Terima Kasih Sudi Like

Wednesday, August 24, 2016

2015 TAKKAN AKU LUPAKAN

www.tips-fb.com

Salam

Lagi beberapa bulan je nak dah nak abes tahun 2016, aku sibuk nak throwback 2015 yang pahit tu. Bukan nak throwback sangat pun cuma skank aku ada sedikit kekuatan meluahkan apa yang dilalui sepanjang 2015 yang mengamit memori tu sangat. Lama aku simpan aku pendam aku rasa hanya Allah S.W.T je yang tahu perasaan aku berperang dengan emosi dan diri sendiri.

Aku nak abadikan dalam blog picisan aku ni supaya menjadi pembakar semangat untuk aku terus maju pada kehidupan yang akan datang. Banyak peristiwa yang berlaku yang membuka mata aku yang menyedarkan aku dari terus leka dengan duniawi yang sementara.

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu aku telah berhijrah dari Bandaraya Kuala Lumpur ke Batu Pahat, Johor. Itulah satu keputusan drastik yang tak pernah aku buat sepanjang hidup aku. Keputusan yang dibuat tanpa berpikir panjang tapi aku yakin inilah yang aku cari dalam hidup aku.

Sebenarnya ada sesuatu yang aku rasakan dalam diri seolah-olah hati tak tenang seolah-seolah jiwa kosong padahal kehidupan aku seperti juga orang lain makan jalan-jalan kerja bahagia je hari-hari. Tak tau nak huraikan macamana tapi sesuatu yang hilang tapi tak tau apa. 

Emosi kadang-kadang terganggu kadang-kadang tak gembira. Yang aku perasan aku paling malas nak pergi keje. Takde mood selalu datang lewat ke office padahal bukan jauh mana 5 minit je. Bila kat opis rasa nak balik je. Selalu cakap dengan officemate nak berhenti. nak berhenti nak berhenti tanpa sebab alasan yang kukuh pun. Selalu gurau hujung tahun ni nak berhentilah nak balik kampung, masa tu aku takdelah serius sangat tapi memg dah takde hati dah nk kerja tak tahu kenapa.

Setiap malam selesai solat  doa selalu menangis hati jadi sayu sebak entah kenapa. boleh dikatakan setiap kali solat air mata mesti mengalir. Aku berdoa mintak petunjuk pada Allah S.W.T tunjukkan sesuatu yang baik untuk aku teruskan perjalanan ni.

Bila aku nekad untuk balik kampung ini bermakna aku sanggup untuk menerima perubahan kehidupan yang berlaku. 360 darjah celcius bertukar. Aku tinggalkan 'kehidupan' di bandar untuk aku berhijrah ke sesuat tempat yang lebih tenang dan bahagia. Ak percaya semua yang berlaku ni Allah S.W.T dah atur cantik-cantik untuk kami suami isteri.

Masa dalam proses perpindahan tu Allah datangkan rezeki buat suami, dimana dia ditawarkan bekerja di Hotel Katerina, Batu Pahat sebagai Duty Manager. Jadi sebulan awal dia pulang ke kampung manakala aku masih di KL untuk packing barang-barang sambil ditemani keluarga yang tercinta. Mak abah aku duduk di KL tapi lepas rumah kat kampung siap mereka akan pulang. Mungkin tu jugak salah satu faktor penguat aku untuk berhijrah. Nak ceritakan lagi memang panjang lebar, tapi lain kali lah aku cerita lagi. Cukup setakat ini luahan hati seorang insan yang jiwanya, hati dan nurani yang kosong dan sepi

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

SAPU-SAPU SAWANG YANG MELEKAT !

www.tips-fb.com

Salam

Hi semua, hari ni diberi kesempatan masa yang sedikit untuk menaip sepatah dua patah perkataan *rasa mcm banyak patah je. Nak sapu sawang-sawang yg bersepah merata-rata ni haaaa...Alhamdulillah lama sangat dah blog ni terbiar dimamah usia.Usia sangatnya pun haha...

Takde story pun nak cerita tapi rindu nak membebel kat blog tu melebihi segalanya so akan aku usahakan robek segala cerita lama yang mana aku rasa nak dijadikan kenangan lagi disemadi dan diabadikan dlm blog picisan aku nihaaa~

Tapi janganlah mengharap sgt ye sebab kadang-kadang tuan tanah kedaung ni cakap xserupa bikin. takut hangat-hangat tahi ayam lencong je karang. berdoalah semoga aku diberikan kekuatan untuk hupdate segala mak nenek cerita yang dah basi tu.

Oke daaa~

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...