Terima Kasih Sudi Like

Thursday, November 30, 2017

INTECH KITCHEN SDN BHD – PAKAR KABINET DAPUR DI SEMENYIH.

www.tips-fb.com

Salam korang semua !

Aku kalau ada rumah nanti, In Sha Allah kalau ada rezeki , perkara pertama yang aku akan survey adalah kitchen cabinet. Time tu diharapkan poket aku berkepuklah dengan duit untuk bina kitchen cabinet idaman aku haha~

Walaupun aku takdelah terror mana nak memasak tapi impian untuk memiliki KC tu sangat tinggi, setinggi puncak Gunung Everest ko tau ? Cuba bayangkan tinggi kan ? Jangan main –main impian aku tu !

Jadi skank apa salahnya aku survey-survey dulu walaupun rumah takde lagi -.=’. Planning tu penting ye korang, sebab kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segalanya, kemain ayat aku puitis sangat tu.



Ahad hari tu aku berpeluang untuk menjengah satu kedai yang memang pakar dalam pembuatan kabinet dapur di area Semenyih. Nama kedai  Intech Kitchen Sdn Bhd . diaowang ni menawarkan servis built in dan custom made kitchen cabinet and wardrobes direct from factory dan berpengalaman dalam bidang buat KC ni selama 15 tahun.

First aku masuk showroom, aku rasa mcm sebuah rumah yang banyak dapur ko tau, setiap contoh dapur berlainan konsep, ada yang konsep modern, kotemporari,klasik dan oriental ,Ko nak KC macamana, bagaimana semua ada, macam aku, ni first  time aku g showroom berkaitan rumah, so macam terkesima tapi chill la kan takkan nak tunjuk teruja mcm monyet mendapat bunga. #spesismudahteruja

Semua contoh design dapur dekat showroom tu awesome beb !, ada tu white theme ada tu green theme cantikkkkk~ acely paling aku teruja nk tgk kitchen cabinet ni adalah patern bahagian dalam laci haha…Aku suka banyak laci atau partition sebab aku bole simpan macam-macam stok makanan, macam poket doraemon tu, dan bila banyak laci  takdelah semak sangat pemandangan atas cabinet tu.


Style sangat laci V-shape ni wey ~


Semua wanita berkahwin dan mak-mak automatik akan suka kitchen cabinet, kira bff diaowang la ni until jannah haha~ tengok cantik dan rasa mampu poket, tanpa survey terus nak letak seketul design macam tu dekat rumah. Korang tahu ke material yang digunakan tu ?  Sesuai tak dengan environment rumah korang tu, haaaa, yang ni aku rasa x ramai yang tau termasuklah aku.

Kadang kita serah bulat-bulat pada kontraktor yang buat, asal cantik sudah. No ! tak boleh macam tu atlest korang kena survey jugak amik tau, sebabnya kitchen cabinet ni nak pakai seumur hidup, korang kan masak hari-hari ye dak ? mestilah nak tahan lasak. Kalau boleh cari company yang memang pakar dalam bidang KC ,macam Intech Kichten Sdn Bhd ni,. Bukan sikit-sikit duit tau makan belas-belas ribu lain lah kalau korang cop duit tiap tahun tukar KC baru. Jadi buatlah pilihan bijak, biar berbaloi duit yang korang laburkan demi seketul KC idaman hati.

 DOOR (  Pintu Kabinet ) 

Melamine, 3g glass door, acrylic door, 4g glass door, solid nyatoh door 
.
TABLE TOP  ( Pernukaan kabinet )

Woodtop, concrete top, solid surface top, granite top, quartz top.



Banyak kan jenis material KC ? Tau ke macamana rupa material tu ? Apa perbezaannya apa bagusnya apa kurangnya setiap material tu? yang tu korang sendiri kena rajin-rajin kan diri survey buat research sebab aku pun tengah nak kenal pasti benda alah tu  Aku first time dengar dan baru nak amik port pasal ni, so dah alang-alang singgah showroom KC aku nak belek tengok, rasa jenis-jenis material supaya nanti senang bila aku nak buat nanti dah tau nak jenis material yang macamana. Dan bajet yang diperlukan. Sempatlah mak kumpul duit nak oiii


Glass Door


Melamine


Nyatoh Door

Nampak kan sikit sebanyak jenis-jenis KC yang ada dekat Intech Kitchen Sdn Bhd, kalau korang nak lebih details wajib datang sini, staff diaowang akan guide dan bagi penerangan yang lebih jelas pasal KC. Yang penting korang dah tau nak konsep KC macamana nak buat dekat rumah korang tu, nanti diaorang boleh suggestkan material yang sesuai utk digunakan.



Kalau tanya aku, jenis material yang mana aku suka, dah tentu aku akan jawab suka material glass door, sebab nampak modern sesuailah dengan konsep yang aku inginkan. Konsep modern, ciri-ciri yang ke arah elegant dan mewah. Wah taste kau ni tak nak kalah, Duit mana duit ???

Oh ye lagi satu paling penting aku nak sangat bar kaunter atau island. Benda tu paling penting kalau buat KC sebab situ akan jadi port gosip mak jemah. Jadi kalau beli rumah nanti aku akan tengok keluasan dapur,cukup tak nak letak seketul island atau bar counter. Ni angan-angan dulu, tapi kalau suatu hari nanti jadi kenyataan Alhamdulillah ~





Amik berkat dekat KC idaman mana tau tetiba dapat seketul haha~



Kenalkan ini  Mrs Jessica, atau kitaorg panggil jess dia bersama husbandnya Mr Jeff adalah owner kepada Intech Kitchen Sdn Bhd. Masa ni Mr Jeff takde sebab ada urusan diluar dengan client. Korang yang tengah survey KC tu berminat nak datang tengok showroom Intech Kitchen Sdn Bhd boleh tengok details yang aku bagi dekat bawah ni.

DETAILS INTECH KITCHEN SDN BHD

Website             : www.intechkitchen.com

FB Pages       :  Intech Kitchen Sdn Bhd

Instagram          : intechkitchen_cabinet

Alamat              : Intech Kitchen Sdn Bhd
                   47, Jalan Mega 1A, Taman Industri Mega,
                   43500 Semenyih.

Contact Person  : Jessica - 012-6670706
                            Jeff       - 012-6252528


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, November 22, 2017

TEMPAT MAKAN POPULAR DI BATU PAHAT - RESTORAN KARI KAMBING 40 HARI

www.tips-fb.com

Salam

Cuti sekolah tak lama lagi je kan, kalau korang bercadang nak pergi jenjalan ke arah Selatan, korang wajib singgah tempat makan yang best ni tau, wajib cuba sebab tempat makan ni di antara yang terkenal di Batu Pahat.

Aku sejak pindah Batu pahat barulah tau tempat makan yang best, kalau dulu balik-balik lawat mak abah je, tak tahu pun Johor ni banyak gila tempat makan sedap wey ~



Ni kita nak rekemen kat korang, korang kena rasa dan cuba nasi arab dekat Restoran Kari Kambing 40 Hari. Ya ampun sedapnya hoi, aku sambil type sambil terbayang nasi nya, kari kambingnya bapak sedap jejes air liur kita wak -.='

Ada dua menu yang korang boleh pilih, menunya nasi arab bersama ayam atau nasi arab bersama kari kambing (wajib cuba !) kambing lembut gila ada rasa manis-manis sikit nasi banyak dan mengenyangkan.


Nasi Arab Ayam RM13


Oh ada jenis hidangan juga, korang boleh pilih nak makan dalam pinggan or dalam dulang. Kalau dulang tu boleh makan dalam 3-4 orang. Makan dalam dulang kita rasa macam sweet sangat makan rebut-rebut gitu disamping dapat mengeratkan silaturrahim tau


Nasi Arab Dulang + 1 jug Sirap RM48

Kita nak ingatkan kalau nak datang makan untuk waktu lunch datanglah awal sikit sebab restoran ni sentiasa penuh dengan umat manusia. Aku biasa datang pukul 11.00 pagi, masih oke lagi lah tapi nanti time korang dah beratur korang pusing je belakang orang dah bersusun beratur. Digalakkan datang weekdays, kalau weekend kena banyakkan bersabar ye haha...




Kalau tengok pada signboard waktu operasi adalah pada pukul 7.30 a.m sehingga 3.00 p.m tapi aku tak sure restoran ni tutup hari apa. Tapi jangan risau nanti aku bagi details FB dan contact no so korang boleh refer situ untuk sebarang pertanyaan.


Ni bukan waiter, ni laki kita tau. muahahaha...

Ingat ! (macam bagi amaran aku rasa haha...) kalau datang Batu Pahat wajib singgah tau, dan aku yakin korang takkan menyesal rasa. Sedap nak arwah..Oke tetiba lapaaaaa....


Details Restoran Kari Kambing 40 Hari

Alamat Restoran : 215, Kg. Hj. Ghaffar, Bt 5 1/2, Jln Yong Peng 83730


No H/P : 019-6272243



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, September 15, 2017

Acah-Acah Come Back !!!

www.tips-fb.com

Salam,

Yuhuuuu korang aku berjaya mengetuk papan keyboard ni hahaha...tapi tak tahulah berapa lama tahan, takut hari ni je rajin lepas tu sendu !. Tu yang macam acah-acah come back.

Rindu gila nak menaip nak bercerita, nak mengarang tapi malasnya hazabedah, mungkin faktor usia membataskan segalanya. Ceh, macam tua sangat kekdahnya. Yela aku rasa bila semakin matang ni rasa macam nak kurangkan cakap, bercakap bila perlu lepas tu cakap benda yang berfaedah je.

Eh, disebabkan hari ni macam aku terajin sikit nak pegi jenjalan (blogwalking) rumah jiran tetangga lah, nak tengok apa cerita menarik hari ni. Nak say 'HI' sekali, supaya nampak aku ni masih wujud belum pupus haha...*poyo

Oke tu jela nak cakap malas taip malas pk. Bye korang !

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, January 10, 2017

TEMPAT MENARIK UNTUK DI LAWATI DI KLUANG- LAMAN KREATIF KLUANG

www.tips-fb.com

Salam

Entry pertama di tahun 2017, tapi cerita ni pada Hari Krismas tahun 2016. Sebenarnya tak rancang pun nak pergi Laman Kreatif Kluang. Plan asal cuma nak breakfast dekat Kluang Rail Coffee.memang favourite place mertua kita. Kebetulan laki aku dapat cuti, adik ipar pun balik, marilah kita breakfast berjemaah.

Dah alang-alang sampai kluang, haruslah kita terjah tempat-tempat yang menarik, guna waze untuk ke Laman Kreatif Kluang ni, rupanya tak jauh mana pun dari Kluang Rail Coffee tu  Aku memang dah lama nak pergi tapi tak pergi-pergi pun, kali ni baru berkesempatan datang.

Laman kreatif Kluang ni terletak di belakang deretan rumah kedai, landmarknya senang je, korang cari ambank Kluang, belakang tu je muralnya.

Apa yang best kat sini korang boleh bergambar sampai lebam haha.banyak jugak lukisan pada dinding-dinding bangunan kat situ. Dan memang nampak macam real. Lukisan mural ni dah banyak dah kan kat I-City ada kat Pineng pun ada. Kluang dekat dengan tempat aku, so aku pergi sini je hihi...

Sampai je kat situ hujan oiiii, tapi sebab gigih jugak nak bergambar redah jela hahaha...nasib tak lebat sangat, asal boleh je janji ada gambar dah sampai situ, 

Meh layan gambar kitaorang.



#jangankatakamitakpayung


Gambar dengan laki tu memang wajib




Sweet kan pak & mak mertua kita. boleh jadi gambar potret ni hehe



Tempat ni pun baru je dirasmikan bulan April 2016 hari tu, Kalau korang datang Kluang, singgah sini tau. boleh ambil gambar banyak-banyak.


IKLAN




Hi korang, just nak bagitahu kalau korang suka pakai inai daun yang asli, atau nak inai rambut ke boleh order dengan kita tau, kita jual inai daun ni hihi...Nak kawin nak tunang pun sangat dialu-alukan beli. Jangan risau inai kita ni bukan instant, ia takde bahan kimia atau bahan pewarna. So sesuai untuk kulit yang sensitif. Nak order whatsapps no 012-2531649. Jangan lupa follow ig bisnes online kita kalau nak tengok feedback customer yang dah cuba inai kita.

INSTAGRAM : hennaart_bymila
WHATSAPPS : 012-2531649





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...