Terima Kasih Sudi Like

Friday, November 4, 2016

5 Bulan Bekerja Dua Kali Kenaikan Gaji

www.tips-fb.com


Hai korang, ni entry pertama untuk Bulan November 2016. 
Syukur ! hanya itu je yang mampu aku cakap dan luahkan dekat sini....
Tak tahu macamana nak describe perasaan ni
Hanya Allah S.W.T je yang tau.

Aku bersyukur sangat-sangat dikelilingi oleh orang-orang yang baik
Kadang-kadang rasa sebak pulak
Masih ada orang yang baik sekeliling aku *mata berkaca
Mungkin selepas apa yang berlaku dulu *setahun yang lepas
yang aku rasa sedih kecewa pilu air mata kerap jatuh
Sekarang Allah S.W.T rasakan aku nikmat kemanisan

6 bulan aku jadi surirumah jadi isteri mithali,
 lepas tu rasa bosan aku decide nak keje balik
Laki aku oke je kalau aku nak keje 
sebab dia memang tau bini dia memang stok tak reti duk diam
Kalau duk rumah pun dia oke je sebab aku akan jadi macam kucing manja semacam haha...
Sebab nak goda duit suami, nampak tak? mata duitan...

Bukan senang wey bukan senang nak mintak keje dekat sini (Batu Pahat)
Memang banyak kilang tapi resume aku tu macam tak laku sigh -.='
Nak kata takde experience tak mungkinlah banyak kot.
Mungkin tengok gaji terakhir sebelum aku berhenti 
Diaowang ingat aku akan high demand.
Rata-rata mintak tak dapat, aku tak letak pun expected salary
Tapi still tak nak ambil aku keje sedih gila time tu

Sampai satu ketika dan waktu, aku diterima bekerja dengan Company Cina,
Syarikat Kilang Sawit, takde pilihan dalam banyak resume aku anta
Comp ni je yang ambil aku keje aku oke jela malas pk janji keje
Gaji pun aku tak demand dia bagi aku ambil 
sebab aku rasa susah gila nak dapat keje

Company ni mula-mula ajar aku cara timbang sawit.
Lepas tu tetiba je dia suh aku buat account company pulak
Key in datalah, GST la tax invoice, oke aku oke je,
Sebab ada lah sikit-sikit basic acc dgn company lama
Tapi tak tahan lama 3 bulan je bertahan hahaha..
Bukan sebab keje atau staff 
tapi aku tak kuasa nak layan bini bos yang maha cerewet.
Aku memang xleh go dengan company Cina maaf...
Kebetulan dapat offer keje lain, company Melayu aku terima

Tapi...

Company Melayu ni masih baru lagi,terlalu baru
Takde sistem apa-apa lagi, zero
Gaji yang ditawarkan pun lebih rendah dari Company Cina
Tu antara risiko yang terpaksa aku tanggung
Aku mintak pendapat mak abah mertua
Aku solat, aku doa mintak pentunjuk untuk keputusan yang bakal aku buat ni
Lagi beberapa hari nak puasa aku resign.
Notis 24 jam gamble hahaha...nasib dah gaji

Mula kerja aku struggle manage pentadbiran company ni
Seronok walau penat sebab kita bole buat ikut cara kita
Bos baru aku bagi sepenuh kepercayaan pada aku
Untuk tunjuk kepakaran aku,
Satu-satu aku manage buat KWSP buat Socso
Buat online banking, kira gaji pekerja
Buat profile company, kira macam company sendiri
Ada rules sendiri huhuhu...

Memang nak diikutkan gaji tu tak setaraf dengan keje
Tapi soal gaji no 2 sebab bila kita suka dengan keje tu
Kita akan keje dengan ikhlas
Rezeki akan datang kemudian, PERCAYA lah

Bos baik (lelaki) isteri dia pun aku kenal,
 Pekerja semua oke, walau kadang memeningkan kepala aku
Semua pekerja lelaki aku je perempuan tapi aku oke je
Bukan satu masalah yang besar.
Lagipun dulu aku dah biasa keje sensorang.

Dah Sebulan keje, time tu nak raya
Tak pasal-pasal dapat duit raya dari bos
Duit raya dari sub corn lagi
Bulan berikutnya aku naik gaji lagi
Alhamdulillah, nangis lagi sebak + terharu

Keje ni aku tenang je, tak stress
kadang bosan sebab takde keje
Tapi aku buat-buatlah cari keje
Takdelah nampak macam makan gaji buta hehe

Struggle belajar pasal hidraulik
pasal oilseal pasal main pump la
pasal engineering google sana sini
Oh lupa pulak nak bagitau Company Melayu ni 
dia baiki kenderaan yang ada sistem hidraulik
engineering pun buat, mekanikal pun sapu,
So aku kena multitasking. 

Sebelum ni aku dalam bidang construction
Sekarang aku dalam bidang automotif dan engineering
best belajar ilmu baru, Bos banyak tunjuk ajar

Now dah 5 bulan bekerja, pejam celik pejam celik
Sekali lagi rezeki Allah S.W.T limpahkan buat hambanya
Aku dinaikkan gaji lagi
Allah... indahnya percaturan yang telah dibuat.
Keputusan yang betul aku buat. Syukur !

Terima Kasih Bos ! In sha Allah saya akan bekerja lebih rajin, penuh dedikasi, saya akan tolong apa yang termampu untuk company bumiputera.


Aku saja nak coretkan kat blog ni supaya 5 tahun lagi aku nak tgk kat mana aku berada. 
*Jika dizinkan oleh-Nya







♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

7 comments:

LiNda said... Click To Reply!

Alhamdulillah, bestnye dpt naik gaji lagi, kite ni..huhu,senduu :)

dorsett pink said... Click To Reply!

bestnya baru keje 5 bulan, dah 2 kali gaji naik..

dorsett pink said... Click To Reply!

bila kita buat keje dengan ikhlas & enjoy, insHaAllah, Allah murahkan rezeki untuk kita

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

Wahhh murah rezeki milo...nory pon under company engineering skrg..nak kata best sgt tu taklaaa..sbb dlm hati ni meronta2 nak jadi surirumah je..so kerja best pon, rasa tak best mana..eh boleh cmtu?haha

Reen said... Click To Reply!

Boss pun jenis tak kedekut kan. Alhamdulillah. Rezeki.. Tempate kje lama reen, 3 tahun keja. Gaji yang sama. Tiada kenaikan.

Salah satu sebab kenapa Reen stop kje sne..

Noor Maizan said... Click To Reply!

Alhamdulillah, tahniah kak Mila.

Sheila Salim said... Click To Reply!

Alhamdullilah taniah mila. Murah rezeki. Bestnya dapat kerja yg bos percaya kita. Hehehe gaji sikit, tapi tak banyak songeh pun kita on kan. Hehehe rindu zaman bekerja. Zaman surirumah non stop busy dia kahkahhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...