Terima Kasih Sudi Like

Saturday, January 25, 2014

Percutian Langkawi - Malibest Resort

www.tips-fb.com

Salam

Entry sebelum 


Balik dari island hoping kami terus check in dekat Malibest Resort. Hotel yang menepati ciri-ciri kami semua hihihi....Tapi rata-rata orang kat situ pun cakap Malibest Resort memang best. Dah selesai check in kami menuju ke bilik kami. 

Kemain jauh bilik kami, dengan bawak beg beratnya dengan sakit kakinya akibat island hoping tadi.Cramp tau kaki naik tangga kat Tasek Dayang Bunting tu, lepas tu naik tangga lagi ke bilik nasib baik tak tinggi sangat kalau tak aku tinggal je kaki kat bawah sebab tak larat bawak naik atas.

Hotel ni full dengan foreigner, rata-rata orang asing, orang Malaysia dua tiga kerat je. Sebab tu hotel ni fully booked je medang kalau ada kekosongan pun macam kamilah dapat hok hujung2 je. Yang menariknya pasal hotel ni sebab ada rumah atas pokok. hebakkkkk takkk??? 


Pintu bilik kitaorang, Teluk Nyiru, dekat hotel ni dia pakai nama pangkal Teluk


2 katil Queen




Siap ada bathtub

Overall okelah bilik besar, aircond sejuk, tekanan air boleh tahan kebersihan  tandas pun oke jerk. Ada peti ais kecik, ada ditunjukkan arah kiblat. cuma kalau korang nak iron kena request ye. Suis plug ada 4 termasuk bilik air tapi satu tak berfungsi.

Mari kita lawat kawasan sekitar.



Rumah atas pokok macam sesuai untuk yang couple, macam kitoarang ni ramai tak sesuai pulak


Petang-petang penduduk situ main bola pantai, tapi aku tengok ada je foreigner yang join main, meriah tau !



Nampak tak orang yang pakai baju hijau tu, aku rasa diaowang yang dipertanggungjawabkan menjaga kebersihan pantai ni.



Seriessss pantai Cenang ni cantik dan bersih berbanding pantai port dickson, kira keindahan masih terjagalah belum tercemar lagi. 


Kerusi tu kalau nak duduk kena bayar, RM10 tau mahalnyaaaaa duduk je pun bukan ada minuman,suratkhabar atau orang urut kaki huhuhuhu



Yang ni cafe diaowang kalau korang nak stay hotel ni, korang cari je signboard ni dari jalan mesti nampak.  Ia terletak betul-betul dekat Pantai Cenang.Nampak cafe baru nampak kaunter pendaftaran. Kalau tengok gaya hiasan cafe ni aku rasa macam tak halal je sebab cafe ni macam ala-ala hindustan hahaha...Waiter pun macam Indian je. Orang yang datang pun warga asing so memang takutlah nak makan. Tau tak sepanjang 3 hari 2 malam stay hotel ni cafe ni dokla pasang lagu bollywood je, Hoiii sedap tau lagunya rasa macam nak menari. Kuch-kuch hotai la, dil to pagal hai la Kabhi kushi Khabi Gam la layannnnnn kan je, dan dipahamkan Shah Rukhan pernah datang hotel ni, No wonderlahhh lagu bollywood je ke udara.

Harga untuk 3 hari 2 malam dekat Malibest Resort ni adalah RM400. Bahagi dengan 5 orang kami jadi sorang adalah RM80, tapi pihak hotel mintak deposit RM100 sorang baki RM20 akan dipulangkan bila check out nanti.

Kira-kira perbelanjaan :

Hotel 3 hari 2 malam : RM400/5 Orang = RM80

Aktiviti malam pulak kami terjah pasar malam ayer hangat ! next entry la yeeee ~

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, January 24, 2014

Percutian Langkawi - Island Hoping

www.tips-fb.com

Salam

Sebelum nak cerita lebih lanjut entry sebelumnya adalah percutian langkawi pengalaman naik train. Dah baca baru paham cerita dalam entry ni hehe....

Pakej Island Hoping ni kitaorang amek sekali dengan sewa kereta so takdelah susah nak beli pakej dekat mana-mana. Island Hoping ni kami amek petang dalam pukul 3 petang. Island hoping dekat Langkawi ni ada 2 sesi satu pada pukul 10 pagi dan satu lagi pukul 3 petang.

Pakej Island Hoping RM35 sorang. Ekutkan boleh je tawar harga tapi disebabkan diesel naik harga lagi terus tak dapat tawar hampeh tol ! 


pick up point berdekatan dengan hotel awana porto malai

Satu boat boleh muat 14 orang group kami dari Malaysia, ada satu family dari India, satu lagi macam dari China, dah macam 1 Malaysia aku tengok ChinDiaYu hahahaha...Sebab kami paling awal duduk belakang group China tengah dan India tu depan sekali. Yang kelakar paling aku tak paham group India tu dah tau nak main air, boleh pulak pakai macam sari ke apa ntah pakaian kebangsaan dialah dengan warna putih bagai..ko ingat nak pergi beraya ke ni nak pergi mandi der tak paham! tak paham!




kecian ayu gambar dia paling tak banyak sebab jadi tukang amek gambar. TQ Ayu sayang ko.


1st : kitaorang pergi Tasek Dayang Bunting




Tengok muka semua kemain suka, senyum dengan riang, time ni belum tau lagi azab nak sampai ke tasik dayang bunting lagi. Boleh lalalalalala lagilah....Posing sana posing sini kan ? kan ?


Hamek kau ! bila dah memanjat anak tangga tinggi ni kemain semputtttt mengahhhh. Ya Allah azab ko tau. giler jauh sebab kena meniti anak tangga dahlah jarak anak tangga ke anak tangga kena langkah besar-besar. Semput mak nok ! eeee tak tau langsung pun kena jalan macam ni kalau tau tak nak pergi. Tapi demi semangat setiakawan yang nak aku minum air tasik tu, terus kuat semangat sebab kawan-kawan support kan sanggup nak pergi jugak so aku pun gigihlah pergi jugak. terharu kita tau kawan-kawan T______T

Panjat anak tangga dah satu hal nak turun ke tasik tu ada pulak sekawan monyet bersidai kat tangga tu. Heiii korang ni buat apa kat situ aku dahla penat panjat tangga yang duk halang aku jalan nape ??? sedih betulaaaa diaowang ni takdelah liar mana tapi akan jadi agresif bila tau ada mcm bau-bau makanan ke plastik makanan ke terus diaowang rebut tau.Aku pegang kemas beg aku sebab dalam tu ada cekedis nak mengunyah.Masa pergi diaowang rilex dan cool je..Bila aku nak balik boleh pulak plastik cekedis ni berbunyi terus dia nak rampas beg kita...Heiiii awak ni kita tak sukalah tak nak kawan awak wuarghhh...T______T


Sekor sesat kat sini, putus cinta ke apa ?


Nampak tak macam menyerupai Dayang Bunting.


Kalau nak mandi ada hadnya, tak boleh lebih dari garisan oren tu.




Jangan harapla kami nak mandi, kami main rendam kaki jerk.


Belah sana tu ada macam yang kayuh2 guna kaki tu ape ntah namanya lupa nak tengok berapa kena bayar. Ada jugak kedai souvenir kotlah nak beli topi ke baju ke,


Tu bukan air tasik ye tu air yang aku beli. Air tasik aku hanya minum 3 kali menggunakan penutup botol mineral sambil selawat hihihi...Aku takdelah percaya sangat tapi kita mencuba tak salah kan ? Rezeki semua Allah S.W.T yang tetap kan :)

Dekat sini lebih kurang 1 jam. Cukup satu jam eh  tak 45 minit kami terus ke tempat boat untuk ke destinasi seterusnya. Masa nak balik ni kitaorang terserempak dengan foreigner yang bawak anak kecik,  satu dah boleh berjalan mayb 3 tahun satu lagi tidur dalam stroller, gigihnya mak paknya ni nak bawak anak kecil mendaki tangga-tangga ni. jauh tau tak. Tempat ni sangat tak sesuai untuk bawak budak-budak bawah 6 tahun ye sebab penat kot. Cian budak !

Next pergi Pulau Singa Besar bagi helang makan. Kat sini lebih kurang 10 minit. Abang boat tu bagi perut ayam kat helang-helang tu semua. Pandai je mereka beratur amek makanan tak berebut langsung. Cuba kalau kita manusia ni kemain potong Q macam hape jer.


Abang boat tu cakap ada dua helang dekat sini putih & merah.

Pulau ketiga adalah Pulau Beras Basah. Kat sini lebih kurang 45 minit. Boleh main jetski kat sini, boleh snorkeling jugak sebab ada kedai yang boleh sewa alat snorkeling tu pasir cantik wey, macam biasa kami bergambar jela. Mandi memang taklah kan huhu...






Ni konon nak lompat tapi tak menjadi hihi...


Belum ready kok dah tangkap gambar tu yang muka jadi gitu -.='

Oke setel part Island Hoping yang lebih kurang 2 jam lebih sahaja. Balik semula ke tempat pick up point. Kemain laju abang boat tu bawak boat siap drift lagi macam kereta melambung-melambung kami ke udara tau bila langgar ombak.Lepas tu boleh tanya kenapa dik ? hoi abang kalau aku mengandung boleh terberanak tau kau ni !!! 


Souvenir Island Hoping, bukan free ye kena beli RM10


Kira-kira perbelanjaan :

Pakej Island Hoping : RM35
Photo Frame : RM10

TOTAL : RM 45

Next review hotel yang kitaorang stay :)









♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, January 22, 2014

Percutian Langkawi : Pengalaman Naik Train

www.tips-fb.com

Salam

10-01-2014

Kali ni aku bercuti naik train sebabnya plan bercuti ni secara mengejut, kalau booking tiket flight confirm mahal kan, so pilihan kedua adalah naik train. Seramai lima orang yang join trip bercuti ni. Biasa aku pergi dengan geng blogger kali ni aku pergi dengan geng sekolah rendah. Memandangkan geng sekolah rendah aku ni rata-rata belum berkahwin maka encik suami terpaksa saya tinggalkan huhu...kejam kan ? Kecian suami saya tapi takpe bulan 5, In Sha Allah kita cuti bersama hokeh darling :)


Tiket kitaorang. Sila berada 30 minit awal kalau tak nak kena tinggal :p

Naik dari KL Sentral dan turun di Arau. Aku dari rumah mak aku naik lrt Melati  berhenti dekat Sri Rampai jumpa maya dan terus ke KL Sentral. Tambang LRT RM2.40. Sampai KL Sentral awal lagi so kitaorang tapau mcd nak makan dalam KTM la konon-konon dah borak-borak tak ingat dunia, last aku punya burger, kentang suma buang tak lalu makan. Ada jugak aku order dengan maya ayam goreng beli dekat Sogo 2 ketul. Seketul je abes. 

Kalau naik train of cozlah makan masa yang sangat panjang iaitu lebih kurang 11 jam ada delay bagai. Ekutkan 11 jam tu mestilah bosan kan tapi kitaorang takde maknanya bosan sembang-sembang so takdelah rasa lama tidur pun satu dua jam je lena yang lain bergosip je lebih huhuhu...


Aku pilih katil bawah, harga RM 54. Fiza katil atas harga RM 48 harga tak sama katil bawah dan atas ye


Maya katil bawah, Ayu katil atas. Lagi sorang Safa dia naik flight sebab dia dah booking time promo haritu.


Inilah keadaan coach kami .

Kitaorang dapat katil hujung sekali berdekatan dengan toilet. Katil hujung memang best sebab tak melalu katil-katil orang lain tapi tak best sebab dekat dengan pintu untuk ke tandas. Bila orang buka dan tutup pintu tu boleh teanjat kita.bising tau T____T. Kalau 10 kali orang pergi tandas 10 kali kita terperanjat matilah kita cam gini -.='. 

Tandas train bagi pendapat aku bolehla. masih boleh digunakan sebab tekanan air kuat. Yang tak best goyang-goyang tak feel tau haha...Nasib baik perut tak meragam cuma nak buang air kecil je. Dalam tandas ada tisu. Aku tak tau kat mana kafe dan surau. Tak jalan mana-mana pun dah malam kan so duduk diam-diam dekat katil. Solat pun atas katil, pengalaman baru nie huhu..

Ada orang cakap dalam train sejuk so korang kena bawak baju sejuk atau stokin tapi masa aku dalam train haritu tak sejuk mana pun. Tapi spare jelah mana tau tiba2 sejuk kan ?.

Sampai Arau dalam pukul 9.00 pagi lebih kurang kemudian kami terus dapatkan teksi ke Kuala Perlis. Dari Arau ke Kuala Perlis amek masa lebih kurang 30 minit. Tambang teksi adalah RM 24.


Beli tiket feri dewasa RM18 budak ( 3thn-12thn ) RM13

Dari Kuala Perlis nak ke Langkawi kalau naik feri lebih kurang 1 jam perjalanan. Sempat jugaklah buat tahi mata. Sebenarnya kami semua dah kebuluran tapi nak tunggu sampai Langkawi sebab Safa dah tunggu kat Jeti untuk makan sama-sama. Kereta sewa pun tunggu kat Jeti jugak. Kami booking kereta siap-siap dari KL  supaya senang tak nak pening kepala bila tiba sana. Oh ye kalau korang pergi Langkawi masih tak dapat kereta sewa jangan risau banyak je orang-orang yang buat perkhidmatan kereta sewa ni. Kena pandai tawar la. Macam kitaorang ni ada 5 orang so sewa Avanza Auto untuk 2 hari dalam RM200 je. Harga bukan musim cuti sekolah kalau cuti sekolah mungkin berbeza. Minyak isi sendiri haha...Masa kami terima kereta ni kami isi minyak RM30



Avanza kami di Langkawi kereta masih baru.Puas Hati !

Kalau korang nak pergi Langkawi nak sewa kereta dengan Cikgu Megat pm aku eh.eh untuk dapatkan no hpnya. Oh ye selain dari perkhidmatan sewa kereta Cikgu Megat ada buat pakej Island Hoping sekali. So dah alang-alang petang tu kami memang nak buat Island Hoping so deal sekali. Setel dah untuk pakej Island Hoping. Kita pergi cari makan.

Tempat makan pun cari dekat-dekat dengan hotel je. Nak check in hotel tak boleh lagi masih awal. So cari tempat makan.


Merata jalan cuma tempat makan Mimi Seafood je yang ada jual nasi berlauk. Tapi kan tapi mahal gilaaaaa dia cas makanan kita orang. Takdelah sedap mana pun biasa je, mungkin sebab kami ni bukan orang Langkawi dia ketuk kaw-kaw duit kita mencik ! Mahal tapi aku tengok ramai gila orang mungkin kedai dia je kot yang ada jual nasi berlauk yang banyak. Dialek bahasa macam siam macam Kedah ntah aku pun tak tau. Tapi nak cakap makanan dia mahal la dengan ikan tak buang sisik. Sakit hati. Dah lapar kan makan jelaaaa


Kita amek lauk ni dengan order air tembikai laici je makcik tu ketuk duit kita sampai RM18. gilaaaa mahal T____T

Blacklist kedai ni hahaha...Dalam pukul 1 terus gerak ke tempat Island Hoping. Island Hoping next entry ye.Tunggu tau.

Kira-kira perbelanjaan :-

Tambang LRT = RM2.40
MCD =RM8
Tiket Train Langkawi = RM54
Tambang Teksi dari Arau ke Kuala Perlis = RM26 / 4 Orang = RM6
Tiket feri darri Kuala Perlis ke Langkawi = RM18
Kereta Sewa 2 hari 1 malam =RM200/ 5 orang = RM40
Minyak kereta = RM30/5 = RM6

TOTAL = RM 134.40



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, January 21, 2014

Pakej Chocolate Fountain Murah 2014

www.tips-fb.com

Salam

Haaaa mesti ramai mak bapak yang tercari-cari kat mana ada sewaan coklat fountain murah untuk besday anak-anak kan ? Bukan takat besday, majlis kahwin, annual dinner, cukur jambul, akikah semua boleh. Macam aku hari tu, aku booking untuk majlis perkahwinan abang aku.

Gedik sangat nak bercoklat fountain bagai hahaha...dulu-dulu time aku kawin takde, bukanlah takde tapi belum femes lagi lagipun buat dekat kampung, celah mana pulak nak cekau mesin air terjun ni. Sekarang mungkin dah bersepah orang buat sewa ni ye dak ?

Bila kata abang aku nak kawin  kemain lagi otak ligat pusing nak buat tu nak buat ni, feeling-feeling macam akulah yang kawin ! pang 18 ratus kali tak sedar diri -.='. So nak tau aku booking coklat fountain dari sapa ? Dari Chocolate Fountain SheLovesChocolate. Mungkin ramai kan yang dah tau sapa tauke coklat fountain ni hehehe so tak payahla nak kenal kan :p. Tapi rasa macam kejam pulak tak cakap heeee~~~ coklat fountain ni bisnes yang dikendalikan oleh kawan blogger kita yang cute mute ala tomei-tomei kiki lala tuuuuu Eida

Taraaaaa hasil tangan sepenuhnya dari aku & the geng ( sibling )




Kek batik tu paling laris hasil tangan pengantin ( kak ipar ) yang buat huhu....



nyummm nyummm terliur tak korang ? bila mengenangkan coklat yang mencurah-curah ke ladang gandum aku rasa balik karang nak tibai coklat langkawi yang ada haha..oh sedapnya ! dah sampai anak tekak dah ni. Sedap oiiii coklat ko ni idaaaaaa


Kemain lagi pengantin perempuan bergumbira menikmati coklat fountain celup-celup dengan marshmallow.

Mesti nak lagi details kan pasal pakej coklat fountain ni, meh baca kat bawah meh ~













Berita baik buat korang sempena bulan Anniversary Eida dan Andy bulan Januari ni, mereka buat promosi wey sebelum terlambat pada-pada mereka yang memang nak booking inilah masanya :)


Segala pertanyaan boleh diajukan di :-

Fast Reply SMS/Call/WhatsApp : 012-233 4792   Eida


Talk to my hand : Coklat Ida haritu ada baki lagi 3 peket, minggu depan jumpa lagikan korang ? kenduri                                   coklat er.er.er


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...