bloglist Bulan Julai

www.tips-fb.com

Salam

Dah nak masuk bulan Julai kan lagi 3 hari je, so macam biasalah kalau dah hujung-hujung bulan ni aku akan buat bloglist yang baru. Kiranya blog yang lama akan dirombak. Tapi kalau ada bloglist yang lama masih nak duduk kat bloglist bulan Julai pun sangat dialu-alukan.

Tapi kalau boleh aku naklah korang-korang yang ingin jadi bloglist aku setiap bulan tu supaya rajin-rajinlah update blog, janganlah terbiar lama. Bosan tau. Aku takpe xupdate sebulan tapi korang hari-hari update ye hikhikhikhik....

Macam biasalah kan ni syarat-syaratnya :

  • haruslah follow blog aku dulu *  kalau dah follow tinggalkan url blog dekat komen entry ni *
  • like Pages FB aku * wajib sebab bloglist akan diupdate di pages FB *


Entry percutian ke KRABI selama 4 hari 3 malam akan menyusul ! itupun kalau mood rajin datanglah teheeeee stay tune naaaaa :p

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Saturday, June 22, 2013

Wordless Saturday- Travel Secara Berjemaah

www.tips-fb.com


Sewaktu entry ni dipublish ( auto publish ) mungkin aku berada di awang-awangan. Doakan aku bersama kawan-kawan selamat pergi dan selamat pulang ye :)

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, June 21, 2013

Handbag baru lagi

www.tips-fb.com

Salam

Ye handbag baru lagi ! Jangan nak pelik sangatlah kan, biasalah wanita dengan beg tangan tu memang sejak dari azali tak boleh berenggang, mana-mana je mesti berkepit. Kawan sejati kata kOoo~

Konon kemain cakap takde duitlah, bulan ni lari budgetlah nak beli handbag baru, tup-tup ko lebih over dari kak ton kan ? Ada rezeki lebih, dapat duit terpijak or tercampak, maka aku terbelilah handbag baru. Haha tak boleh blah ayat aku 'terbeli'. Last aku beli handbag bulan Disember 2012, maknanya dah 6 bulan tak beli handbag baru, so takpela kan boleh jela beli handbag baru kihkihkih.



Again and again, Polo memang menjadi design kesukaan aku, tak tahulah kenapa sebab aku rasa dia tegap kot. Tapi kalau ko bawak handbag ko isi sampai 20kg memang handbag yang berjenama mahal macam LV tu  pun boleh putus talinya. 

Aku jenis kalau handbag berjenama ni aku tunggu sale tapi kalau saja-saja nak beli memang taklah kan, baik aku belanja laki aku 4 hari 4 malam dari beli handbag berjenama ni haaaa. Harga kalau takde less memang tercekik halkum ko tengok. Aku sendiri tak mampu ! Surender siap-siap tapi memandangkan ada sale sampai 70% takkan ko nak jeling-jeling je kan, mestilah ko terbeli, nampak ? nampak ? ayat 'terbeli' tu.



Ni handbag ke empat dari jenama kesukaan aku iaitu POLO, nak tengok yang lain boleh terjah entry ni. Haaa tetiba aku suka warna pink, lagipun takde lagi warna handbag yang terang-terang ni biasa coklat, hitam tu jelah so boringggggg kennnn~ Lagipun nak guna untuk ke pejabat kalau pergi kenduri takpela pakai terang-terang.

Bila tunjuk kat laki aku,  ' aku tanya, cantik tak bang' ? dia senyum jerk tak tahulah dia pikir ape, nasiblah kan abang dapat isteri macam saya kan ? kan ? duit tak banyak tapi nafsu shopping tu kalah macam orang gaji 40 juta damn ! -.='

talk to my hand : Menghitung detik, waktu dan ketika tik tok tik tok....







♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, June 20, 2013

Shera Aiyob Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

www.tips-fb.com

Salam

Heiii....tahniah buat kedua-dua pelakon kesukaan aku ni, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob atas kelahiran bayi lelaki mereka hari ni. Weeeee bestnye dah jadi daddy dan mummy. So tanggungjawab pun dah bertambah.




Berita ini disampaikan oleh Zahiril Adzim sendiri melalui Twitter miliknya. Zahiril  sangat bersyukur sambil mengucapkan Good job untuk Shera Aiyob.
“Syukur Ya Allah… Alhamdulilah. Welcome to the world my boy. Good job Mummy @SheraAiyob u did very well! Im the happiest daddy in the world.”
9091528526 5d40ed7c98 o Gambar Shera Aiyob Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Hi awak, nape cumel sangat ni ;)

Ala cutenye, aku kalau bayi lelaki ni aku memang obses sikit tak tau kenapa. Muka sape ye ? tunggu besar sikit, Selamat Datang ke Dunia . Tahniah sekali lagi buat anda berdua.

Sumber dari AISKOSONG.COM



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, June 19, 2013

Muffin Maniac Official Launch

www.tips-fb.com

Salam



5 Jun hari tu telah berlangsungnya pelancaran  mobile game application dari Kenny Rogers Roasters. Perlancaran tu dibuat dekat Kenny Rogers Roasters Berjaya Time Square. Best sangat game tu kadang-kadang aku sawan sorang-sorang bila main.  Gigih install dalam fon. Eh, eh lupa cakap TQ Kenny Rogers sudi jemput kita ni. Kalau tak kita xdapat sawan sorang-sorang main game ni T_____T

Sementara nak tunggu majlis ni bermula diaorang sediakan 3 ipad untuk media-media yang hadir ni cuba game ni, yang mana ada fon canggih tu boleh jugak nak install dalam playstore fon masing-masing. Mula-mula tu macam segan-segan je nak main yelaaaa kita kan tak teror malulah kalau tak teror main sekali kau tengok kiri kanan macam clean & clear kemain kawwwwww kongker meja tu siap dah game over main balik tak puas hati  nak jugak mata tinggi. 3 orang yang mempunyai score tertinggi diaowang akan bertanding secara live dkt screen besar untuk memenangi hadiah menarik.


Agak-agak nak rasa sawan macam aku download Muffin Maniac sekarang dan rasa tahap sawan yang melampau kalau ko tak rasa sawan macam aku ko xnormal haha...Alah game ni senang je pun ko main slash-slash je.

Dah download kan ikut je rules game ni, korang kena buat macam ni


Haaa dapat tak macamana cara nak main game ni, ko cuba dulu baru ko tau mencabar ke tak game ni. Jangan tak tahu ye kalau korang dah download game ni, bila main dapat high score lepas tu korang submit dia ada hadiah bulanan untuk score tetinggi tau. Ada hadiah misteri menanti korang. giler tak best ! cubalah !

Event hari tukan tak kusangka cempedak menjadi nangka Yaya boleh plak dia dapat no 2 teratas mata yang berjaya dikumpul adalah 594 so ini bermakna dia dapat main secara live bersama dua orang lain yang berjaya mendapatkan score tertinggi. Caya larh. I'm proud of you bebeh.

Aku, EidaNuha penyokong setia dari belakang. 



Tahniah sayang walaupun dapat tempat ketiga, okelah tu tempat ketiga dari takde tempat kan ? kan ?

Lagi best event tu disediakan photobooth kawww, biasalah kami ni kanak-kanak ribena pantang nampak kamera mesti nak bergambar je. Rasa macam diri tu cumel bedal jelah kan. Kalau malu rugilah...






Banyak gila props, meriah gituuu~


Paling kanan tu ialah Encik Zulkifli Jafar, Marketing & Communications Manager of Berjaya ROASTERS (M) Sdn Bhd, beliau yang bertanggungjawab dalam majlis pelancaran Muffin Maniac ni. Tengah yang cantik tinggi lampai tu ialah Miss Natalia Ng, Misss Universe Malaysia 2013 selaku Miss KRR Healthy Lifestyle, kiri tu pulak Mr Samurai yang suka slash-slash muffin yang ada.

Then dah selesai sesi bergambar dan penyampaian hadiah, acara makan lah apa lagi huhu....Biasalah part-part ni memang suka bebeno teman. mana taknya tengok badan pun dah tau kihkihkihkih..





talk to my hand : gigih jugaklah up entry dalam malas-malas tu sebab mood memang dah out dah ni nak bercuti sangatlah kata koooo~

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, June 14, 2013

Percutian Singkat sebagai Hadiah Anniversary

www.tips-fb.com

Salam

Sepatutnya cerita ni aku buat sebelum Anniversary lagi, tapi biasalah guna ayat klise yang tuan empunya blog ni tersangatlah malas nak up entry, dia ikut mood kadang rajin kadang malas tapi banyak malas dari rajin. oke fine aku pasrah -.='. 

Cop.cop sebelum pape lagi aku nak cakap mana-mana terasa nak muntah hijau atau geli-geli baca entry Anniversary ni boleh tekan butang pangkah atas sekali tu. Aku bagitau kot xjumpa rabun kan hehe...

Hari tu cuti Wesak, 3 hari cutikan, masa nilah ambil peluang balik kampung cuti lama kan ? tapi kitaorang tak balik sebab dalam bulan tu dah 2 3 kali balik kampung so Wesak kitaorang decide berkampung kat KL sahaja.

Gila dekat kami bercuti area KL je wey tapi rasa macam jauh sebab environmentnya macam kau rasa  kau berada dekat oversea gitu.

img_8852-gal

Anggun Boutique Hotel pilihan kami, kenapa kami pilih sebab kami saja je nak pilih boleh ? haha....Jangan tak tau u olsss walaupun hotel ni terletak di kawasan yang padat lagi mampat tapi suasana dan dekorasi hotel ni tak macam pun kat bandar tau rasa macam ko berada di Kepulauan Sulu, ko pernah sampai ? Aku tak pernah jugak tapi main bedal je cakap.


Ruang Lobby


Sebelum menuju ke bilik kami kena lalu bahagian ni, cantik kan u olsss

Lepas setel check in bagai kitaorang masuk bilik, heiiiiiiiii terkejut gila-gila beruk tau bila tengok katil ada angsa-angsa. Pengsan 14 minit. Macam dapat hidu semacam jerk Anniversary kitaorang 1 minggu lagi. Hadiah Anniversary in advanced la cam gini.



Angsa bercium kihkihkih...
Bilik yang kitaorang booking tu jenis Anggun Suite. One queen bersaiz katil empat-tiang jati. Lantai kayu. Suite-suite ini mempunyai balkoni dengan pemandangan pokok-pokok yang berusia lebih 80 tahun. Sebijik macam ala-ala kampung. Kampung kat bandar beb, hebakkkkkk


Siap ada balcony


Lagi hebakkk bila ko nak online, ko boleh online terus guna TV bapak besarnye pon gila tak gila lah. Keyboard tetikus suma boleh guna dari jarak jauh ( wireless ) tapi takdelah jauh sampai bilik sebelah er. Harap maklum !kuikuikui  ko boleh je nak lending atas katil sambil online FB takpun nak main Candy Crush macam laki aku buat ~





Bilik air boleh tahan luaslah, sinki tu tak tahan macam mangkuk ada ikan je aku tengok kihkihkihkih...Kalau masuk bilik air aku tengok ada kepala paip tak kalau ada cun sebab masa aku pergi hotel kat Cherating takde paip, sumpah seranah dah aku...


Like a boss, kohkohkoh *alamak tertiru ayat yaya la pulak ! *

Sesekali feeling macam ni kan best barulah heaven kata koO~ dulu masa single mingle mana ada peluang nak cenggini, ni bila dah ada tiket halal dan sah baru rasa hidup tu lebih bermakna bersama suami tercinta ahakkkksss~ cinta sangat, intan payung mak limah kangkung :p




Pagi-pagi lagi gigih bangun semata-mata nak breakfast kat Bubu Rooftop Restoran. Apa yang specialnya kat sini, restoran ni atas sekali dalam hotel ni. Sebab apa dipanggil Bubu Rooftop, sebab bubu tergantung atas kepala korang pastu Rooftop tu sebab dekat atas bumbung hihi...Makanan pun not badlah, tak mahal tak murah standardlah kan Hotel 4 bintang kot

Aku order Chicken Porridge with Condiments, laki aku order American Breakfast. Lepas breakfast balik bilik kemas-kemas pukul 11.45 a.m kami check out.


Walaupun percutian ni singkat tapi sangat best sebab aku menghabiskan masa bersama suami, yelah dah penat-penat keje bila dapat bercuti macam ni perghhhhh manyak syokkkk ooooo...

Details mengenai hotel ni korang boleh tengok website mereka :-



Direction untuk memudahkan korang pergi hotel ni, heiiii dekat sangat tau kalau nak pergi Time Square, jalan kaki je dah sampai. Aku dengan laki aku sempat malam pertama sampai tu siap tengok movie Fast Furious 6 lagi, gigih tak gigihla haha...

Ni alamat hotel ni:-

7 & 9, Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, 
50200 Kuala Lumpur, Malaysia. 
email : reservations@anggunkl.com

Sebenarnya nak diikutkan banyak sangat tempat-tempat percutian untuk honeymoon ke untuk bercuti atau nak buat family day,kalau ada diantara korang yang tercari-cari untuk pakej-pakej tersebut, korang pergi http://www.sota.travel, kat website tu bukan sahaja pakej percutian tapi siap pengangkutan, hotel aktiviti sekali haaaaaa senang kan xpayah nak pening-pening pikir mane nak cari, satu website boleh combined semua. senang bukan ? semua setel.




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, June 12, 2013

WW-BE Nuffnang beranak

www.tips-fb.com


Alhamdulliah, walaupun traffik takdelah tinggi mana, tapi BE sudi jugak melekat dekat blog picisan aku ni. Thanksss a lot Nuffnang.


talk to my hand : Hari ni macam rajin sedikit nak update blog sekali usb tertinggal tak boleh transfer gambar dari fon ke PC T_____T. BW sahaja lah hari ini.
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, June 7, 2013

Tempat Photoshoot Paling Menarik

www.tips-fb.com

Salam

Hari tu aku tunjuk teaser je kan, ni aku letak banyak sedikit gambar huhu...Teaser hari tu aku ada buat segmen dimana kalau korang teka kat mana photoshoot tu dibuat, aku bagi hadiah topup RM10, 2 pemenang telah dipilih untuk memenangi hadiah yang tak seberapa tu.

Nak tau sapa pemenangnya, tungguuuuuuuuu....



Oke 5 keping je  sebab yang ada pun 5 keping je hihi... photografer letak kat pages FB mungkin ada di antara korang yang dah tengok kan ? gambar penuh belum ditangan tapi letak banyak ni jela ye bukan apa takut ada yang muntah hijau pulak tengok kecomelan aku kuikuikui...*aku yang pengsan baca -.='*

Mula- mula aku nak buat kat Taman Layang-Layang je tapi photografer bagi cadangan kat Pantai Kelanang , Banting Selangor cantik. Dia siap tag kat aku gambar-gambar customer yang dia pernah shoot kat sana. Gila tak terujaaaaaa bila tengok gambar tu. Subhanallah, cantiknya bumi cipta Allah S.W.T terkesima sebentar.

Deal la kitaorang buat photoshoot buat dekat Pantai Kelanang. Anniversary jatuh pada 01 JUN 2013 tapi hari tu kan aku celebrate Anniversary dekat Flora Kafe so photoshoot ni buat pada 02 JUN 2013 bersamaan hari Ahad. Punya semangatnya aku nak rasa feel pengantin baru bergambar bangun awal kawww~pagi-pagi lagi dah sampai Pantai Kelanang tu.

Boleh dikatakan gambar semua cantik-cantik, tak taulah aku atau laki yang cantik ke atau pemandangan dekat Pantai Kelanang tu yang cantik * pengsan lagi baca haha...* cuma setiap kali aku tengok gambar yang dishoot aku sawan 13 minit kahkahkahkah...Mane taknya gambar budak gemuk macam tong ni boleh pulak cumel dalam gambar babe, nampak beno nipunya haha...

Ada orang tu cakap aku nampak muda pakai biru, yeke ? ni yang kembang setaman ni rasa nak selongkar baju-baju biru nak pakai hari-hari biar nampak muda selamanya ceh !

Nampak macam kelaut dah ni, xabes-abes duk puji diri sampai kelangit eh tak kelaut perginya sudahla ko tu, milaaaaa..kalau dah besar tong drum jangan ko mimpi nak jadi tiang letrik dush. dush. dush. T______T


Sempoi gilaaaa..gambar ni old skol babe

Mari aku perkenalkan orang yang bertanggungjawab menjalankan misi gambar yang super-duper ohsem ni, Namanya Afiq, nama penuh aku tak tau lupa nak tanya boleh..... muda lagiiii tapi dah kawin ye,adik-adik jangan nak gedik sangat akak pang kang ! ? Aku kenal dia ni dari majlis perkahwinan 2 orang sepupu aku kat Perak, tengok hasil kerja dia, aku memang rasa macam dia ni bakal jadi mangsa aku haha....Encik Afiq harap awak tak serik bekerjasama dengan kami laki bini yang agak senget ni ye. :p

Nak tengok hasil kerja dia yang tersangat ohsem and superb korang boleh like pages Afiq


For those yang tak lama lagi nak mendirikan masjid belum hire mana-mana lagi photografer bolehlah hire beliau. Sebab sekarang beliau ada promosi MID YEARS SALE




Sekarang diumumkan pemenang yang berjaya menjawab dengan betul adalah,

Umi Qi
Onie

Tahniah, nanti korang bagi no fon dekat  FB ye,


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, June 5, 2013

Teaser Photoshoot Anniversary

www.tips-fb.com

Tunjuk sikit je erk teaser kan ? Ni photoshoot Anniversary hari tu, 

Cuba teka kat mana ni ? Kalau teka betul aku bagi hadiah hihihi...tapi ada syarat nak join segmen ni. Mudah je syarat-syaratnya

  • Korang kena like pages @repic photography service
  • Dah like bagi nama FB korang kat komen dibawah dengan jawapan sekali.
  • 2 orang pemenang akan dipilih secara random
  • Hadiahnya takdelah gempak sangat, saja-saja je aku bagi untuk suka-suka je aku bagi topup RM 10 untuk setiap pemenang.

talk to my hand : Bloglist untuk bulan 6 dah update ye rajin-rajin terjah tau !

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, June 4, 2013

Tempat Paling Best Sambut Anniversary

www.tips-fb.com

Salam

Hari ni dah setahun 3 hari jadi kekasih halal Encik Suami, Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang masalah. Tak taulah nak kata surprise macam tak surprise jerk, sebab Encik Suami macam dah tau apa planning aku, so anggap jela macam tak surprise tapi mampu buat dia terharu huhuhu...

Tempat kitaorang sambut Anniversary yang pertama adalah  dekat Flora Kafe AmpWalk, 1st time datang sini dulu kat entry ini  aku memang dah terjatuh hati dengan Kafe ni, sebab decorationnya yang penuh dengan bunga-bunga yang terjuntai, ekslusif sangat nampak mewah dan mahal gituuuu~ so aku realisasikan impian nak sambut Anniversary kat Flora Cafe AmpWalk. Alhamdulillah dengan izin-Nya tercapai sudahhhh



Makan ala-ala candle light, romantik sangat u olsss datang-datang di sambut oleh Mell ( Restoran Manager ) friendly sangat macam  dah kenal lama aku yang pendiam ni pun eh, pendiam sangat ko nie pun ! boleh meriahnya sembang taknak berhenti kemudian meja kami dihias dengan candle-candle, fresh flower, balloon, romantik kau....Siap dengan alunan muzik dari The Corrs, laki aku memang suka zaman-zaman dia kennnn~~~ Kalau korang nak sambut apa-apa majlis macam Anniversary, Besday, Baby Shower, Annual Dinner ke, better korang booking dulu sebab ianya memudahkan Flora Cafe untuk prepare apa-apa persiapan untuk korang kotlah ada nak decoration macam ni ke macam tu ke. nak ekut tema ke kan ?

Macam kami, kami pilih kepada pakej makan berhidang iaitu pakej Kemboja maksima untuk 2 orang. Menunya terdiri daripada masakan kampung, masakan melayu tau macam Nasi Putih, Asam pedas Johor-Ikan, Ayam Goreng Berempah, Daging Kicap, Sambal Udang, Sayur Kailan Ikan Masin dan Minuman. Masakan memang sedap lebih-lebih lagi daging kicap tu, kenyang sampai malammmm.

Ramai yang ingat harga dekat sini mahal, heiii tak mahal sangat kira mampu milik lagi *macam nak beli rumah pulak kuikuikui...*   Kalau ko makan Secret Recipe atau Kenny Rogers kan macam tulah harganya kat sini, lebih kurang jerk, lagi pun apa ade hal setahun sekali je pun~


Dah kenyang, now time potong kek ! kek ni aku beli senyap-senyap laki aku memang tak tau, kira surprise ni jadilah. Memang hari-hari aku balik naik moto sama dengan dia tapi seminggu sebelum Anniversary aku drive pegi keje sebab banyak tempat aku nak pergi bila balik keje so alang-alang sensorang panjang langkah sikit aku merayaplah tempah kek hihi...







Doakan kami bahagia dunia akhirat.

Kebetulan pada hari yang sama, Kak Ameris pun sambut Anniversary yang ke 5 kat sana. Happy Anniversary kak. Kalau dah blogger sesama blogger bertemu gambar tu memang wajib lah kan, sebelum aku melangkah keluar dengan perut yang kenyang sempat lagi sesi gambar-mengambar sekeping dua.



Sesiapa yang berkeinginan atau terasa nak buat something surprise untuk pasangannya boleh lah datang ke sini, Gambar-gambar ni semua aku amek kat Pages Flora Kafe, diaowang ni bukan sahaja menyediakan makanan yang super duper best tapi ada photografer lagi, kelasssss u olsssss, so takdenye ko tangkap muka laki ko, laki ko tangkap muka ko, diaowang boleh tangkapkan kenangan korang kat sini.Tapi jangan ko ingat tu termasuk pakej makan-makan sampai 2 jam ko kat situ keje bergambar jerk aku pang karang ! haha....

contact no : 03-21618010
                   017-3024112 ( Mell )

Adress      :Flora Kafe Sdn Bhd,
                  Lot G.02-06, Ground Floor,
                  The AmpWalk
                  218 Jalan Ampang,
                  50450 Kuala Lumpur

Facebook : Flora Kafe Ampwalk


REVIEW PRODUCT




Kepada penggemar inai daun asli, aku nak khabarkan pada semua yang aku ada menjualnya tau. Korang tak perlu lagi nak petik nak tumbuk sampai lumat, semua dah siap dalam bentuk kon tinggal nak pakai je, Bride to be mesti mencari-cari kan ?

Kelebihan daun inai asli ni ialah warna yang lebih tahan lama berbanding instant. Bau seperti daun inai, dah nama daun inai asli kan, yang penting tiada bahan kimia atau campuran pewarna.

Inai daun ni dia akan merah mengikut darah si pemakainya, seeloknya pakai lebih dari 2 jam untuk mendapatkan hasil yang terbaik. beli 1 kon cukup untuk 10 jari.

Berminat nak cuba boleh contact no aku 012-2531649 ( msg/ whatsapps only ) anytime 24 hours !






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...