Terima Kasih Sudi Like

Friday, February 28, 2014

Photoshoot Sempena Birthday

www.tips-fb.com

Salam

Tanpa membuang masa sebab hari ni dah jumaat aku separuh hari je nak pulang ke kampung belah utara nun ( kampung abah ) aku jadi driver bawak mak pak kita heeeee. Jadi makanya update laju-laju. 

Kalau dah namanya gilaaaa gambar pantang nampak promo kat mana-mana confirm nak grab, itupun setelah dicongak hitung bahagi duit syiling yang disimpan dalam tabung katak mencukupi dengan harga promo photoshoot studio ni haha...sadis tak cerita perjalanan aku ni. Oke aku tipu sila percaya !

Kali ni aku amek dengan photografer dari The Photolicious. Masa aku nampak je promo ni dekat FB aku terus call dan tanya pasal promo ni, then macamana pembayaran. Harga tak murah dan tak mahal. Kira aku puas hati sebab aku rasa kalau murah sangat pun servis cam haram payah jugak. Aku dah pernah terkena kan dengan sorang photografer ni bulan 12 hari tu. Disebabkan aku booking tapi belum bayar deposit dia suka-suka je nak tukar-tukar tarikh lepas tu bila dah set appoinment boleh pulak lupa, tak angkat fon tak reply whatsap. Sakit hati ggggrrrrrr~

Alhamdulillah deal dengan The Photolicious ni sangat best dan menyenangkan. Buat je pembayaran aku maklumkan pada owner dia  Kak Zara. Akak tu terus noted. 2 hari sebelum photoshoot aku remindkan lagi sekali sebab aku taknak jadi macam pengalaman lama. Sehari sebelum photoshoot boleh pulak bagitau ada job lain so tunda hari lain. Nampak tak layanan bila kita dah byr deposit dengan tak. Bila harga murah dan mahal sedikit.

Gambar-gambar yang dishoot ni aku sangat puas hati tak payah susah-susah nak edit dah cantik dah hihihi...* puji diri sendiri nampak * Sesi berlangsung selama 45 minit. Gasak laki bini kemain posing ala-ala macam cumel je macam cantik je macam-macam je kat situ. Photoshoot ni sempena besday aku gedik sangat nak photoshoot bagai. Eh tak tak kebetulan diaowang buat promo antara tarikh besday aku so alang-alang aku shoot la sekali heeee~  Celebrate besday aku pulak diadakan di Flora Cafe  ( Link ) sesi  makan bersama keluarga tercinta.

Tengok jangan muntah tau ~















Gambar aku kecik kan sedikit, tak payah nak besar sangatlah kan bukan cantik pun, Oh ye kalau korang dah tau atau biasa dengar The Photolicious biasa amek job retissss tau. Antaranya Apek (penjaga gol) tu, pernah shoot ella kawin, Aqasha, Bienda ramai lagilah..Nak tengok gambar-gambar artis yang ohsem tu kat pages dia berlambak. Cantik-cantik hoiii. Yang terbaru ni diaowang shoot newborn Apek dan Leuniey -Kayla Elayna, comel tau. Cute sangat.

Yang masih mencari-cari photografer di hari bahagia korang, bolehlah hire mereka ni. Aku pasti mesti puas hati beb ! Mujur aku dah kawin kalau tak confirm-confirm aku booking diawang tapi takpe masih banyak masa lagi kalau diizinkan-Nya aku pregnant boleh booking kan? kan?

Facebook : The Photolicious

Adress     : No 55C, Jalan Wawasan 2/1 
                  Bandar Baru Ampang
                  68000 Ampang, Selangor






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, February 26, 2014

Sambutan Hari Jadi di Flora Cafe

www.tips-fb.com

Salam

23 Febuari tu tengahari dalam pukul 1.oo pm aku pergi buat photoshoot dekat studio, patutnya buat entry tu dulu, tapi memandangkan cd gambar problem takleh detect gambar aku macam frust sikitlahhhhh~ so aku update entry makan besar dengan family dulu la er.er.

Tempat pilihan untuk aku sambut besday kali ni  adalah di Flora Cafe, tapi yang bestnye tahun ni aku tak sambut berdua sahaja dengan Encik Suami, tapi sambut bersembilan ! Nampak bersembilan kauuuuu *ntah pape ayat*

Bestlah hoiii sambut besday sendiri tapi family semua turut serta cukup lengkap pakej mak abah, adik beradik serta menantu + baby dalam perut tu ( coming soon ). haaaa oke 10 orang semua hihihi... Rasa macam sambut besday anak kekdahnyaaaaa *walaupun belum ada rezeki lagi tapi will be coming soon. In Sha Allah :)*

Birthday ni lagi tambah meriah sebab aku dengan abang aku lahir pada tarikh yang sama iaitu 23 Febuari tahun yang berlainan 87 dan 88 gap hanya setahun. Setahun tepat okeeeee~ Makan besar ni disponser oleh besday girl sendiri sebab aku suka nak celebrate reramai dengan family. Biasa aku berdua je makan dengan suami dekat Flora Cafe, kali ni ada rezeki ajak family pulak !


Cantik kan hiasan wallpaper belakang tu dengan hiasan meja makan. Berseri-seri aku rasa duduk dekat situ hahahaha...barulah fun ! kan besday girl. Korang-korang yang rasa nak sambut besday ke, anniversary ke, annual dinner or nak nikah atau buat majlis pertunangan dekat Flora Cafe ni amat dialu-alukan, tapi diingatkan kena booking terlebih dahulu.

Before ni pun aku sambut anniversary dekat sini jugak ( link ). Makanan pun superb sedap gilaaaa sebab tu aku asik nak repeat, repeat dan repeat. Kalau boleh semua makanan aku nak try. Jangan risau harga takde mahal sangat, kira mampulah dengan poket anda . Bukan setakat masakan melayu yang diaowang sajikan, malah pada penggemar makanan western dekat sini pun ada menu barat tu. Cubalah tak mengecewakan tau.


Dulu abang aku selalu cakap aku gemuk, sekarang amek kau, kau pun gemuk lagi gemuk tau ! tau !


Bersama pasangan masing-masing. Cumel pulak  kek tu, colourfull


Selamat Hari Jadi Along & Angah (aku)


Kek ni telah disponser oleh adik no 3 aku American Choc sedapppp. Terima kasihlah bebanyak ye sayang ko. Kek dengan figurin bear tu aku tempah asing-asing. Cumel ke tidakkkkkk, rasa bebudak sangat request kek macam ni tapi kau hadooooo?. kotlah korang semua nak kek cumel macam ni jugak nak tempah untuk anak-anak ke, suami or sapa-sapa boleh tempah dekat Sharifah Hanum Bigsmileskitchen . Akak ni memang buat kek kahwin, kek birthday dan cupcakes.

Kalau nak booking apa-apa event dekat Flora Cafe 

contact no : 03-21618010
                   03-21810986 ( Mell )

Adress      :Flora Kafe Sdn Bhd,
                  Lot G.02-06, Ground Floor,
                  The AmpWalk
                  218 Jalan Ampang,
                  50450 Kuala Lumpur

Facebook : Flora Kafe Ampwalk
Instagram :florakafe










♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, February 25, 2014

Selamat Hari Lahir Buat Diri Sendiri

www.tips-fb.com

Salam

Happy besday to us
Happy besday to us
Happy besday along & angah
Happy to us

Kenapa kami ? Sebab hari jadi aku dengan abang aku adalah sama iaitu jatuh pada 23 Febuari 1987 dan 1988 ngam-ngam setahun je u olsss. Hebat tau abah dengan mak kitaorang huhuhu....Entry Langkawi tertunda seketika ea. Nak beri laluan pada entry besday girl ni haaaa...

Fine dah tua dah aku 26 tahun, tapi masih remaja gituuuuu *pengsan*. Tahun ni aku rasa paling meriah macam sambut besday anak padahal belum ada lagi, sebab family aku ada semua. Alhamdulillah.

The whole day memang pack giler dengan photoshootnya dengan makan besar dengan family dan malam pulak tengok wayang. Penat beb ! Tapi enjoy giler !!! Entry pasal photoshoot nanti aku buat er, entry celebration dekat mana pun akan muncul tak lama lagi sabar eh ! Kasi tuan blog bernafas sikit, penat pun tak hilang lagi heeee~ 

Sedikit ucapan dari tuan blog dihari lahirnya 

Selamat Hari Lahir buat diri sendiri hihihi...

Alhamdulillah masih diizinkan Allah S.W.T untuk bernafas hari ini. Terima kasih kepada ayahanda dan bonda sebab melahirkan dan membesarkan saya.

Doaku di hari lahir ini
Semoga taat dengan perintahNya
Semoga menjadi anak yang baik
Semoga menjadi isteri yang baik
Semoga menjadi kakak dan adik yang baik

Hadiah tak penting cuma kalian doakan aku bahagia, gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa ye :)

Kasi belanja sekeping gambar dulu



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...